Tuesday, April 12, 2022

UTAC AKAN MENGUBAH PERANCANGAN RANTAIAN BEKALAN SECARA DIGITAL DENGAN BLUE YONDER

 Syarikat semikonduktor global memilih Perancangan Luminate Blue Yonder untuk mengoptimumkan keupayaan senario dan perancangan bekalan



SINGAPURA & SCOTTSDALE, Ariz., 12 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- UTAC Holdings Ltd. (UTAC), sebuah penyedia perkhidmatan ujian dan pemasangan semikonduktor global, telah memilih untuk mengubah secara digital keupayaan perancangan rantaian bekalan mereka dengan Blue Yonder. Syarikat itu akan melaksanakan Perancangan Luminate™ berasaskan SaaS Blue Yonder untuk mengoptimumkan proses perancangan bekalan pembuatan mereka yang kompleks dan meningkatkan keupayaan perancangan senario mereka.

UTAC menawarkan kepada pelanggan dengan satu rangkaian lengkap perkhidmatan pemasangan dan ujian semikonduktor di dalam kategori produk utama berikut: analog, isyarat bercampur dan logik, penderia imej, MEMS dan diskret. Pelanggan UTAC terdiri daripada syarikat-syarikat fabless atau syarikat yang mereka bentuk dan memasarkan perkakasan sambil menyumber luar pembuatan perkakasan itu kepada rakan  pihak ketiga, pengeluar peranti bersepadu dan faundri wafer. UTAC merancang untuk bekerjasama dengan Blue Yonder bagi meningkatkan proses perancangan mereka dengan ketara, mengurangkan masa kitaran perancangan dan meningkatkan produktiviti perancang.

Dengan Blue Yonder, UTAC akan dapat:
  • Meramalkan penambahan kapasiti jangka panjang dan keputusan pelaburan berdasarkan kepada senario perancangan yang realistik.
  • Mengoptimumkan penggunaan kapasiti untuk memaksimumkan daya pemprosesan pengeluaran.
  • Menyediakan perancangan kapasiti dan bahan yang tepat dan pantas.
  • Bertindak balas terhadap pertanyaan pelanggan dengan tepat dan pantas.
 
“Dalam persekitaran yang pesat berubah pada hari ini, senario perniagaan kami berubah apabila pelanggan kami membuat perubahan pesanan yang kerap dan besar yang memberi kesan kepada unjuran permintaan kami. Perancangan Luminate Blue Yonder mempunyai senario dan keupayaan perancangan bekalan yang akan membolehkan kami untuk memenuhi keperluan pelanggan kami dan mengekalkan kelebihan berdaya saing di tempat pasaran,” kata Regina Liew, ketua pegawai perolehan dan naib presiden kanan SCM, UTAC.

Perancangan Luminate Blue Yonder, yang dikuasakan oleh Microsoft Azure, akan membolehkan UTAC untuk memproses, merancang dan bertindak balas terhadap perubahan dalam masa nyata, memperoleh ketangkasan rantaian bekalan untuk memenuhi permintaan yang tidak menentu. Dengan keupayaan perancangan bekalan, UTAC akan dapat menjanakan kapasiti dan pelan pengeluaran yang cekap dan optimum yang menyediakan satu perkhidmatan pelanggan peringkat tinggi.

“Satu rantaian bekalan yang pantas dan cekap adalah pembeza persaingan di dalam ruang pemasangan dan ujian (OSAT) semikonduktor penyumberan luar yang sangat kompetitif. Dengan penyelesaian kami, UTAC akan dapat mengoptimumkan proses perancangan bekalan dan pengeluaran mereka, yang akan memberikan mereka kelebihan kos operasi dan memastikan mereka memenuhi keperluan pelanggan mereka,” kata Antonio Boccalandro, presiden APAC, Blue Yonder.

Sumber tambahan:
Maklumat mengenai UTAC Holdings Ltd.

UTAC Holdings Ltd (UTAC) adalah sebuah pembekal bebas terkemuka bagi perkhidmatan pemasangan dan ujian untuk satu rangkaian luas cip semikonduktor, dan kami menawarkan satu rangkaian penuh bagi pemasangan semikonduktor dan perkhidmatan ujian dalam kategori produk utama berikut: analog, isyarat bercampur dan logik, dan ingatan. Pelanggan kami terutamanya adalah syarikat-syarikat fabless, pengeluar peranti bersepadu dan faundri wafer. UTAC beribu pejabat di Singapura, dan mempunyai kemudahan pengeluaran di Singapura, Thailand, China, Indonesia dan Malaysia, di samping rangkaian jualan global mereka tertumpu pada lima wilayah: Amerika Syarikat, Jepun, China, seluruh Asia dan Eropah, dengan pejabat jualan terletak di setiap wilayah ini.

Maklumat mengenai Blue Yonder

Blue Yonder adalah peneraju dunia di dalam rantaian bekalan digital dan pemenuhan perdagangan saluran pelbagai arah. Platform pintar kami dari hujung ke hujung membolehkan peruncit, pengeluar dan penyedia logistik untuk meramal, memangsi dan memenuhi permintaan pelanggan dengan lancar. Dengan Blue Yonder, anda dapat membuat keputusan perniagaan yang lebih automatik dan menguntungkan yang menyampaikan pertumbuhan yang lebih besar dan pengalaman pelanggan yang boleh digambarkan semula. Blue Yonder - Penuhi Potensi anda blueyonder.com

“Blue Yonder” adalah sebuah tanda perdagangan atau tanda perdagangan berdaftar bagi Blue Yonder Group, Inc. Sebarang nama dagangan, produk atau perkhidmatan yang dirujuk di dalam dokumen ini yang menggunakan nama “Blue Yonder” adalah satu tanda perdagangan dan/atau hak milik Blue Yonder Group, Inc. Semua nama syarikat dan produk lain boleh merupakan tanda perdagangan, tanda perdagangan berdaftar atau tanda perkhidmatan bagi syarikat-syarikat yang bersekutu dengannya.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:  
https://www.businesswire.com/news/home/20220411005230/en/

Hubungi

Hubungi Perhubungan Awam Blue Yonder:
Marina Renneke, APR, Pengurus Komunikasi Korporat
Tel: +1 480-308-3037, marina.renneke@blueyonder.com

Sumber : Blue Yonder

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...