Monday, April 11, 2022

UNIPLAT OLEH UNIFY PLATFORM AG DAN ACIC-KL STARTUPS FOUNDATION MENGUMUMKAN PERIKATAN STRATEGIK UNTUK MENYEDIAKAN LEBIH BANYAK PELUANG BAGI PENYELIDIK DAN USAHAWAN DI SELURUH DUNIA

YOKOHAMA, Jepun, 11 April, 2022 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

- Perikatan Strategik untuk Pertumbuhan Bersama dengan Menggunakan Sumber Keunikan di Antara Satu Sama Lain –
 
UNIPLAT, platform dalam talian (*) yang pertama di dunia bagi penyelidik dan usahawan yang mempromosikan SDG, mengumumkan satu perikatan strategik dengan Atal Community Innovation Center-KL Startups Foundation (yang juga dikenali sebagai ACIC-KL Startups Foundation) (disokong oleh AIM, NITI Aayog, dan Kerajaan India), sebuah syarikat pembiayaan permulaan yang menyediakan infrastruktur yang diperlukan bagi inovasi.
(*) Berdasarkan kepada hasil pencarian Google.
 

Di antara pangkalan data pengguna UNIPLAT di 86 buah negara, bilangan pengguna kelima paling tinggi ialah rakyat India. Dengan berganding bahu bersama ACIC-KL Startups Foundation – pakar-pakar di pasaran India, UNIPLAT menyasarkan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pembiayaan dengan menyediakan satu peluang kepada orang biasa untuk berinteraksi secara langsung dengan pelbagai penyelidik yang unik.

Mempunyai misi yang sama untuk membantu golongan intelek yang kurang terdedah dan terabai serta mewujudkan komuniti yang berinovatif, UNIPLAT dan ACIC-KL Startups Foundation mengambil keputusan untuk menandatangani satu pakatan perniagaan untuk mengembangkan rangkaian perniagaan itu. Kerjasama itu akan menyediakan maklumat dan perkhidmatan bersama kepada ahli berdaftar bagi platform UNIPLAT dan ACIC-KL. Kandungan eksklusif ACIC-KL akan juga tersedia di UNIPLAT.

Tambahan pula, UNIPLAT akan menyokong pembangunan perniagaan dan pembiayaan bagi ahli-ahli berdaftar ACIC-KL di Jepun dan di luar negara. Begitu juga sebaliknya, ACIC-KL Startups Foundation akan membantu UNIPLAT di dalam pembangunan perniagaan dan memperoleh geran di India dan di luar negara bagi ahli-ahli mereka yang berdaftar.

Alok Govil, Ketua Pegawai Eksekutif bagi ACIC-KL Startups Foundation, berkata: “Visi ACIC-KL Startups Foundation adalah untuk menjadi sebuah hab yang bertenaga dan mapan bagi ekosistem permulaan untuk mereka bentuk penyelesaian yang berinovatif bagi cabaran masyarakat komuniti serantau. Sebagai sebahagian daripada perjalanan kami, ia memberikan keseronokan dan kegembiraan yang paling tinggi untuk membentuk satu perikatan strategik dengan UNIPLAT oleh Unify Platform AG yang menyediakan pendedahan di seluruh dunia bagi pemikir muda dan usahawan yang sedang meningkat. Kami amat percaya bahawa kerjasama ini di antara ACIC-KL Startups Foundation dan UNIPLAT akan menarik sebuah spektrum yang luas bagi sokongan dalam pelbagai bentuk daripada pelbagai agensi korporat dan kerajaan yang akan membolehkan syarikat permulaan untuk terus meningkatkan.” 

No comments:

Post a Comment

ASIA PASIFIK PERLU MENGEMBANGKAN TEKNOLOGI RENDAH KARBON DENGAN PANTAS BAGI MENGURANGKAN PELEPASAN KARBON: BLACK & VEATCH

  Di Future Energy Asia, peneraju kejuruteraan, pembinaan dan perundingan global akan mencadangkan kepelbagaian amalan terbaik antarabangsa ...