JIANGMEN, China, 23 Mei, 2023 /Xinhua-AsiaNet/ —
Persidangan Kawasan Greater Bay Orang Cina di Luar Negara Guangdong-Hong Kong-Macau (OCBC) 2023 telah diadakan baru-baru ini di Jiangmen, “bandar raya bagi orang Cina di seberang laut” di wilayah Guangdong di selatan China.
Dianjurkan oleh Kerajaan Rakyat bagi Perbandaran Jiangmen, lebih 700 wakil orang Cina di luar negara dari 90 buah negara dan wilayah, termasuk lebih 100 belia Cina di luar negara, berkumpul di sini untuk melihat pembangunan di Kawasan Greater Bay Guangdong-Hong Kong-Macau (GBA) dan memanfaatkan peluang-peluang untuk perniagaan, pelaburan, pekerjaan dan pendidikan.
Persidangan itu telah menyaksikan sebuah tempat utama yang mempunyai kehadiran tetamu jemputan di Jiangmen dan 12 tempat cawangan dalam talian di 11 buah negara dan wilayah di lima benua.
OCBC itu juga menyaksikan majlis menandatangani pengambilan penasihat Cina di luar negara untuk menyumbang kepada pembangunan berkualiti tinggi Guangdong, projek derma bagi pembenihan untuk Guangdong yang hijau dan cantik, dan projek kerjasama bagi pendidikan bahasa Cina. Selain itu, satu promosi bagi 11 bandar raya GBA, kajian lapangan, dan empat sesi selari telah diadakan, yang berkisar tentang penubuhan organisasi orang Cina di luar negara, membangunkan belia Cina di luar negara, pendidikan bahasa Cina, dan media bahasa Cina.
Lebih 100 wakil belia Cina di luar negara telah dijemput untuk berkongsi pandangan dan aspirasi masa depan mereka serta memupuk tradisi dan budaya tempatan, untuk pembangunan mapan bagi komuniti Cina di luar negara.
Jiangmen, yang menjalankan persidangan itu, turut melancarkan Karnival orang Cina di Luar Negara China (Jiangmen) 2023 di bandar purba Chikan di Kaiping, untuk mempamerkan warisan kebudayaan tak ketara seperti Pesta Tanglung Pancun, Tarian Singa, Wing Chun, dll., serta masakan, kopi dan teh di sini.
Jiangmen, tempat tinggal kepada 5.3 juta orang Cina di luar negara, merupakan sebuah tingkap yang penting bagi mereka untuk memerhatikan Guangdong dan juga China. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Jiangmen telah mempercepatkan pembinaan platform untuk meningkatkan empat fungsi utama mereka iaitu “pertukaran kebudayaan, kerjasama ekonomi dan perdagangan, perlindungan hak dan kepentingan, dan badan pemikir bagi hal ehwal orang Cina di luar negara”.
Jiangmen telah membina pada tahun lepas pusat perkhidmatan dan platform pertama untuk memudahkan pelaburan dan percukaian orang Cina di luar negara, pusat perkhidmatan undang-undang awam luar pesisir dan perkhidmatan notari dalam talian untuk orang Cina di luar negara, dll. Pusat Jiangmen bagi Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa Shenzhen juga telah ditubuhkan untuk menyediakan perkhidmatan timbang tara antarabangsa yang cekap dan mudah bagi orang Cina di luar negara.
Sumber: Kerajaan Rakyat bagi Perbandaran Jiangmen
Pautan Lampiran Imej:
Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=440861
Kapsyen: Atas: Persidangan Kawasan Greater Bay orang Cina di Luar Negara Guangdong-Hong Kong-Macau (OCBC) 2023 telah diadakan baru-baru ini di Jiangmen, Guangdong, China. Bawah: Karnival orang Cina di Luar Negara China (Jiangmen) telah diadakan di Chikan, Jiangmen.
No comments:
Post a Comment