Anis juga menyertai Lembaga Eksekutif Wipro
DUBAI, Emiriah Arab Bersatu & BANGALORE, India, 12 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Wipro Limited (NYSE: WIT, BSE: 507685, NSE: WIPRO), sebuah syarikat teknologi maklumat, perundingan dan perkhidmatan proses perniagaan terkemuka dunia, telah mengumumkan pelantikan Anis Chenchah sebagai ahli bagi Lembaga Eksekutif Wipro dan Ketua Pegawai Eksekutif, APMEA (Asia Pasifik, India, Timur Tengah dan Afrika).Anis mempunyai lebih dua dekad pengalaman di dalam Perundingan, IT dan Perkhidmatan Proses Perniagaan. Beliau menyertai dari Capgemini di mana beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Global bagi Perkhidmatan Perniagaan Capgemini dan ahli bagi Jawatankuasa Eksekutif Kumpulan itu. Sebelum itu, Anis memegang pelbagai peranan kepimpinan di dalam Perkhidmatan Kewangan Capgemini merentasi Eropah dan Timur Tengah.
“Saya sangat mengalu-alukan Anis ke Wipro. Pelantikan beliau adalah satu petunjuk yang berani berhubung cita-cita kami untuk pertumbuhan eksponen dan kepimpinan dalam APMEA ketika kami memanfaatkan masa depannya yang cerah. Dengan rekod perkhidmatan beliau yang cemerlang di dalam memacu pertumbuhan tinggi dalam pelbagai konteks, menguruskan transformasi yang kompleks dan membina pasukan yang berprestasi tinggi, Anis berada pada kedudukan yang baik untuk mempercepatkan kejayaan kami di dalam pasaran strategik ini,” kata Thierry Delaporte, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan, Wipro.
“Saya mengagumi tujuan Wipro dan komitmen mereka yang luar biasa terhadap kebaikan sosial dan kagum dengan keberkesanan transformasi mereka sejak dua tahun yang lalu. Ia adalah satu penghormatan untuk menerajui perniagaan Wipro di sebuah rantau yang saya sangat minati, dan untuk bekerjasama dengan pelanggan kami ketika mereka mempercepatkan perniagaan dan transformasi digital mereka,” kata Anis Chenchah.
Anis memegang sebuah ijazah Sarjana di dalam Kejuruteraan daripada ENSISA di Perancis.
N S Bala, yang telah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif bagi Unit Pasaran Strategik APMEA sejak setahun yang lalu, telah mengambil keputusan untuk berpindah balik ke Amerika Syarikat di atas sebab-sebab peribadi. Kami menghormati keputusan beliau untuk berpindah dari Wipro dan ingin mengucapkan terima kasih yang tulus ikhlas kepada beliau, bukan sahaja kerana menetapkan satu asas yang kukuh di APMEA tetapi juga di atas sumbangan berterusan beliau kepada Wipro sepanjang tiga dekad yang lalu. Kami mendoakan yang terbaik untuk beliau untuk usaha beliau yang seterusnya.
Maklumat mengenai Unit Pasaran Strategik APMEA
Wipro mempunyai satu kehadiran dan pengalaman yang kukuh merentasi pelbagai wilayah yang terdiri daripada APMEA. Unit pasaran ini memainkan satu peranan strategik sebagai ‘enjin pertumbuhan’ bagi organisasi itu, terutamanya dengan peningkatan permintaan daripada pelanggan kami bagi penyelesaian pemodenan dan transformasi digital yang komprehensif, kepakaran domain yang mendalam dan inovasi pada skala. Selaras dengan cita-cita pertumbuhan kami, kami terus melabur di dalam penyetempatan dan membina bakat yang pelbagai, sambil mengukuhkan perkongsian ekosistem kami dan pengetahuan tentang permintaan serantau bagi memenuhi jangkaan pelanggan kami.
No comments:
Post a Comment