HONG KONG, 23 Mei (Bernama-TRANSWORLD NEWSWIRE) -- One Click APAC, sebuah agensi pemasaran digital terkemuka di Asia, dengan sukacitanya ingin mengumumkan pelancaran bagi perkhidmatan pemasaran dan penterjemahan kandungan mereka bagi syarikat-syarikat Global yang ingin mengembangkan jangkauan mereka di pasaran Asia. Dengan pemahaman yang mendalam tentang nuansa kebudayaan dan linguistik bagi pasaran Hong Kong, Taiwan, Macau dan China, One Click APAC berada pada kedudukan yang baik untuk membantu syarikat-syarikat berkomunikasi secara berkesan dengan khalayak sasaran mereka dan memacukan pertumbuhan perniagaan.
Dengan sebuah pasukan yang terdiri daripada pencipta kandungan, pakar strategi, pemasar dan penterjemah yang berpengalaman, One Click APAC menyampaikan penyelesaian pemasaran kandungan tersuai yang selaras dengan matlamat pelanggan dan menyalun dengan khalayak sasaran mereka. Sama ada ia mencipta catatan blog yang menarik, menghasilkan video yang bermaklumat atau membangunkan infografik yang menakjubkan secara visual, pasukan pakar One Click APAC bekerjasama rapat dengan pelanggan untuk membangunkan kandungan yang bercakap secara terus kepada khalayak mereka.“Pasukan kami teruja untuk melancarkan penawaran perkhidmatan baharu ini untuk membantu syarikat-syarikat Global mengembangkan jangkauan mereka di pasaran Hong Kong, Taiwan, Macau dan China,” kata Maggie, Ketua Pegawai Eksekutif bagi One Click APAC. “Kami memahami cabaran unik yang datang dengan berkomunikasi merentas budaya, dan kami berada di sini untuk membantu pelanggan kami mengharungi cabaran tersebut dan berhubung dengan khalayak sasaran mereka dengan berkesan.”
Selain mencipta kandungan yang menarik, perkhidmatan pemasaran dan terjemahan kandungan One Click APAC juga termasuk strategi pengedaran yang memastikan jangkauan dan penglibatan yang maksimum. Daripada media sosial kepada pemasaran e-mel, pasukan pakar One Click APAC memanfaatkan pelbagai saluran untuk mendapatkan kandungan di hadapan mereka yang disasarkan pada masa yang sesuai.
Dengan sebuah rekod kejayaan yang terbukti di dalam pasaran Asia, One Click APAC dilengkapi dengan baik untuk membantu syarikat-syarikat Global mengharungi kerumitan untuk berkembang ke Hong Kong, Taiwan, Macau dan China. Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan pemasaran dan penterjemahan kandungan One Click APAC, sila layari www.oneclickapac.com.
Maklumat mengenai One Click APAC
One Click APAC ialah sebuah agensi pemasaran digital terkemuka di Asia yang mengkhususkan diri di dalam membantu perniagaan mengembangkan jangkauan mereka di pasaran Asia. Dengan sebuah pasukan pemasar yang berpengalaman, One Click APAC menyampaikan penyelesaian tersuai yang memacukan pertumbuhan perniagaan dan memaksimumkan ROI. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.oneclickapac.com.
SUMBER: One Click APAC
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Pasukan One Click APAC
E-mel: oneclickapac@gmail.com
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment