Friday, April 22, 2022

ONE IBC MEMBINA KEPERCAYAAN BERDASARKAN KEPADA TAHAP KEPUASAN PELANGGAN YANG TINGGI

 




Pasukan berdedikasi One IBC sentiasa berusaha untuk kecemerlangan di dalam perkhidmatan pelanggan (Foto: Business Wire)



SINGAPURA, 22 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Di antara banyak penyedia perkhidmatan korporat, One IBC begitu menonjol sebagai sebuah rakan perniagaan yang boleh dipercayai berdasarkan kepada cadangan daripada beribu-ribu pelanggan mereka.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220421005442/en/

Satu daripada matlamat utama bagi One IBC adalah untuk menyediakan perkhidmatan sokongan perniagaan kepada firma lain, sama ada di dalam pembentukan syarikat luar pesisir, perancangan cukai atau liabiliti undang-undang dengan menggunakan teknologi termaju, pengalaman kukuh, dan perancangan yang difikirkan dengan baik untuk membantu pelanggan dalam menjalankan perniagaan antarabangsa.

Pengetahuan Pematuhan Terkini

Undang-undang dan peraturan yang mengawal selia di dalam sektor luar pesisir sentiasa berkembang. Sebagai contoh, sesetengah bidang kuasa sangat ketat terhadap penyata cukai tahunan dan audit, manakala yang lain membenarkan syarikat luar pesisir dikecualikan cukai tanpa audit diperlukan. Bagi perniagaan luar pesisir baharu yang mula-mula mendapat perhatian, kekurangan pengetahuan pematuhan yang terkini boleh membawa mereka kepada kesilapan dan penalti yang teruk.

Malah sebuah perbadanan besar akan bergelut untuk mengikuti perkembangan dengan semua perubahan peraturan. One IBC -  sebuah penyedia perkhidmatan korporat yang berpangkalan di Singapura, sebaliknya, mempunyai sumber yang diperlukan untuk terus bertahan. “Kami mempunyai sebuah jabatan dalaman yang berdedikasi untuk memantau berita-berita perniagaan di 27 bidang kuasa untuk mengikuti perubahan ini dan kemudian membimbing pelanggan kami tentang cara bagaimana mematuhinya dengan lancar. Hasilnya, kami berada pada kedudukan yang baik untuk menyediakan perkhidmatan yang sempurna”, kata Jimmy Lee - Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan One IBC.

One IBC – sebuah penyedia perkhidmatan korporat global yang terkenal

Tidak sukar untuk mencari sebuah penyedia perkhidmatan korporat di pasaran pada masa kini. Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk mencari sebuah syarikat yang bereputasi yang pakar di dalam sektor luar pesisir. Reputasi One IBC dibuktikan oleh beribu-ribu perniagaan yang telah mereka perbadankan untuk pelanggan, yang membawa mereka untuk mencapai pengiktirafan yang lebih bessr di dalam cara menjalankan perniagaan antarabangsa.

“Ini adalah sebuah perniagaan yang serius untuk orang yang serius. Perkhidmatan yang sangat baik dan cekap. Mereka menepati masa pada setiap masa. Mereka juga sangat responsif kepada keperluan anda. Saya telah bekerja dengan mereka untuk jangka masa yang lama, dan mereka sentiasa fleksibel dan sabar dengan permintaan saya.” - maklumat balas daripada sebuah pelanggan One IBC berhubung Trustpilot. Memandangkan One IBC komited terhadap ketelusan, kecekapan dan sokongan maksimum untuk pemilik perniagaan, reputasi mereka telah dibina dari semasa ke semasa sejak ia ditubuhkan.

One IBC diamanahkan oleh pelanggan dengan perkhidmatan yang proaktif dan profesional. Penyedia perkhidmatan korporat ini mempunyai sebuah pasukan pakar yang berkelayakan di dalam penubuhan syarikatperundingan akaun bank luar negaracukai dan perakaunan,  yang berupaya untuk menyokong pelanggan di dalam keperluan pematuhan korporat, perakaunan dan pemfailan cukai.

Ketahui lebih lanjut tentang One IBC

Ditubuhkan pada tahun 2009, One IBC telah menjadi penyedia perkhidmatan korporat sehenti yang utama untuk usahawan yang ingin mendaftarkan sebuah perniagaan di luar negara. Rangkaian perkhidmatan mereka termasuk perundingan perniagaan, pembentukan syarikat luar pesisir, pembukaan akaun bank, akaun pedagang, cukai dan perkhidmatan perakaunan, pendaftaran lesen perniagaan, pejabat maya, dsb. One IBC berjanji untuk membawa perkhidmatan yang paling keberkesanan kos dan pada masa yang sama mengekalkan tahap kepuasan yang paling tinggi.

Tambahan pula, pada tahun 2021, One IBC kali pertama memperkenalkan aplikasi terbaik mereka untuk menjalankan perniagaan di peringkat antarabangsa, yang dijangka memberikan semua pelanggan dengan satu pengalaman yang lebih baik dalam mengendalikan syarikat luar pesisir mereka.

Mencari sebuah profesional untuk menyokong anda di dalam mengembangkan perniagaan anda di luar negara - Anda boleh bermula dengan One IBC dengan serta merta!

Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20220421005442/en/

Hubungi

Tyler Wong
Pengarah Operasi
tyler.wong@oneibc.com
Telefon: +852 81999249
https://www.oneibc.com/

Sumber : One IBC

No comments:

Post a Comment

DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIISYTIHAR SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® 2024 MAGIC QUADRANT™ BAGI PLATFORM TERAS INSURANS SAAS P&C, AMERIKA UTARA

Diiktiraf bagi Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan BOSTON, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Duck Creek Technologies, sebua...