Sunday, April 17, 2022

PALADIN PANDAS MELANCARKAN $BAMB SELEPAS KUTIPAN DANA AS$4 JUTA

HONG KONG, 18 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Permainan komputer NFT yang bergabung dengan OHDAT Paladin Pandas telah melancarkan $BAMB (token ERC-20) pada 6 April. Paladin Pandas ialah satu daripada projek permainan NFT bermain untuk peroleh pendapatan yang lebih awal yang telah melengkapkan pelancaran bagi permainan dan token mereka.

Satu koleksi 10K NFT lukisan tangan yang dilancarkan di Opensea pada 28 September 2021, Paladin Pandas habis dijual dalam masa 32 minit. Ia berada pada kedudukan No. 6 pada papan pendahulu volum harian, No.13 pada papan pendahulu volum mingguan dan dipaparkan di halaman OpenSea.

Ini membawa kepada pengiktirafan daripada VC yang telah bertapak dan OHDAT mengumpulkan dana berjumlah AS$4 juta daripada Future Capital, Hashkey Capital, Innoangel, Y2Z Capital, Vincent Niu, pengasas Sky9 Capital dan Mandy Wang, pengasas bagi Odaily, untuk melancarkan projek-projek baharu dan melaksanakan permainan simulasi sosial Dunia Terbuka dan permainan MMORPG, yang diserlahkan pada Peta Hala Tuju 2.0 mereka.

Kembara Paladin Pandas setakat ini

Pada 25 Januari, Paladin Pandas telah melancarkan ‘Permainan PvE Ekspedisi Angkasa’, di mana pemain secara strategik meletakkan Pandas ke dalam 3 sepasukan untuk mendapatkan $BAMB (Bamboonium) yang hilang melalui pertempuran dan permainan mini.

Pada 9 Mac, demonstrasi terbuka PvP: ‘Panda lwn Panda’ telah dikeluarkan secara rasmi, satu permainan pertempuran 3D Satu Lawan Satu untuk pemain sejati. Pemain membayar $BAMB untuk memasuki arena dan merampas lebih banyak $BAMB daripada pemain lain (dengan 48 senjata dan 7 gerakan asas dalam 21 peringkat).

Adalah mandatori untuk menggunakan sebuah Paladin Panda bagi kemasukan permainan, agar dapat memperluaskan pangkalan pengguna kepada lebih ramai pemain NFT, bukan pemegang boleh juga menyewa Pandas dengan membayar $BAMB. Had sewaan bagi setiap Panda ialah 2 kali untuk PvE dan 3 kali untuk PvP.

Selain sebagai satu mata wang di dalam permainan, $BAMB mempunyai beberapa utiliti termasuk pemancangan, Kuasa Rafel, tempat pasaran senarai putih, barangan kedai, rangsangan tempat pasaran dalam permainan dan banyak lagi.

Untuk meraikan pelancaran $BAMB itu, pasukan OHDAT akan memberi insentif kepada pemilik Panda dengan 2 guguran udara. Pertama, 60 Tiket Sewa akan digugurkan kepada 30,000 alamat baharu untuk melombong permainan itu, bagi larian pertama mereka. Kedua, 1.5% daripada keseluruhan bekalan, berjumlah 7.5 juta $BAMB akan digugurkan kepada semua pemegang Panda. Mengutamakan keseronokan di dalam permainan, Paladin Pandas menyasarkan bagi $BAMB untuk menjadi sebuah “token cip biru” di tempat pasaran NFT untuk jangka masa panjang.

PALADIN PANDAS MELANCARKAN $BAMB SELEPAS KUTIPAN DANA AS$4 JUTA

No comments:

Post a Comment

DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIISYTIHAR SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® 2024 MAGIC QUADRANT™ BAGI PLATFORM TERAS INSURANS SAAS P&C, AMERIKA UTARA

Diiktiraf bagi Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan BOSTON, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Duck Creek Technologies, sebua...