SAN JOSE, Calif., 31 Mac (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MetricStream, peneraju pasaran global di dalam pengurusan risiko bersepadu (IRM) dan tadbir urus, risiko dan pematuhan (GRC), hari ini mengumumkan pengeluaran produk terbaharu mereka, Danube, yang direka bagi membolehkan pelanggan untuk mengemudikan sebuah dunia GRC yang semakin berhubung dengan jayanya. Pengeluaran Danube itu termasuk pengkuantitian risiko lanjutan, pematuhan automatik merentasi persekitaran awan, dan sokongan untuk Pasukan Petugas berhubung Pendedahan Kewangan Berkaitan Iklim (TCFD), menyediakan satu rangka kerja untuk membantu pelanggan dengan pendedahan risiko kewangan yang berkaitan iklim. Inovasi utama termasuk perkara yang berikut:
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20220330005302/en/
• Pengkuantitian risiko yang dipertingkatkan bagi pengurusan risiko perusahaan dan operasi membolehkan pelanggan untuk mencapai, memberikan keutamaan, mengurus dan melaporkan pendedahan risiko dan kerugian di dalam nilai monetari.
• Pemantauan kawalan yang berterusan untuk persekitaran awan membolehkan organisasi untuk mengikuti amalan terbaik dengan memantau secara aktif dan berterusan kawalan siber kritikal, mengenal pasti risiko, mengukur keberkesanan dan mengautomasikan pematuhan.
• Pelanggan kini boleh memanfaatkan standard TCFD sebagai satu rangka kerja untuk menguasai risiko berkaitan iklim dan menjanakan pelaporan impak kewangan standard.
“Tema umum bagi pengumuman hari ini tertumpu kepada penyediaan peranti pengukuran lanjutan, sama ada menilai risiko merentasi perusahaan, membangunkan satu strategi siber atau mewujudkan metrik ESG,” kata Prasad Sabbineni, Ketua Pegawai Teknologi, MetricStream. “Zaman sudah berlalu di mana penyajian data dalam bentuk peta atau gambar rajah memacukan keputusan risiko. Sama seperti kami mengukur risiko kewangan, profesional GRC kini mempunyai akses kepada metrik risiko yang membolehkan mereka untuk mengenal pasti, mengurus dan melaporkan risiko dengan lebih tepat dalam bahasa yang boleh difahami oleh ahli lembaga dan dengan kelajuan yang diperlukan untuk menjadi proaktif.”
BusinessGRC: Pengkuantitian risiko lanjutan merentasi perusahaan
Keupayaan pengkuantitian risiko baharu dibina di atas Kepintaran MetricStream, sebuah enjin kecerdasan analitik dan buatan (AI) termaju yang membolehkan model pemarkahan berbilang dan peranti sains data. Ini termasuk simulasi dan pemodelan Monte Carlo berdasarkan kepada berbilang pembolehubah. Pelanggan juga boleh menjanakan satu anggaran berasaskan julat dan meramalkan kebarangkalian bagi hasil yang berbeza untuk jangkaan kerugian tahunan. Pengkuantitian risiko membolehkan lembaga pengarah dan pengurusan eksekutif untuk memperoleh pemahaman yang cepat dan tepat tentang kepentingan relatif bagi setiap risiko, mengutamakan strategi dan membuat keputusan yang lebih berpengetahuan.
CyberGRC: Pematuhan automatik untuk persekitaran awan
Pelanggan dengan persekitaran yang dihoskan awan kini mempunyai pilihan untuk mengautomasikan pematuhan dan ujian kawalan melalui Pemantauan Kawalan Berterusan (CCM). Dengan pengesahan berautomatik bagi persekitaran awan merentasi pelbagai standard dan rangka kerja keselamatan siber, CCM menyampaikan ujian berterusan, hasil yang boleh diukur dan bukti yang boleh disahkan. Ini mengurangkan keperluan untuk melabur di dalam usaha yang berintensifkan buruh untuk mengenal pasti risiko sambil memastikan pematuhan dengan standard dan rangka kerja keselamatan siber.
ESGRC: Pendedahan dipermudahkan bagi risiko kewangan berkaitan iklim
MetricStream ESGRC kini menyokong rangka kerja TCFD bagi amalan terbaik tadbir urus organisasi yang dikaitkan dengan risiko dan peluang kewangan berkaitan iklim. Ciri-ciri TCFD MetricStream ESGRC membolehkan pengguna untuk mengautomasikan pengumpulan data bagi liputan metrik yang lebih luas yang diperlukan untuk pendedahan risiko kewangan ESG dan memusatkan pengurusan bagi pelaporan pendedahan.
Pengeluaran Danube mewakili lebih daripada dua dozen inovasi produk baharu dan termasuk pelaporan layan diri, peranti kod rendah dan tiada kod bagi konfigurasi mudah, dan keupayaan AI dan ML lanjutan untuk mengenal pasti dan merasionalkan kawalan pendua. Pelaporan kes dan insiden tanpa nama untuk saksi dan pemerhati, data yang dipertingkatkan berhubung pelaporan kewangan pihak ketiga, dan amalan penyumberan mapan turut disertakan. Pelanggan boleh juga mendapat manfaat daripada kemasukan lebih daripada 900 kawalan keselamatan siber dan amalan terbaik yang telah dibina ke dalam produk, serta pengurusan bukti untuk audit.
Maklumat mengenai MetricStream, Inc.
MetricStream adalah pemimpin SaaS global bagi Pengurusan Risiko Bersepadu dan penyelesaian GRC yang memperkasakan organisasi untuk berkembang maju pada risiko dengan mempercepatkan pertumbuhan melalui keputusan yang menyedari risiko. Kami menghubungkan tadbir urus, pengurusan risiko dan pematuhan merentasi perusahaan lanjutan. ConnectedGRC dan tiga barisan produk kami – BusinessGRC, CyberGRC dan ESGRC – adalah didasarkan pada satu platform tunggal yang berskala yang menyokong anda di mana sahaja anda berada dalam perjalanan GRC anda.
MetricStream beribu pejabat di San Jose, California, dengan sebuah pusat operasi dan R&D di Bangalore, India, serta jualan dan operasi sokongan di seluruh dunia. Maklumat lanjut tersedia di www.metricstream.com, LinkedIn, Facebook, dan Twitter.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220330005302/en/
Hubungi
Hubungan Media:
Amy Rhodes
arhodes@metricstream.com
650-620-2935
Sumber : MetricStream, Inc.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15729