Monday, May 29, 2023

"TIAD, AUTOGRAPH COLLECTION" AKAN DIBUKA PADA 1 JULAI, 2023, DI NAGOYA, JEPUN: KINI TERSEDIA UNTUK TEMPAHAN DALAM TALIAN

 NAGOYA, Jepun, 29 Mei, 2023 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --


Tempahan dalam talian telah dibuka untuk TIAD, Autograph Collection, hotel baharu yang dijadualkan dibuka pada Julai ini, yang dikendalikan oleh Nihon Ceremony, Inc. Hotel itu akan mewakili penambahan keempat yang berpangkalan di Jepun untuk Autograph Collection (R) milik Marriott Internasional, dan yang pertama di kawasan Nagoya (setakat Mei 2023).

Bahagian luar hotel:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107684/202305165671
/_prw_PI2fl_G80SrFu4.jpg?_ga=2.240920387.1589617366.1684110624-1851103714.1593650756


Logo:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107684/202305165671
/_prw_PI1fl_I9fXkXuW.jpg?_ga=2.240920387.1589617366.1684110624-1851103714.1593650756


Hotel-hotel Autograph Collection menyokong yang asli, memperjuangkan keperibadian bagi setiap daripada lebih 270 hotel persendirian mereka yang terletak di destinasi paling diingini merentasi lebih 45 buah negara dan wilayah. Setiap hotel adalah satu produk keghairahan, yang diilhamkan oleh visi, semangat dan kisah yang jelas yang menjadikannya bersifat individu dan istimewa: "Persis Seperti Tiada Yang Lain." Dipilih dengan teliti kerana kraf semula jadi mereka dan perspektif yang berbeza mengenai reka bentuk dan layanan, hartanah Autograph Collection menawarkan detik-detik yang mengasyikkan yang meninggalkan kesan yang berkekalan.

Tempahan kini boleh dibuat melalui pautan di bawah:
-TIAD: https://hotel-tiad.com/english
-Marriott Bonvoy (TM): https://www.marriott.com/NGOAK

Kadar bilik indikatif:
Euphoria Premier (52-72 meter persegi) dari JPY70,900/ satu malam (termasuk yuran perkhidmatan; cukai tidak termasuk)

Konsep reka bentuk "Biophilia Nest"
TIAD ialah sebuah oasis di tengah-tengah Nagoya, yang terletak di tengah-tengah persekitaran semula jadi yang menghijau di Taman Hisaya-odori. Reka bentuk seni bina yang dijelas mempersembahkan personaliti yang berbeza namun harmoni.

Bilik tetamu
TIAD mempunyai 14 kelas bilik tetamu dalam tiga kategori bilik, dengan kesemua bilik menyediakan lebih 50 meter persegi ruang lantai.

Butiran:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107684/202305165671
/_prw_PI3fl_72zI323H.jpg?_ga=2.240920387.1589617366.1684110624-1851103714.1593650756


-Euphoria Berkembar Mewah Pemandangan Taman (51-54 meter persegi)
Bilik itu menghadap ke Taman Hisaya-odori. Nikmati kehijauan taman itu dan pemandangan bermusim dari tingkap lantai ke siling itu.

Imej 1: 
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107684/202305165671
/_prw_PI6fl_N862fDu3.jpg?_ga=2.81171607.1832947848.1684453089-1781034327.1585622632


-Euphoria Premier King Pemandangan Taman dengan Balkoni (61 meter persegi)
Bilik itu mempunyai sebuah balkoni yang menghadap ke Taman Hisaya-odori yang rimbun. Nikmati empat musim dari balkoni atau melalui tingkap bilik mandi sambil berehat di dalam tab mandi. Bilik itu juga mempunyai sebuah sofa panjang untuk keselesaan tambahan.

Imej 2: 
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107684/202305165671
/_prw_PI7fl_I7j8f67T.jpg?_ga=2.81171607.1832947848.1684453089-1781034327.1585622632


-Suite Junior (57 meter persegi)
Sudut Suite Junior dengan sebuah tingkap dari lantai ke siling yang lebih besar dan sebuah katil sofa di ruang tamu. Bilik itu dilengkapi dengan perkhidmatan pelayan atau butler untuk memastikan pengalaman yang eksklusif dan bertaraf kelas pertama semasa penginapan tetamu.

-Suite (96 meter persegi)
Suite yang terletak di sudut barat daya bangunan itu, menghadap ke Taman Hisaya-odori yang rimbun. Bilik yang luas itu mempunyai sebuah balkoni dan sebuah bilik almari pakaian. Nikmati pemandangan melalui tingkap bilik mandi. Bilik itu juga dilengkapi dengan perkhidmatan butler untuk memastikan pengalaman eksklusif dan bertaraf kelas pertama semasa penginapan tetamu.

Imej 3: 
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107684/202305165671/
_prw_PI8fl_UjVv1Ehj.jpg?_ga=2.81171607.1832947848.1684453089-1781034327.1585622632


-Suite Presiden (115 meter persegi)
Suite Presiden, yang terletak di sudut barat laut di tingkat 14, menampilkan sebuah bilik almari pakaian, balkoni dan bilik mandi besar dengan sauna wap, menjanjikan satu penginapan berkualiti tinggi di rantau itu. Bilik itu juga dilengkapi dengan perkhidmatan butler untuk memastikan pengalaman yang eksklusif dan bertaraf kelas pertama semasa penginapan tetamu.

Imej 4: 
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107684/202305165671/
_prw_PI9fl_Q03ABSUL.jpg?_ga=2.237252544.1589617366.1684110624-1851103714.1593650756


Perkhidmatan tambahan
Tetamu juga boleh menggunakan zon kesihatan yang eksklusif, yang menampilkan sebuah kolam renang dalaman, pusat kecergasan dan bilik istirehat kesihatan yang menyajikan smoothie segar dan snek.

Kemudahan:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107684/202305165671/
_prw_PI10fl_75lhkma1.jpg?_ga=2.237252544.1589617366.1684110624-1851103714.1593650756


Sarapan pagi akan dihidangkan di makan sepanjang hari "Table For Tomorrow," dengan sarapan perkhidmatan bilik juga disediakan. Menu itu akan mempamerkan konsep hotel berkenaan, yang menggunakan bahan semula jadi termasuk sayur-sayuran organik dari ladang tempatan yang dikontrak khas.

Tempahan untuk makan sepanjang hari "Table For Tomorrow" dan "The Lounge" kini boleh dibuat melalui pautan di bawah.
https://hotel-tiad.com/en/dining.html

Maklumat hotel:
https://cdn.kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107684/202305165671
/_prw_PI11fl_0c1narCN.jpg?_ga=2.23854010.1613792424.1684715663-1851103714.1593650756


Sila layari laman web rasmi dan ikuti Instagram untuk maklumat promosi terkini.
-Laman web rasmi: https://hotel-tiad.com/english
-Instagram: https://www.instagram.com/hotel_tiad/

Sumber: TIAD (Nihon Ceremony, Inc.)

--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...