Perusahaan sedang mengubah operasi perolehan selepas pandemik meningkatkan tekanan untuk kecekapan, kelestarian, kata laporan ISG Provider Lens™
SINGAPURA & KUALA LUMPUR, Malaysia, 6 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perusahaan di Singapura dan Malaysia kini berada di ambang membuat perubahan besar kepada operasi perolehan mereka yang, dalam beberapa keadaan, telah lama terlewat, menurut satu laporan penyelidikan baharu yang diterbitkan hari ini oleh Information Services Group (ISG) (Nasdaq: III), sebuah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global terkemuka.
Laporan Perolehan BPO dan Perkhidmatan Transformasi ISG Provider Lens™ 2022 itu untuk Singapura dan Malaysia mendapati minat yang semakin meningkat bagi perkhidmatan ini selepas pandemik COVID-19 meningkatkan tekanan ke atas perusahaan di kedua-dua buah negara untuk mengoptimumkan fungsi perolehan mereka. Kesan kumulatif bagi perintah kawalan pergerakan, penutupan sempadan, sekatan ke atas pergerakan, keperluan kerja jarak jauh dan peningkatan risiko telah mengubah pasaran perolehan rantau itu dengan ketara sejak awal tahun 2020, kata laporan itu.
“Sistem pemerolehan dan rantaian bekalan yang teruk dan ketinggalan zaman yang melemahkan banyak perusahaan Singapura dan Malaysia sebelum pandemik itu mengancam untuk terus menjejaskan mereka selepas virus itu melanda,” kata Deepraj Emmanuel, pengarah, ISG Asia, di Singapura. “Ini mendorong syarikat-syarikat untuk mencari penyedia perkhidmatan untuk penyumberan luar dan transformasi perniagaan.”
Oleh kerana pasaran perolehan di negara-negara ini agak stabil sebelum pandemik itu, terdapat pertumbuhan yang terhad di dalam kemahiran yang diperlukan untuk bersaing, kata ISG. Sebagai contoh, banyak perusahaan masih melakukan pembelian secara manual dan menggunakan operasi sistem perolehan berbeza dalam silo, oleh itu langkah membuat keputusan adalah perlahan. Kini usaha sedang giat dijalankan untuk menjadikan perolehan lebih cekap dan mapan.
“Pemerolehan di Singapura dan Malaysia berada di ambang perubahan yang tulen,” kata Emmanuel. “Banyak perusahaan sudah bersedia untuk menjadikan organisasi perolehan mereka lebih tangkas dan bersedia untuk masa depan.”
Imbangan bagi permintaan untuk perkhidmatan adalah berbeza di Singapura dan Malaysia berbanding dengan di rantau lain, kata laporan itu. Sebagai contoh, oleh kerana kadar upah lazimnya lebih rendah berbanding dengan di pasaran seperti Eropah dan Amerika Syarikat, pengoptimuman kos bukanlah satu sebab utama bagi kebanyakan organisasi untuk mendapatkan penyumberan luar proses perniagaan (BPO). Walau bagaimanapun, perusahaan harus mempertimbangkan untuk melibatkan diri dengan penyedia perkhidmatan untuk menjalankan transformasi digital bagi operasi pemerolehan mereka untuk mencapai hasil perniagaan yang boleh diukur, kata ISG. Laporan itu juga mengkaji permintaan yang semakin meningkat bagi pemusatan, penyeragaman dan inisiatif lain oleh perusahaan Singapura dan Malaysia yang bersedia untuk era baharu di dalam pemerolehan.
Ketua pegawai perolehan perusahaan dan profesional pengurusan sumber dan vendor boleh menggunakan laporan tersebut untuk mengoptimumkan perolehan transaksional, merancang penyumberan strategik dan lebih memahami landskap penyedia perkhidmatan di rantau itu.
Laporan Perolehan BPO dan Perkhidmatan Transformasi ISG Provider Lens™ 2022 itu untuk Singapura dan Malaysia menilai keupayaan oleh 16 pembekal merentasi dua kuadran: Perkhidmatan BPO dan Perkhidmatan Transformasi Digital.
Laporan itu menamakan Accenture, GEP, IBM dan Infosys sebagai Pemimpin di dalam kedua-dua kuadran dan Genpact sebagai sebuah Pemimpin di dalam satu kuadran.
Selain itu, DXC Technology dan WNS Denali dinamakan sebagai Bintang yang Semakin Meningkat – syarikat-syarikat yang mempunyai satu “portfolio yang mempunyai masa depan yang cerah” dan “berpotensi tinggi di masa depan” mengikut takrifan ISG – dalam satu kuadran setiap satu.
Satu versi tersuai bagi laporan itu tersedia daripada GEP.
Laporan Perolehan BPO dan Perkhidmatan Transformasi ISG Provider Lens™ 2022 itu untuk Singapura dan Malaysia tersedia kepada pelanggan atau untuk pembelian sekali sahaja di laman web ini.
Maklumat mengenai ISG Provider Lens™ Research
Siri penyelidikan ISG Provider Lens™ Quadrant ialah satu-satunya penilaian penyedia perkhidmatan yang seumpamanya untuk menggabungkan analisis penyelidikan dan pasaran empirikal yang dipacu oleh data dengan pengalaman dunia sebenar dan pemerhatian oleh pasukan penasihat global ISG. Perusahaan akan menemui banyak data terperinci dan analisis pasaran untuk membantu membimbing pemilihan mereka bagi rakan sumber yang sesuai, manakala penasihat ISG menggunakan laporan itu untuk mengesahkan pengetahuan pasaran mereka sendiri dan membuat cadangan kepada pelanggan perusahaan ISG. Penyelidikan itu pada masa ini meliputi penyedia yang menawarkan perkhidmatan mereka di peringkat global, merentasi Eropah, serta di Amerika Syarikat, Kanada, Brazil, United Kingdom, Perancis, Benelux, Jerman, Switzerland, Nordik, Australia dan Singapura/Malaysia, dengan pasaran tambahan akan ditambah pada masa hadapan. Untuk maklumat lanjut tentang penyelidikan ISG Provider Lens, sila layari laman web ini.
Satu siri penyelidikan pendamping, ISG Provider Lens Archetype melaporkan, menawarkan satu penilaian yang pertama seumpamanya bagi pembekal daripada perspektif jenis pembeli yang spesifik.
Maklumat mengenai ISG
ISG (Information Services Group) (Nasdaq: III) adalah sebuah firma penyelidikan dan penasihat teknologi global yang terkemuka. Sebuah rakan perniagaan yang dipercayai kepada lebih 800 pelanggan, termasuk lebih daripada 75 daripada 100 perusahaan utama dunia, ISG komited untuk membantu perbadanan, organisasi sektor awam, dan penyedia perkhidmatan dan teknologi mencapai kecemerlangan operasi dan pertumbuhan yang lebih pantas. Firma itu pakar di dalam perkhidmatan transformasi digital, termasuk automasi, awan dan analisis data; nasihat sumber; tadbir urus terurus dan perkhidmatan risiko; perkhidmatan pembawa rangkaian; reka bentuk strategi dan operasi; pengurusan perubahan; risikan pasaran dan penyelidikan dan analisis teknologi. Ditubuhkan pada tahun 2006, dan berpangkalan di Stamford, Conn., ISG mempunyai lebih 1,300 orang pekerja profesional yang sudah bersedia daripada segi digital yang beroperasi di lebih 20 buah negara—sebuah pasukan global yang terkenal kerana pemikiran mereka yang berinovatif, pengaruh pasaran, kepakaran industri dan teknologi yang mendalam serta keupayaan penyelidikan dan analisis yang bertaraf dunia berdasarkan kepada data tempat pasaran yang paling komprehensif di dalam industri. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.isg-one.com.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220405006268/en/
Hubungi
Media:
Will Thoretz, ISG
+1 203 517 3119
will.thoretz@isg-one.com
Erik Arvidson, Matter Communications bagi pihak ISG
+1 617 874 5214
isg@matternow.com
Sumber : Information Services Group, Inc.
No comments:
Post a Comment