Saturday, April 13, 2024

BIOGNOSYS DAN ALAMAR BIOSCIENCES MENJALIN PERKONGSIAN STRATEGIK DALAM PROTEOMICS KEPADA ADVANCE BIOPHARMA DAN PRECISION MEDICINE RESEARCH

 

  • Perkongsian strategik mengembangkan perkhidmatan Biognosys bagi merangkumi asai NULISA Alamar dan juga penyelidikan saintifik dalam proteomik berasaskan biobendalir
  • Nilai pelengkap platform protemik saksama DIA-MS Biognosys dan platform imunoasai Alamar akan dipersembahkan dalam Mesyuarat Tahunan AACR 2024
ZURICH, Switzerland dan FREMONT, Calif., 12 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Biognosys, peneraju global dalam protemik berasaskan spektrometri jisim, dan Alamar Biosciences, Inc., sebuah syarikat yang menguasakan ketepatan protemik untuk membolehkan pengesanan paling awal penyakit, berbesar hati mengumumkan perkongsian strategik yang bertujuan untuk memajukan penemuan saintifik dalam bidang biopenanda protemik biobendalir. Kolaborasi ini menghimpunkan kepakaran Biognosys dalam penemuan saksama menerusi spektrometri jisim pemerolehan data bebas (DIA-MS) dan immunoasai tercanggih Alamar. Pendekatan bersepadu ini meningkatkan pemahaman kami tentang biopenanda dengan menyatukan protemik penemuan DIA-MS saksama yang mendalam dengan plex sederhana dan tinggi NULISA asai yang amat spesifik dan ultra-sensitif, untuk protein kelimpahan rendah seperti sitokin, kemokin dan biopenanda protein penyakit yang penting daripada plasma.

Dalam sesi Teater Tumpuan Industri yang dianjurkan Alamar dalam Mesyuarat Tahunan Penyelidikan Kanser untuk Persatuan Amerika (AACR) 2024 di San Diego pada 9 April, 12:30 tgh PT, syarikat-syarikat akan mempersembahkan data bersama daripada kajian kolaboratif yang menumpukan Kanser Paru-paru Bukan Sel Kecil (NSCLC). Dalam kajian ini, sampel plasma daripada satu kohort pesakit NSCLC telah dianalisis menggunakan kedua-dua platform penemuan saksama Biognosys TrueDiscovery® dan Panel 250 Keradangan NULISAseq™ Alamar Penemuan tersebut menunjukkan kebolehlaksanaan analisis bersepadu dan menekankan pandangan yang saling melengkapi daripada spektrometri jisim dan asai berasaskan keafinan dalam plasma.

Berdasarkan kajian konsep yang berjaya ini, Biognosys dan Alamar sedang merancang untuk meluaskan kolaborasi secara komersial dan saintifik sebagai sebahagian daripada perkongsian strategik.
  1. Perkhidmatan Asai NULISA: Biognosys akan menawarkan asai NULISA dari kemudahan canggihnya di Switzerland untuk sitokin, kemokin yang sebelum ini sukar diukur, serta penanda spesifik penyakit lain daripada plasma dan biobendalir. Asai yang kepekaannya ultra tinggi ini membolehkan pengkuantitian yang tepat bagi protein kelimpahan rendah, memberi penyelidik pandangan yang berharga tentang proses biologikal yang kompleks. Analisis DIA-MS saksama bagi beribu-ribu protein plasma dilengkapinya untuk menjelaskan respons hos sistemik, dan keradangan lain atau perubahan lipatan protein berkaitan penyakit.
  2. Kolaborasi Penyelidikan: Biognosys dan Alamar akan memulakan inisiatif penyelidikan bersama untuk meneroka biologi plasma. Dengan memanfaatkan kaedah penemuan saksama Biognosys bersama asai ultra tinggi kepekaan Alamar, pasukan ini berusaha untuk merungkaikan mekanisma penyakit biologikal dengan menyediakan gambar yang lebih lengkap tentang proteom plasma, membolehkan liputan asas julat dinamik lengkap kelimpahan protein dalam plasma buat kali pertama.
Oliver Rinner, Ph.D., Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Biognosys, menyatakan kesungguhannya tentang kolaborasi tersebut: “Kami teruja untuk menyertai Alamar bagi memajukan penyelidikan proteomik. Usaha gabungan kami akan membuka jalan kepada kejayaan dalam biologi plasma dengan menganalis lebih daripada 5,000 protein secara saksama, beserta dengan beratus-ratus panel sitokin yang dicirikan dengan baik, dan juga protein kelimpahan rendah yang bernilai tinggi lain menggunakan asai NULISA yang amat spesifik. Dengan kaedah ini, kami menyasarkan untuk meliputi julat dinamik lengkap protein plasma.”

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Biognosys bagi menyediakan komuniti penyelidikan dengan akses yang luas kepada pandangan proteomik daripada penemuan menerusi penyelidikan klinikal,” kata Yuling Luo, Ph.D., Pengerusi, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Alamar. “Biognosys ialah penyedia perkhidmatan proteomik spektrometri jisim kepada penyelidik di seluruh dunia yang terkemuka, dan kami berharap untuk menambah imunoasai multiplex tinggi yang paling peka kepada tawaran proteomik plasma mereka.”

Perkongsian ini menekankan komitmen kedua-dua syarikat terhadap kecemerlangan saintifik dan visi bersama mereka untuk memajukan perubatan ketepatan melalui teknologi inovatif.

Coretan Media yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati dengan mengklik pada pautan ini.

Perihal Biognosys

Di Biognosys, kami percaya bahawa pandangan mendalam tentang proteom ialah kunci kepada penemuan yang berjaya yang mengubah sains untuk kehidupan yang lebih baik. Dengan portfolio serba boleh kami iaitu penyelesaian proteomik generasi akan datang, termasuk platform perkhidmatan penyelidikan TrueDiscovery®, TrueTarget®, dan TrueSignature®, perisian unggul Spectronaut® kami, dan kit PQ500™, kami menjadikan proteom bertindak untuk memperkasakan penyelidikan, membangunkan perubatan, dan pembuat keputusan klinikal. Penyelesaian kami menyediakan ekspresi protein dapat dilihat dari pelbagai dimensi, fungsi, dan struktur dalam semua spesis dan jenis sample secara biologi. Teknologi terpaten dan unik kami memanfaatkan spetrometri jisim resolusi tinggi untuk mengukur beribu-ribu protein dengan ketepatan, kedalaman, dan daya tampung bertaraf industri. Melalui perkongsian strategik kami dengan Bruker (Nasdaq: BRKR), kami menjadikan proteomik dapat diakses secara global. Untuk maklumat lanjut, lawati biognosys.com.

Perihal Alamar

Alamar Biosciences ialah syarikat sains hayat milik persendirian dengan misi untuk menguasakan ketepatan proteomik bagi membolehkan pengesanan paling awal penyakit. Proprietari syarikat Platform NULISA bersama dengan Sistem HT ARGO™ berjalan lancar dengan kemajuan terkini dalam genomik untuk mencapai kepekaan pengesanan atomolar satu digit, jauh melampaui teknologi pengesanan protein paling sensitif di pasaran hari ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawati alamarbio.com.

Keluaran bahasa Inggeris ialah versi rasmi dan dibenarkan bagi keluaran tersebut. Terjemahan disediakan untuk pemahaman yang lebih baik, dan harus dibandingkan dengan teks asal, yang merupakan satu-satunya teks yang sah dari segi undang-undang.

Gambar yang dilampirkan bersama pengumuman ini boleh didapati di:

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/b9485cd0-929f-48e9-b405-efdfbf7b5caa

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/5eabe48a-06b5-4c37-8181-d5ff5a41a1cb

Maklumat Hubungan

Biognosys AG 

Yves Serroen
Telefon +41 (0) 44 244 50 07
yves.serroen@biognosys.com

Alamar Biosciences, Inc

Hubungan media:

April Falcone
Telefon +1 (510) 838-1783
afalcone@alamarbio.com

Maklumat hubungan pelabur:
investors@alamarbio.com

SUMBER: Biognosys AG

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...