Sunday, May 28, 2023

MAJLIS PELANCARAN BUKU BAHARU IKIM DAN PELANCARAN PODCAST RADIO IKIM SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2023

Pengerusi IKIM, Prof. Dato' Dr. Muhammad Nur Manuty ( tengah dari kiri) bersama Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil (tengah sebelah kanan) bersama penulis-penulis buku pada Majlis Pelancaran Buku Baharu IKIM dan Pelancaran Podcast IKIM sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di WTC Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) melancarkan 7 buah buku baharu terbitan IKIM yang dirasmikan oleh Pengerusi IKIM, Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty.

Tujuh (7) buah buku yang dilancarkan masing-masing adalah:

1. Khayra Ummah Siries 8: Demystifying Islamophobia: Towards A Deeper Understanding Of Islam, Suntingan Mohd Farid bin Mohd Shahran dan Muhammad Syafiq Borhannuddin
2. Islam dan Kesihatan Mental, karya Khairul Azhar bin Idris.
3. Terjemahan Kitab al-Muqaddimāt dan al-ʿAqīdah al-Wusṭā al-Imām al-Sanūsī Ke Arah Pemerkasaan Akidah Islam di Alam Melayu, terjemahan Muhammad Ayman al-Akiti.
4. Khayra Ummah Siries 7- Islam And Disruptive Technologies karya Shaikh Mohd Saifuddeen bin Shaikh Mohd Salleh.
5. The Art of Disputation In Islam, karya Mohd Asham Bin Ahmad.
6. Values & Rules Compliance In Islamic Economics And Muamalat karya Muhammad Hisyam Bin Mohamad, dan
7. Wacana Khas New Zealand Paling Islamik: Malaysia Bagaimana? suntingan Enizahura Binti Abdul Aziz.

Pada majlis yang sama, IKIM turut melancarkan podcast Radio IKIM yang diharap dapat memenuhi kehendak dan keperluan pendengar setia Radio IKIM di seluruh dunia. Podcast Radio IKIM merupakan platform yang menyediakan maklumat bagi tujuan menambah pengetahuan pendengar. Terdapat pelbagai segmen program seperti tafsir al-Quran, tarbiah, Feqah, nasihat perkahwinan, motivasi diri, kesihatan, dan banyak lagi.
 
Podcast Radio IKIM boleh diakses melalui laman web Podcast.ikim.my dan juga boleh didapati di platform Spotify IKIMfm. IKIM akan sentiasa berusaha untuk memastikan aksesibiliti yang mudah supaya pendengar setia Radio IKIM dapat menikmati kandungan podcast tanpa sebarang batasan.

MAJLIS PELANCARAN BUKU BAHARU IKIM DAN PELANCARAN PODCAST RADIO IKIM SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2023

No comments:

Post a Comment

Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE

IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...