Wednesday, May 10, 2023

INTUIT QUICKBOOKS LANCAR QUICKBOOKS ONLINE ACCOUNTANT DI LEBIH 170 NEGARA DI SELURUH DUNIA

 Pertama di dunia, pelancaran perisian pengurusan kewangan berasaskan awan ditawarkan secara  percuma kepada profesional perakaunan di seluruh dunia


KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Mei (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Intuit QuickBooks, hari ini mengumumkan akses global secara percuma kepada QuickBooks Online Account  (QBOA), membolehkan profesional perakaunan di 170 negara beralih ke awan dengan lebih pantas, meningkatkan keupayaan firma  perakaunan mereka dan membawa  nilai yang lebih tinggi kepada pelanggan mereka dan ekonomi secara meluas.

Profesional perakaunan merupakan  penyumbang yang besar kepada ekonomi  di peringkat tempatan, serantau dan global, bekerja sebagai rakan kongsi perniagaan yang dipercayai kepada komuniti SMB, yang mewakili 90% perniagaan dan penyumbang kepada 70% pekerjaan di seluruh dunia1.

Tetapi impak mereka berpotensi untuk menjadi  lebih besar, berdasarkan  hasil penyelidikan QuickBooks yang mencadangkan bahawa akauntan kini lebih sibuk berbanding tahun-tahun sebelumnya. Empat daripada 10 (43%) akauntan melaporkan mereka mempunyai lebih daripada 40 pelanggan – dan 86% berharap  teknologi dapat membantu mereka menjadi lebih cekap dan membantu mereka memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik.

QBOA menangani perkara ini dengan membolehkan akauntan mengurus aliran kerja firma  mereka, interaksi dengan pelanggan dan pengebilan, kesemuanya di tempat yang sama. Dibangunkan bersama  kumpulan akauntan yang terpilih di seluruh dunia sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu, QBOA ialah rangkaian manfaat yang telah diperhalusi untuk membantu akauntan profesional membuat peralihan  ke awan dengan lebih pantas dan memacu kecekapan dan kebolehskalaan firma mereka.

Akses kepada cerapan masa nyata dari seluruh pelusuk dunia menjadikan  akauntan profesional sebagai teras dalam memacu perniagaan membuat keputusan secara bijak  yang boleh meningkatkan kadar kemandirian perniagaan kecil secara positif – pada ketika  ini, hanya 51.6% perniagaan kecil di Amerika Syarikat dapat bertahan melebihi lima tahun pertama2.

Intuit menyediakan  perkhidmatan kepada lebih daripada 100 juta pelanggan di seluruh dunia dan merupakan salah satu daripada syarikat perisian terbesar di dunia, dengan Intuit QuickBooks kini , menjadi penyedia pertama dalam pasaran yang berupaya menyampaikan perkhidmatan pada skala ini untuk profesion perakaunan.

Lars Leber, Naib Presiden Intuit QuickBooks Australia, berkata: “Sebagai pasaran yang berdaya saing dari segi kos, serta berada dalam kedudukan 20 negara teratas paling mesra perniagaan di dunia,3 Malaysia merupakan pasaran yang menarik untuk pemilik perniagaan – mewujudkan  peluang yang sangat besar untuk profesional perakaunan di rantau ini. Skala pelancaran QBOA, dan kebolehcapaian platform secara percuma, akan membantu mencipta  potensi ekonomi yang besar di Malaysia, serta di seluruh dunia.”

Trend global dan kemajuan teknologi mengubah alam  pekerjaan dan membentuk semula masa depan profesion perakaunan, yang semakin mengalihkan permintaan ke arah peranan yang lebih strategik dan analitikal4. Malaysia memerlukan 60,000 akauntan profesional yang berkelayakan menjelang tahun 2030, dengan hanya lebih 37,000 ahli berdaftar dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA) pada ketika ini.5 Akauntan akan menjadi kunci bagi  membantu memacu perusahaan  tempatan dan kemakmuran ekonomi.

Chun How Cheah, HighPines, Malaysia, menambah: “Penggunaan  QuickBooks Online Accountant di Singapura telah membuka masa depan perakaunan dan perdagangan global kepada kami. QBOA telah membolehkan  kami meningkatkan kecekapan dan keuntungan firma kami dengan membantu menguruskan kerja dan pelanggan kami dalam satu platform yang cukup mudah digunakan. Perisian perakaunan ini adalah sesuatu yang mesti dimiliki bagi mereka yang ingin  mengembangkan dan mencapai peningkatan dengan lebih pantas. Kami teruja dengan  pelancaran QBOA Global yang akan menjadi  kunci kecekapan di pelbagai negaradan rantau baru  bagi firma kami.”

QuickBooks Online Accountant bermanfaat kepada akauntan profesional tidak kira di mana-mana sahaja di seluruh dunia – melalui ciri-ciri dari set berikut:

• Log masuk tunggal dan paparan papan pemuka data masa nyata dan sejarah pelanggan, projek semasa dan tarikh akhir;
• Transaksi automatik dan peraturan khusus bagi mengklasifikasikan data, meminimumkan kemasukan data manual dan mengurangkan risiko ralat;
• Pilihan menggunakan aliran kerja untuk menghantar peringatan kepada individu dengan  tepat pada masa yang sesuai dan mengautomasikan tugasan umum  – sangat  bernilai bagi  penyimpan kira-kira ketika  waktu paling sibuk setiap  tahun;
• Aplikasi berintegrasi menyediakan fungsi yang merangkumi laporan, pengurusan inventori, pengurusan perbelanjaan, daftar gaji, e-Dagang;
• Keupayaan ramalan berasaskan AI  untuk menganggarkan sumbangan cukai pendapatan/VAT, menyokong pemfailan penaksiran sendiri dengan pecahan pendapatan dan perbelanjaan yang boleh ditolak cukai dilakukan secara automatik.

Bantuan pengambilan QuickBooks Online Accountant untuk profesional akauntan dan penyimpan kira-kira adalah percuma, melalui sesi Zoom dan tertumpu kepada pelanggan baru  yang tidak pernah menggunakan QuickBooks serta mana-mana pelanggan sedia ada yang tidak secara aktif menggunakan QuickBooks. Ia  ialah sesi secara praktikal, “Lakukan Dengan Saya” atau “Do-It-With-Me”.

Bagi  meraikan pelancaran edisi global QBOA, buat masa yang terhad sahaja, penetapan harga pukal  juga telah diumumkan. Untuk  membantu akauntan memulakan  pelanggan perniagaan kecil dengan QuickBooks secara atas talian, hanya untuk tempoh tiga bulan yang akan datang, tawaran langganan satu dolar akan diaktifkan. Satu dolar (atau bersamaan dengan kadar mata wang negara), secara bulanan, bagi setiap fail. Tawaran ini boleh didapati di semua negara, bertujuan untuk terus menyokong perkembangan  digital bagi  semua akauntan.

Pembangun tempatan kini boleh menerbitkan aplikasi sebagai sebahagian daripada Gedung Aplikasi Global QuickBooks atau QuickBooks Global App Store – untuk memasukkan daftar gaji, pembayaran, inventori dan aplikasi yang dibina khas bagi rantau tertentu – untuk diintegrasikan dengan QuickBooks.

Untuk maklumat lanjut dan maklumat tentang cara mengakses platform QuickBooks Online Accountant secara percuma,  ikuti pautan  di sini.

TAMAT -

Mengenai  Intuit

Intuit ialah platform teknologi kewangan global yang memperkasakan kemakmuran untuk orang ramai  dan komuniti yang mendapat khidmat daripada kami. Dengan lebih daripada 100 juta pelanggan di seluruh dunia menggunakan TurboTaxCredit KarmaQuickBooks dan Mailchimp, kami percaya bahawa setiap individu seharusnya berpeluang mengecapi kemakmuran. Kami tidak pernah berhenti berusaha mencari cara baru dan kaedah inovatif untuk merealisasikannya. Sila kunjungi kami untuk mendapatkan maklumat terkini  mengenai Intuit, produk dan perkhidmatan kami dan  layari  media sosial kami.

1 Kertas Putih Forum Ekonomi Dunia “Kesediaan PKS pada Masa Depan (Future Readiness of SMEs): Menggerakkan Sektor PKS untuk Memacu Kelestarian dan Kemakmuran yang Meluas” diterbitkan pada 30 November 2021: https://www.weforum.org/whitepapers/future-readiness-of-smes-mobilizing-the-sme-sector-to-drive-widespread-sustainability-and-prosperity
2Biro Statisik Buruh Amerika Syarikat, 1994-2022: https://www.bls.gov/bdm/us_age_naics_00_table7.txt
3 Laporan Bank Dunia, “Kemudahan Menjalankan Perniagaan (Ease of Doing Business)”, 2020.
4Laporan ACCA (Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun) “Kesediaan masa depan: kerjaya perakaunan pada 2020-an”. Pautan: https://www.accaglobal.com/content/dam/ACCA_Global/professional-insights/FutureReady2020s/JamieLyon.FutureCareersAccoutancy2020s.summary.pdf
5 Institut Akauntan Malaysia, November 2021: https://mia.org.my/welcome-remarks-by-dr-nurmazilah-dato-mahzan-chief-executive-officer-malaysian-institute-of-accountants-at-leveraging-opportunities-for-accounting-graduates

Hubungi

Anastasia Ivanova
anastasia.ivanova@ogilvy.com

Sumber: Intuit QuickBooks


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17093

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...