Thursday, May 25, 2023

NEXT GENERATION FUND I METALPHA MENJAMIN PELABURAN STRATEGIK PEMIMPIN KRIPTO

HONG KONG, 25 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Metalpha Technology Holding Ltd (NASDAQ: MATH), sebuah syarikat pengurusan kekayaan berasaskan kripto global, hari ini mengumumkan Next Generation Fund I (“Dana”), dibentuk dengan kerjasama NextGen Digital Venture Limited, telah memperoleh pelaburan utama $5 juta daripada syarikat kripto terkemuka dunia (“Pelabur”).

Pelaburan strategik ini datang pada masa pertumbuhan yang tinggi untuk produk dana berlesen Metalpha, memenuhi permintaan pasaran yang luas dalam kalangan pelabur institusi, pejabat keluarga dan individu bernilai tinggi untuk pendedahan kepada kripto.

Next Generation Fund I menyediakan saluran dikawal selia dan patuh untuk melabur dalam produk Grayscale Investments LLC melalui derivatif berstruktur. Dana ini mengumpul modal $100 juta daripada pelabur global dan telah memperoleh $20 juta pada Mac, 2023.

“Kami teruja dengan masa depan produk dana berlesen kami. Kami berhasrat untuk memanfaatkan industri aset digital yang berkembang pesat di Hong Kong dan menyediakan produk kompetitif dan patuh di seluruh dunia kepada pelanggan kami,” ujar Adrian Wang, Presiden Metalpha Technology Holding Ltd.

“Kami merakamkan penghargaan kami kepada Metalpha atas sokongan mereka yang tidak berbelah bagi dan menghargai pengiktirafan daripada Pelabur. Sebagai sebuah syarikat yang telah mengharungi pelbagai kitaran Bitcoin, kepakaran mereka tidak ternilai untuk misi kami dan meningkatkan keyakinan kami dalam pelaburan GBTC. Di NextGen Digital Venture, kami berhasrat mahu menawarkan pendedahan yang sah dan selamat kepada landskap kripto yang berkembang pesat, menyediakan penghubung yang dipercayai antara aset tradisional dan digital untuk pelabur.” Jason Huang, Rakan Kongsi Pengasas NextGen Digital Venture Limited.

Berpangkalan di Hong Kong, Metalpha menyasarkan untuk menyediakan pelanggan dengan produk pelaburan dan keupayaan perdagangan berkualiti tinggi dan komited untuk menyampaikan produk derivatif berstruktur terbaik kepada peserta pasaran mata wang kripto.

Mengenai Metalpha Technology Holding Limited
Ditubuhkan pada 2015, Metalpha Technology Holding Limited (NASDAQ: MATH) menjadi syarikat awam pada 20 Oktober 2017. Syarikat tersenarai itu, melalui anak-anak syarikatnya, berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan pelaburan dan pengurusan kekayaan dengan platform perkhidmatan penuh gred institusi. Dengan kepakaran blok rantai yang berdedikasi, Syarikat ini menyasarkan untuk menjadi peneraju dalam bidang perkhidmatan pengurusan kekayaan kripto, membawa inovasi dan ketelusan yang teguh kepada pelanggan dan perniagaan yang menerima khidmatnya.

Perihal NextGen Digital Venture
Ditubuhkan pada tahun 2023, NextGen Digital Venture bertujuan menjadi platform utama di Asia untuk menyediakan kewangan tradisional dengan pendedahan kepada mata wang kripto. Matlamat NDV adalah untuk menghubungkan modal tradisional dengan teknologi baharu muncul yang berada di ambang penggunaan meluas. Pasukan NDV terdiri daripada profesional berpengalaman daripada firma pelaburan terkemuka, pejabat keluarga peringkat atasan dan syarikat permulaan teknologi yang berjaya, mencerminkan komitmen teguh kami untuk menyampaikan penyelesaian kewangan yang boleh diandalkan dan boleh dipercayai kepada pelanggan.

Hubungi
Yiwei Wang
info@metalpha.finance 

SUMBER: Metalpha Technology Holding Limited

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17151

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...