Wednesday, May 17, 2023

TRANSFORMERS: THE ARK, RESTORAN UTAMA BERSAMA REKA BENTUK KAPAL ANGKASA TEKNOLOGI 3D YANG BERTEMAKAN TRANSFORMERS IMERSIF PERTAMA DI DUNIA DENGAN PENGALAMAN MAKAN YANG LUAR BIASA



(Foto: Business Wire)

HONG KONG, 17 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Transformers ialah rancangan kegemaran kanak-kanak yang digemari ramai warga Hong Kong. Restoran yang bertemakan Transformers pertama di dunia dibuka pada 23 April 2023 di Russell Street, Causeway Bay. Dicipta oleh A La Carte Hong Kong Limited dengan kerjasama peneraju hiburan berjenama global Hasbro, restoran ini direka bentuk berdasarkan konsep The Ark, kapal angkasa besar yang digunakan oleh Autobots dalam siri Transformers. Semasa bergerak menghampiri Bumi, kapal angkasa Autobots tersebut kehilangan kuasa akibat susutan tenaga dan terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di daerah Causeway Bay yang sibuk di Hong Kong, sekali gus memasuki dunia manusia.

Transformers: Restoran The Ark ialah restoran pertama di Hong Kong mengintegrasikan kandungan media 3D yang boleh dilihat dengan mata kasar ke dalam seni bina fizikal. Muka hadapan restoran menampilkan enjin kapal angkasa tiga dimensi yang menakjubkan di pintu masuk, bersama skrin LED yang cukup besar dengan animasi 3D yang direka khusus, menyelubungi tetamu dalam dunia Transformers. Enjin kapal angkasa menjana kesan cahaya dan bunyi yang menakjubkan, disegerakkan dengan animasi 3D, memberikan tanggapan kapal angkasa yang terbang merentasi angkasa dengan kesan visual yang realistik.

Autobots menjemput manusia menikmati hidangan istimewa dari Cybertron di restoran The Ark sebagai tanda terima kasih atas bantuan kemanusian dalam mencari Energon yang masih tinggal di Bumi. Setiap hidangan dibuat dengan teliti oleh cef, saintis makanan dan pakar masakan A La Carte, dengan bantuan Bumblebee dan Optimus Prime di dalam "Makmal Makanan" yang terletak di Dek Atas restoran tersebut, seperti yang dilihat dengan mata kasar pada skrin 3D. Pesanan dihantar kepada pelanggan melalui tali sawat penghantar maya yang berjalan melalui restoran, membolehkan pelanggan menyelubungi diri mereka sepenuhnya dalam jamuan visual yang dibawa oleh Autobots.

TRANSFORMERS: THE ARK, RESTORAN UTAMA BERSAMA REKA BENTUK KAPAL ANGKASA TEKNOLOGI 3D YANG BERTEMAKAN TRANSFORMERS IMERSIF PERTAMA DI DUNIA DENGAN PENGALAMAN MAKAN YANG LUAR BIASA

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...