Monday, April 11, 2022

SOROCO MENGUMUMKAN PENGEMBANGAN APAC

Peluang utama bagi organisasi APAC untuk mempercepatkan perjalanan transformasi digital mereka dengan memahami ‘cara bagaimana pasukan-pasukan bekerja’


SINGAPURA & MANILA, Filipina & KUALA LUMPUR, Malaysia, 11 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Soroco, sebuah peneraju dunia di dalam transformasi digital, hari ini mengumumkan pengembangan operasi mereka di rantau APAC bermula dengan Singapura. Mereka juga telah mengumumkan penambahan Frank Courtney-Jay sebagai Pengarah Jualan, untuk menyokong rancangan pengembangan pesat Soroco. Frank membawa bersamanya pengalaman bekerja dengan gergasi teknologi seperti HP, IBM dan Kofax dan akan berpangkalan di Singapura.

Mengenai pengembangan itu, Samson David, Ketua Pegawai Eksekutif, Soroco berkata, “Pengembangan APAC itu akan membolehkan kami untuk lebih dekat dengan pangkalan pelanggan tempatan kami di rantau APAC dan membantu mempercepatkan jualan. Selain menjadi sebuah pangkalan pelanggan yang kukuh, rantau APAC juga merupakan pasaran pertumbuhan strategik untuk Soroco terutamanya di Singapura, Malaysia dan Filipina.”

Scout, produk utama Soroco telah diiktiraf sebagai satu platform penting untuk syarikat-syarikat yang sedang mengharungi gelombang transformasi digital. Platform itu memberikan organisasi keterlihatan yang lengkap ke dalam perjalanan digital pasukan-pasukan merentasi orang, proses & teknologi; dan menyediakan pandangan yang boleh diambil tindakan untuk membantu mereka dengan program perubahan utama mereka dengan membantu pasukan-pasukan menemui cara bagaimana kerja dilakukan. Teknologi Scout dikuasakan oleh graf kerja, sebuah peta hampir masa nyata, terperinci, pintar dan boleh skala bagi perjalanan digital pasukan-pasukan merentasi 1,000 dokumen dan 100 aplikasi yang mereka gunakan untuk membantu menyelesaikan kerja.

Maklumat mengenai Soroco

Soroco sedang berada dalam satu misi untuk mengetahui cara bagaimana dunia berfungsi untuk membantu pasukan-pasukan menjadi yang terbaik. Untuk melakukan ini, kami menyebar dan mengkomersialkan graf kerja itu, yang merupakan satu pandangan berstruktur tentang cara bagaimana pasukan-pasukan menyelesaikan kerja merentasi orang, proses, teknologi dan dokumen. “Graf kerja” itu menyatukan kategori yang tidak bercantum seperti Perlombongan Proses, Perlombongan Tugasan, latihan pengguna, BPM dan RPA untuk menyediakan satu sumber tunggal yang dipercayai. Kami adalah sebuah syarikat teknologi mendalam dengan ~40 paten. Kami mempunyai operasi di seluruh Amerika Syarikat, Eropah, United Kingdom, Singapura & India dengan satu senarai pelanggan Fortune 500 merentasi 30 buah negara.

Layari www.soroco.com untuk mengetahui cara bagaimana kami membantu pasukan-pasukan menemui graf kerja mereka. 

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15761

No comments:

Post a Comment

DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIISYTIHAR SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® 2024 MAGIC QUADRANT™ BAGI PLATFORM TERAS INSURANS SAAS P&C, AMERIKA UTARA

Diiktiraf bagi Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan BOSTON, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Duck Creek Technologies, sebua...