Kioxia Corporation: SSD Siri XG8 PCIe® 4.0 untuk Aplikasi Pelanggan Mewah (Foto: Business Wire)
Siri KIOXIA XG8 Baharu Menyampaikan Prestasi Tinggi, Ciri-ciri Keselamatan Terkini
TOKYO, 26 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dalam satu langkah yang menyokong portfolio pemacu keadaan pepejal (SSD) PCIe® 4.0 mereka yang komprehensif, Kioxia Corporation telah memperkenalkan SSD Siri XG8 KIOXIA bagi pelanggan untuk komputer riba, komputer meja, sistem permainan, stesen kerja, serta aplikasi but pusat data mewah.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220425005410/en/
Direka untuk membawa prestasi generasi akan datang kepada persekitaran pelanggan yang mencabar, Siri XG8 itu membolehkan pengguna berkuasa untuk memanfaatkan kelajuan PCIe Gen4 x4 dan ruang penyimpanan yang luas.
Siri XG8 itu tersedia dalam sebuah faktor bentuk M.2 jenis 2280 dan menyokong ciri-ciri keselamatan pilihan dengan menggunakan standard[1] TCG Pyrite 2.01 dan TCG Opal 2.01 terkini untuk memastikan data disimpan selamat di rumah, di pejabat atau di jalan raya. Selain itu, Siri XG8 menampilkan perlindungan laluan data hujung ke hujung untuk integriti data yang lebih baik.
Ciri-ciri tambahan termasuk:
- Sokongan berpandangan ke hadapan untuk set ciri NVMe™ 1.4 dan Arahan Pengurusan Asas melalui Bas Pengurusan Sistem (SMBus), yang membolehkan pengurusan terma yang lebih ketat untuk komputer peribadi
- Pemberitahuan Kehilangan Kuasa disokong untuk melindungi data daripada penutupan paksa
- Isyarat jalur sisi (PERST#, CLKREQ# dan PLN#) tersedia dalam kedua-dua 1.8V dan 3.3V (model klien semasa menyokong hanya 3.3V), yang membolehkan sokongan untuk lebih banyak platform
Siri XG8 itu ditawarkan dalam kapasiti 512GB, 1024GB, 2048GB dan 4096GB, dan kini tersedia untuk penilaian pelanggan.
Nota
[1] Ketersediaan bagi opsyen keselamatan/penyulitan mungkin berbeza mengikut rantau.
*Sampel itu adalah untuk tujuan penilaian. Spesifikasi bagi sampel mungkin berbeza daripada model pengeluaran.
*Definisi bagi kapasiti: Kioxia mendefinisikan satu megabait (MB) sebagai 1,000,000 bait, satu gigabait (GB) sebagai 1,000,000,000 bait dan satu terabait (TB) sebagai 1,000,000,000,000 bait. Sebuah sistem pengendalian komputer, bagaimanapun, melaporkan kapasiti penyimpanan dengan menggunakan kuasa 2 untuk definisi 1GB = 2^30 bait = 1,073,741,824 bait, 1GB = 2^30 bait = 1,073,741,824 bait dan 1TB = 2^40 bait = 1,099,511,627,776 bait dan dengan itu menunjukkan kapasiti penyimpanan yang lebih kecil. Kapasiti penyimpanan yang tersedia (termasuk contoh bagi pelbagai fail media) akan berubah mengikut saiz fail, pemformatan, tetapan, perisian dan sistem pengendalian, dan/atau aplikasi perisian prapemasangan, atau kandungan media. Kapasiti sebenar yang diformat mungkin berbeza.
*PCI Express dan PCIe adalah tanda perniagaan berdaftar bagi PCI-SIG.
*NVM Express dan NVMe adalah tanda berdaftar atau tidak berdaftar bagi NVM Express, Inc. di Amerika Syarikat dan negara lain.
*Semua nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan yang lain merupakan tanda perniagaan bagi syarikat mereka masing-masing.
Maklumat mengenai Kioxia
Kioxia adalah sebuah peneraju dunia di dalam penyelesaian ingatan, berdedikasi kepada pembangunan, pengeluaran dan penjualan bagi ingatan kilat dan pemacu keadaan pepejal (SSD). Pada April 2017, syarikat yang terdahulu Toshiba Memory telah dijual dari Toshiba Corporation, syarikat yang telah mencipta ingatan kilat NAND pada tahun 1987. Kioxia komited kepada meningkatkan dunia dengan “ingatan” dengan menawarkan produk, perkhidmatan dan sistem yang mewujudkan pilihan bagi pelanggan dan nilai berdasarkan ingatan bagi masyarakat. Teknologi ingatan kilat 3D berinovatif Kioxia, BiCS FLASH™, sedang membentuk masa depan bagi storan di dalam penggunaan berkepadatan tinggi, termasuk telefon pintar canggih, komputer meja, SSD, automotif dan pusat data.
Pertanyaan Pelanggan:
Kioxia Corporation
Bahagian Promosi Jualan
https://business.kioxia.com/en-jp/buy/global-sales.html
*Maklumat di dalam dokumen ini, termasuk harga dan spesifikasi produk, kandungan perkhidmatan dan maklumat perhubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman itu tetapi adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220425005410/en/
Hubungi
Pertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Bahagian Perancangan Strategik Jualan
Koji Takahata
Tel: +81-3-6478-2404
Sumber : Kioxia Corporation

No comments:
Post a Comment