Tuesday, April 2, 2024

SYARIKAT DALAM PORTFOLIO LEONARD GREEN & PARTNERS DAN BERKSHIRE PARTNERS, SRS DISTRIBUTION, TELAH MEMASUKI PERJANJIAN PENENTU UNTUK DIAMBIL ALIH OLEH THE HOME DEPOT DENGAN NILAI $18.25 BILION

LOS ANGELES & BOSTON, 29 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat dalam portfolio Leonard Green & Partners dan Berkshire Partners, SRS Distribution (“SRS”), telah memasuki perjanjian penentu dengan The Home Depot untuk diambil alih dengan nilai sebanyak $18.25 bilion. Butiran jualan ini diumumkan dalam siaran akhbar yang dikeluarkan pagi ini oleh The Home Depot dan SRS. SRS merupakan pengedar utama produk binaan kediaman dan komersial di Amerika Syarikat, dengan lebih daripada 760 cawangan merentasi 47 negeri. The Home Depot ialah pengedar peralatan rumah terbesar di dunia. 

"Kami berasa beruntung kerana berpeluang untuk melabur dan bekerjasama dengan SRS dan lebih daripada 11,000 pemegang saham pekerja," kata Jonathan Seiffer, Rakan Kongsi Kanan, Leonard Green & Partners. "Kami mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada seluruh pasukan di SRS atas sejarah pertumbuhan yang luar biasa. Warisan kejayaan dan pencapaian SRS tidak akan mungkin berlaku tanpa kepimpinan yang hebat daripada  Ketua Pegawai Eksekutif Dan Tinker dan pasukannya serta Pengerusi Ron Ross, serta budaya unik dan model operasi yang mereka cipta di SRS."

"Sejak pelaburan kami dalam SRS 11 tahun lalu, kami telah menikmati perkongsian yang sangat berkesan dan kerjasama dengan Ketua Pegawai Eksekutif Dan Tinker dan seluruh pasukan pengurusan SRS, dan kami sangat gembira mencapai kejayaan seperti ini dalam jualan yang diumumkan kepada The Home Depot," kata Josh Lutzker, Pengarah Urusan, Berkshire Partners. "SRS bermula sebagai penggerak serantau yang kecil dan telah berkembang menjadi platform nasional yang menyampaikan perkhidmatan kepada pelbagai pasaran akhir. Kami semua bangga dapat dikaitkan dengan pasukan yang hebat dan kisah pertumbuhan yang mengagumkan ini." 

No comments:

Post a Comment

GRADIANT MELANCARKAN BAHAN KIMIA CURE UNTUK INDUSTRI PENTING DUNIA

Portfolio menyeluruh lebih 300 formulasi kimia proprietari dengan kepakaran di lapangan dan perkhidmatan bertaraf dunia yang meningkatkan ke...