Wednesday, May 24, 2023

MINISO MERAIKAN PEMBUKAAN BESAR-BESARAN BAGI KEDAI TERUNGGUL GLOBAL MEREKA DI TIMES SQUARE, NEW YORK




NEW YORK, 23 Mei, 2023 /Xinhua-AsiaNet/--

 
Peruncit gaya hidup MINISO (NYSE: MNSO; HKEX: 9896) secara rasmi membuka kedai terunggul global mereka yang baharu di Times Square yang ikonik di New York pada Jumaat, 19 Mei (EST). Dengan menandakan satu peristiwa penting di dalam sejarah jenama itu, kedai baharu itu membawakan sikap dan keseronokan pengenalan MINISO yang menggembirakan, mampu dimiliki, produk yang direka bentuk yang menarik terus ke tengah-tengah satu daripada daerah beli-belah yang paling terkenal di dunia.

Terletak di tingkat pertama di 5 Times Square, kedai terunggul baharu itu mempunyai satu rupa bentuk yang cerah dan bersih, dengan daya tarikan kepada koleksi berlesen MINISO dengan beberapa pemilik harta intelek terkenal di dunia. Daripada Sanrio sehingga kepada We Bare Bears, koleksi berlesen itu hanyalah merupakan sebahagian daripada 2,500 produk yang ditawarkan di kedai baharu itu, yang dipaparkan merentasi 10 zon produk yang khusus. Selain koleksi berlesen, zon-zon itu juga termasuk kotak yang mengandungi pelbagai barang kolektibel, barang mainan, mainan lembut, wangi-wangian, aksesori, alat solek, makanan ringan, elektronik serta hadiah & alat tulis.

“Kami gembira kerana dapat membuka kedai kemegahan baharu kami di sini di Times Square,” kata Jack Ye, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi MINISO, pada acara pembukaan besar-besaran itu. “Mewujudkan satu kehadiran di sebuah destinasi komersial dan budaya yang paling dikenali di dunia membolehkan kami untuk menjangkau audiens baharu dengan lebih berkesan pada setiap hari, memperkenalkan produk kami yang menyeronokkan dan berkualiti kepada ratusan ribu warga New York dan pelancong yang melalui jalan-jalan ini pada setiap satu.”

Pada hari pembukaan kedai itu, orang yang lalu lalang tertarik dengan suasana pesta dan paparan tingkap kedai yang menarik, yang menampilkan watak-watak Disney yang digemari seperti Mickey Mouse dan Toy Story, bersama-sama dengan watak berlesen terkenal yang lain. Pengunjung ke kedai itu telah dijemput untuk mengambil bahagian di dalam sambutan itu, dengan pemberian hadiah dan cabutan undian memberi peluang kepada pembeli untuk memenangi hadiah menarik, termasuk hadiah, produk daripada syarikat induk Hello Kitty Sanrio, dan baucar kedai. Rangkaian produk yang pelbagai dan pengalaman membeli-belah MINISO yang menarik terbukti berjaya, dengan kedai itu menjanakan hampir $80,000 dalam jualan pada sepanjang hari pembukaan, untuk menetapkan rekod jualan sehari yang baharu di kalangan semua kedai di seluruh dunia.

Tom Harris, Presiden bagi Perikatan Times Square, telah menghadiri majlis tersebut. “Saya ingin mengucapkan tahniah kepada MINISO kerana membuka sebuah kedai terunggul di Times Square,” kata beliau. “Times Square terkenal dengan suasananya yang hidup dan bertenaga. MINISO membawakan pelbagai jenis produk gaya hidup mereka dan menambahkan persekitaran dinamik di sini. Kedatangannya mencerminkan keterangkuman dan kepelbagaian di Times Square.”

Pembukaan kedai terunggul yang baharu itu di Times Square pada tahun 2023, bersempena dengan tahun ulang tahun ke-10 jenama itu, dibuat sejurus selepas pengumuman bagi satu strategi global yang baharu. Strategi itu bertujuan untuk mengubah MINISO menjadi sebuah jenama gaya hidup super untuk membawa lebih banyak kegembiraan kepada pelanggan di seluruh dunia. Kedai terunggul baharu di Times Square itu bukan sahaja menjanjikan untuk meningkatkan transformasi ini, tetapi juga menunjukkan komitmen kuat MINISO untuk mewujudkan satu kehadiran yang berkembang pesat di pasaran Amerika Syarikat. Dengan lebih 70 kedai dan sebuah pasukan kakitangan tempatan yang berdedikasi, pasaran Amerika Syarikat telah muncul sebagai pasaran luar negara yang berprestasi terbaik bagi MINISO untuk dua suku tahun yang berturut-turut.

Memandang ke hadapan, MINISO akan mengekalkan tumpuan yang teguh kepada inovasi produk dan operasi kedai, dengan menyampaikan satu pengalaman membeli-belah seolah-olah mencari harta karun untuk pelanggan dengan pelbagai zon pengumpulan berlesen yang menawan di dalam kedai itu. Jenama itu juga telah menetapkan matlamat yang bercita-cita tinggi untuk melepasi 100 kedai di Amerika Syarikat menjelang akhir tahun 2023. Sejak penubuhannya pada tahun 2013, MINISO telah menawan peminat di 106 pasaran dengan lebih daripada 5,514 kedai setakat ini, dengan menarik lebih 1 bilion pelanggan di seluruh dunia, dan kedai terunggul yang baharu itu memastikan bahawa jenama itu akan dapat menjangkau ke lebih ramai pelanggan dari lebih banyak pelosok dunia.

Maklumat mengenai MINISO
Kumpulan MINISO ialah sebuah peruncit gaya hidup global yang menawarkan pelbagai produk gaya hidup yang diterajui reka bentuk. Syarikat itu memberikan perkhidmatan kepada pengguna terutamanya melalui rangkaian kedai MINISO yang besar, dan mempromosikan satu pengalaman membeli-belah yang bersantai, seolah-olah memburu harta karun dan melibatkan pengalaman membeli-belah yang penuh dengan kejutan yang menarik perhatian semua demografi. Reka bentuk, kualiti dan keterjangkauannya yang estetik adalah teras kepada setiap produk di dalam portfolio produk MINISO yang luas, dan Syarikat itu sentiasa dan kerap mengeluarkan produk dengan kualiti ini. Sejak pembukaan kedai pertama mereka di China pada tahun 2013, Syarikat itu telah membina jenama kemegahan mereka “MINISO” sebagai sebuah jenama runcit yang diiktiraf di peringkat dunia dan menubuhkan satu rangkaian kedai besar-besaran di seluruh dunia.
 
Sumber: Kumpulan MINISO 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=17140

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...