Tuesday, April 26, 2022

CWT MELANTIK PATRICK ANDERSEN SEBAGAI KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF

MINNEAPOLIS, 26 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- CWT, platform pengurusan perjalanan Perniagaan-ke-Perniagaan-bagi-Pekerja (B2B4E), mengumumkan bahawa Michelle McKinney Frymire telah mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan beliau di Syarikat itu. Sebagai sebahagian daripada proses perancangan penggantian jangka panjang Syarikat, Lembaga Pengarah telah melantik Presiden dan Ketua Pegawai Komersial Patrick Andersen sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif berikutnya, berkuat kuasa pada 1 Mei, 2022. Beliau akan juga berkhidmat dalam Lembaga Pengarah Syarikat itu.

“Menerajui CWT melalui satu fasa yang kritikal di dalam evolusi mereka merupakan satu penghormatan yang besar,” kata McKinney Frymire. “Kami telah membuat pencapaian yang besar dalam masa yang luar biasa ini, dan saya berterima kasih kepada pasukan global dan pelanggan kami di atas kepercayaan dan perkongsian sokongan mereka. Kini, dengan asas kewangan yang kukuh, CWT berada pada kedudukan untuk mempercepatkan rancangan pertumbuhan mereka dan saya berbesar hati untuk menyerahkan baton itu kepada Patrick.”

“Kami teruja bahawa Patrick akan berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kami yang seterusnya, memandangkan rekod prestasi cemerlang beliau sebagai Ketua Pegawai Komersial dan 13 tahun di dalam peranan kepimpinan antarabangsa di CWT. Beliau mempunyai hubungan yang sudah lama bertapak dengan pelanggan dan pihak berkepentingan kami dan telah menunjukkan kepimpinan yang hebat melalui penyeliaan keutamaan strategik kami, mengembangkan RoomIt dan melancarkan platform teknologi baharu myCWT China kami,” kata Jim Abrahamson, Pengerusi bagi Lembaga CWT. “Bagi pihak Lembaga Pengarah dan rakan sekerja global kami, kami mengucapkan terima kasih kepada Michelle di atas sumbangan beliau sejak beliau menyertai Syarikat itu pada 2019 dan mengucapkan selamat maju jaya dalam usaha beliau yang seterusnya.”

“Saya gembira dan berbesar hati untuk memimpin CWT ke peringkat pertumbuhan yang seterusnya,” kata Patrick Andersen. “Ketika permintaan perjalanan meningkat, CWT berada pada kedudukan yang baik untuk melabur dan mengembangkan kepimpinan industri dan hubungan global mereka. Yang penting, saya akan meneruskan komitmen kami terhadap nilai teras kami dan berharap dapat bekerjasama dengan Lembaga Pengarah kami dan pasukan CWT untuk meningkatkan teknologi kami, dan mengukuhkan lagi perkhidmatan perjalanan dan acara yang kami sediakan kepada pelanggan kami di seluruh dunia.”
 
Sebelum peranan beliau sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Komersial, Encik Andersen telah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Strategi dan sebelum itu sebagai Presiden bagi benua Amerika. Sejak menyertai Syarikat itu pada 2008, Encik Andersen telah mengurus dan menyelia beberapa inisiatif yang telah mendefinisikan  industri termasuk pelancaran myCWT China, mengembangkan RoomIt oleh CWT, dan membangunkan perjanjian perkongsian teknologi GDS jangka panjang yang berinovatif. Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun di dalam perjalanan & logistik global, dengan pelbagai peranan kepimpinan antarabangsa di Deutsche Post Worldwide dan DHL. Andersen juga berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Bukan Eksekutif di Global Minnesota, dan MNSNAP, dan berada dalam Lembaga Pengawas untuk Sekolah Pengurusan Carlson. Beliau belajar di dalam bidang pengurusan di London Business School.

Maklumat mengenai CWT

CWT adalah platform pengurusan perjalanan Perniagaan-ke-Perniagaan-bagi-Pekerja (B2B4E) di mana syarikat dan kerajaan bergantung harap untuk memastikan kakitangan mereka sentiasa berhubungan. Di mana sahaja, pada bila-bila masa, dengan cara apa pun – merentasi enam benua – syarikat itu menyediakan pelanggan mereka dan pekerja mereka dengan teknologi yang berinovatif serta sebuah pengalaman perjalanan yang cekap, selamat dan terjamin.

Lihat versi sumber di  businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220424005089/en/

Hubungi

Julian Walker
CorePr@mycwt.com

Sumber : CWT

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15820

No comments:

Post a Comment

DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIISYTIHAR SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® 2024 MAGIC QUADRANT™ BAGI PLATFORM TERAS INSURANS SAAS P&C, AMERIKA UTARA

Diiktiraf bagi Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan BOSTON, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Duck Creek Technologies, sebua...