Tuesday, April 12, 2022

KEBANGKITAN TEKNOLOGI DUAL MINERS BAHARU

HELSINKI, Finland, 12 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dualminers (www.dualminers.com) teruja untuk mengumumkan pengenalan rasmi bagi tiga pelantar perlombongan yang berpotensi mengubah industri kripto di seluruh dunia. Dualminers telah menggunakan teknologi cip ASIC untuk menghasilkan tiga penyelesaian yang telah diprakonfigurasikan untuk kemudahan penggunaan dan menjanjikan pulangan pelaburan dalam masa yang singkat iaitu seawal sebulan, yang diketuai oleh beberapa pakar paling berpengalaman dalam industri perlombongan mata wang kripto.

DualPro, DualPro Max dan yang paling terbaharu, DualPremium merupakan produk semasa syarikat itu yang menyokong operasi yang menguntungkan pada blok rantai pilihan. Sila layari https://dualminers.com/products untuk maklumat lanjut

Pasukan Dual Miner terdiri daripada ahli profesional industri yang berpengalaman.

Dual Miners ialah firma reka bentuk dan pembuatan cip yang ditubuhkan di London, dengan pejabatnya di Finland, Korea Selatan dan Australia. Ia mempunyai beberapa pasukan dengan pemahaman yang mendalam yang diantaranya tentang teknologi Blok Rantai dan reka bentuk teknologi. Syarikat itu menyediakan unit pemprosesan grafik kepada para pengguna selain perkhidmatan pembangunan dompet kripto. Syarikat itu mempunyai pejabat di tiga buah benua. Disebabkan oleh pengalamannya yang meluas dalam pasaran, Dual Miners telah menempah nama yang kukuh dalam industri Blok Rantai. 

No comments:

Post a Comment

DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIISYTIHAR SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® 2024 MAGIC QUADRANT™ BAGI PLATFORM TERAS INSURANS SAAS P&C, AMERIKA UTARA

Diiktiraf bagi Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan BOSTON, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Duck Creek Technologies, sebua...