Tuesday, April 5, 2022

HEAL PARTNERS MENGUMUMKAN PERHUBUNGAN STRATEGIK DENGAN ELLIOTT INVESTMENT MANAGEMENT DAN MELANCARKAN DANA PERTUMBUHAN II BERNILAI AS$500M - MENUTUP DANA I YANG TERLEBIH LANGGANAN

SYDNEY, 6 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- HEAL Partners, sebuah Dana Pertumbuhan dan Susulan global yang berpangkalan di Australia dan Cayman yang mengkhususkan di dalam pelaburan sektor Kesihatan, Pendidikan dan Gaya Hidup (“HEAL”), hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani satu Perjanjian Perhubungan Strategik dengan ahli gabungan Elliott Investment Management L.P. (“Elliott”). HEAL akan melancarkan Dana II mereka yang bernilai AS$ 350-500 juta pada pertengahan pertama 2022. Sebagai sebahagian daripada Perhubungan Strategik itu, Elliott dijangka menyumbang satu komitmen utama yang penting kepada Dana II HEAL.

Perhubungan Strategik ini mengikuti pelaburan Elliot pada Januari 2021 di dalam Removery, perniagaan pembuangan tatu terbesar di dunia dan sebuah syarikat portfolio HEAL yang diasaskan oleh Mark Evans, Chris Chambers dan Peter Chapman dari HEAL Partners. Beribu pejabat di Austin, Texas, Removery mempunyai 90 studio di seluruh Amerika Syarikat, Kanada dan Australia dan merancang untuk membuka 200 studio lagi dalam tempoh dua tahun akan datang.

Pengasas Removery dan Mark Evans dari HEAL Partner berkata, “Elliott telah menjadi sebuah rakan kongsi yang hebat di Removery dan kami amat teruja untuk membina di atas perhubungan yang kukuh ini melalui dana HEAL kami di masa depan.” Bagi pihak Elliott, Isaac Kim berkata, “Kami gembira dengan Perhubungan Strategik ini dengan pasukan HEAL. Kami percaya tumpuan HEAL untuk membawa kepakaran operasi dan pelaburan pertumbuhan susulan ke dalam model-model perniagaan yang kukuh, yang kebanyakannya telah diwujudkan oleh pasukan itu, adalah benar-benar dibezakan. Kerjasama kami melalui Removery menekankan keyakinan kami terhadap pendekatan pengurusan aktif HEAL dan keupayaan untuk menjana aliran urus niaga yang ketara.”

Rakan Pelaburan HEAL ialah Mark Evans dan Chris Chambers dari Normanby Capital, Peter Chapman dan Martin Dalgleish dari Asia Principal Capital dan Martin Robinson.

HEAL PARTNERS MENGUMUMKAN PERHUBUNGAN STRATEGIK DENGAN ELLIOTT INVESTMENT MANAGEMENT DAN MELANCARKAN DANA PERTUMBUHAN II BERNILAI AS$500M - MENUTUP DANA I YANG TERLEBIH LANGGANAN

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...