Mengiktiraf rakan niaga Huawei di Majlis Anugerah MetaERP (Foto: Huawei) |
DONGGUAN, China, 2 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Huawei mengumumkan bahawa syarikat itu telah menggantikan sistem ERP legasi dengan sistem MetaERP yang membolehkan kawalan penuh dilaksanakan. Pada hari ini, Huawei menganjurkan Majlis Anugerah MetaERP untuk mengiktiraf individu dan pasukan yang memberikan sumbangan kritikal kepada projek ini. Acara yang dikenali sebagai "Wira Berjuang Demi Merentasi Sungai Dadu (Heroes Fighting to Cross the Dadu River" itu diadakan di Kampus Perkampungan Xi Liu Bei Po milik syarikat di Dongguan, China.
ERP (Perancangan Sumber Perusahaan) ialah sistem IT pengurusan perusahaan yang paling kritikal. Huawei memperkenalkan sistem MRP (Perancangan Sumber Pembuatan) II pada tahun 1996 dan kemudian berkembang kepada sistem ERP dengan beberapa peningkatan berlelaran. Sistem ERP lama ialah sistem teras yang memperkukuh operasi perusahaan Huawei dan pembangunan pesat selama lebih daripada 20 tahun. Sistem ini menyokong operasi perniagaan Huawei yang cekap dan juga menjana ratusan bilion dolar setiap tahun, merentasi lebih daripada 170 negara dan rantau di seluruh dunia.
Pada tahun 2019, Huawei mula berhadapan dengan peningkatan tekanan luaran dan cabaran perniagaan. Kemudian, syarikat memutuskan untuk membangunkan sistem MetaERP yang dikawal sendiri bagi menggantikan sistem ERP lama. Ini merupakan projek transformasi paling luas dan kompleks yang pernah dijalankan oleh Huawei. Sepanjang tiga tahun yang lalu, Huawei telah melaburkan sumber yang besar dan menugaskan beberapa ribu individu untuk projek ini, sambil turut bekerjasama dengan rakan niaga industri dan ekosistem bagi mengatasi cabaran berkaitan. Sistem MetaERP baharu, berorientasikan masa depan, berskala besar ultra dan natif awan ini telah dilancarkan,bagi menggantikan sistem ERP lama.
No comments:
Post a Comment