Friday, May 19, 2023

TOSHIBA MELANCARKAN MOSFET SALIRAN SEPUNYA KECIL DAN NIPIS DENGAN ON-RINTANGAN YANG AMAT RENDAH DAN SESUAI UNTUK PENGECASAN PANTAS PERANTI




Table

Toshiba: SSM14N956L, MOSFET Saliran Sepunya kecil dan nipis dengan On-rintangan yang amat rendah (Grafik: Business Wire)


KAWASAKI, Jepun, 19 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation ("Toshiba") telah melancarkan “SSM14N956L,” MOSFET saluran N dengan kuasa saliran sepunya 12V dan penarafan semasa sebanyak 20A yang digunakan dalam litar perlindungan bateri bagi pek bateri ion litium (Li-ion), iaitu pek bateri yang digunakan untuk peranti mudah alih. Penghantaran bermula hari ini.

Pek bateri Li-ion perlu bergantung pada litar perlindungan yang tahan lasak untuk mengurangkan haba yang dijana semasa pengecasan dan penyahcasan serta menjamin keselamatan. Oleh sebab litar-litar ini melibatkan penggunaan kuasa yang rendah dan pembungkusan ketumpatan tinggi, maka litar-litar tersebut memerlukan MOSFET yang kecil, nipis dan menghantar On-rintangan yang rendah.

SSM14N956L menggunakan mikro-proses Toshiba, begitu juga dengan SSM10N954L yang sudah dikeluarkan. Hal ini boleh memastikan kehilangan kuasa yang rendah akibat ciri On-rintangan terkemuka dalam industri[1] serta kuasa tunggu sedia yang rendah, direalisasikan oleh ciri arus bocor sumber get rendah terkemuka dalam industri[1]. Kualiti-kualiti ini dapat membantu untuk melanjutkan waktu beroperasi bateri. Produk baharu ini juga menggunakan pakej baharu yang kecil dan nipis, iaitu TCSPED-302701 (2.74mm x 3.0mm, t = 0.085mm (typ.)).

Toshiba akan terus membangunkan produk litar perlindungan dalam peranti MOSFET yang dijana oleh pek bateri ion-litium.

Penggunaan
· Boleh digunakan pada alat elektronik pengguna dan peranti pejabat atau peribadi dengan pek bateri ion-litium, termasuk telefon pintar, tablet, powerbank, peranti boleh pakai, konsol permainan, berus gigi elektrik, kamera digital padat, kamera SLR digital, dll.
 
Ciri-ciri
· On-rintangan rendah Terkemuka Dalam Industri[1] : RSS(ON)=1.1mΩ (typ.) @VGS=3.8V
· Arus bocor sumber get rendah Terkemuka Dalam Industri[1] : IGSS=±1μA (maks) @VGS=±8V
· Pakej jenis TCSPED-302701 yang kecil dan nipis: 2.74mm x 3.0mm, t=0.085mm (typ.)
· Struktur saliran sepunya yang boleh digunakan dengan mudah dalam litar perlindungan bateri

Nota:
[1]: Di kalangan produk yang mempunyai penarafan sama. Pada Mei 2023, tinjauan Toshiba.


Table 


Nota:
[2] Produk yang sudah dikeluarkan.

Ikuti pautan di bawah untuk maklumat lanjut tentang produk baharu itu.
SSM14N956L

Untuk menyemak ketersediaan produk baharu tersebut di pengedar dalam talian, sila layari:
SSM14N956L
Beli Dalam Talian

* Nama syarikat, nama produk, dan nama perkhidmatan merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
* Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan bagi perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah yang terkini pada tarikh pengumuman itu, tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.

Maklumat tentang Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation, sebuah pembekal terkemuka bagi penyelesaian semikonduktor dan penyimpanan termaju, menggunakan lebih dari setengah abad pengalaman dan inovasi untuk menawarkan kepada pelanggan dan rakan perniagaan dengan produk semikonduktor diskret, sistem LSI dan HDD yang terunggul.
Seramai 21,500 orang pekerja syarikat itu di seluruh dunia berkongsi satu keazaman untuk memaksimumkan nilai produk, dan menggalakkan kerjasama erat dengan pelanggan dalam penciptaan bersama bagi nilai dan pasaran baharu. Dengan jualan tahunan yang hampir mencecah 800 bilion yen (AS$6.1 bilion), Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation berharap dapat membangunkan dan menyumbang kepada sebuah masa depan yang lebih baik untuk semua orang di seluruh dunia.
Dapatkan maklumat lanjut di https://toshiba.semicon-storage.com/ap-en/top.html 

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/53401946/en 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Maklumat Hubungan

Pertanyaan Pelanggan
Jabatan Jualan & Pemasaran Peranti Isyarat Kecil.
Tel: +81-44-548-2215
Hubungi Kami 

Pertanyaan Media:
Chiaki Nagasawa
Jabatan Pemasaran Digital
Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation
semicon-NR-mailbox@ml.toshiba.co.jp
 
Sumber: Toshiba Electronic Devices & Storage Corporation

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...