Kiri ke kanan: Ketua Pegawai Operasi Proton Setayesh Afshordi, Pengarah Belinda Oakland, Hertford King dan Grant Strem (Foto: Business Wire)
LONDON, 26 April (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Clear Hydrogen UK Ltd. (CHUK) dengan sukacitanya ingin mengumumkan satu perluasan di dalam perjanjian mereka dengan Proton Technologies.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20220424005124/en/
Proton mempunyai kaedah kos terendah untuk menghasilkan Hidrogen Bersih, iaitu kaedah yang paling mesra alam dan kos terendah untuk menghasilkan hidrogen.
Rancangan itu adalah untuk menghasilkan Hidrogen Bersih daripada aset minyak luar pesisir UK yang semakin tua sambil mengasingkan sejumlah besar CO2 sebagai karbonat pepejal di dalam sistem yang sama.
Pada tahun 2021, pengasas CHUK telah melabur $3.7 juta CAD di dalam Proton untuk mendapatkan sebuah lesen pengeluaran 20 tan sehari bagi kegunaan di United Kingdom dan Ireland. Perluasan yang diumumkan hari ini adalah 250x lebih besar, yang memberikan jumlah nilai lesen yang tersirat setinggi $925 juta CAD untuk 5000 tan sehari. Syarat-syarat termasuk 45% pemilikan CHUK akan diberikan kepada Proton, yang akan menyediakan sokongan teknikal dan pengawasan tadbir urus yang lebih tinggi kepada pasukan CHUK. Dua pengasas CHUK akan juga menyertai lembaga pengarah Proton.
Pengerusi CHUK Hertford King berkata: “Kami menantikan pekerjaan dan keselamatan ekonomi yang akan dibawa ke United Kingdom dengan menggunakan teknologi kos rendah, negatif karbon Proton untuk memanfaatkan peralatan, aset, pengetahuan luar pesisir dan orang yang sudah menyokong pengeluaran tenaga luar pesisir United Kingdom. Hasrat kami adalah agar CHUK menjadi satu komponen penting di dalam pemacuan United Kingdom untuk menjadi bebas tenaga karbon rendah, dan perjanjian kami dengan Proton adalah satu langkah besar di dalam membantu kami mencapai matlamat ini.”
Pengerusi bagi Proton Technologies, Grant Strem berkata “Misi kami adalah untuk memperbanyakkan teknologi tenaga bersih yang berskala besar ini ke seluruh dunia secepat yang kami mampu. Kami suka bekerjasama dengan kumpulan yang tegas dan berkebolehan seperti CHUK untuk mengisi dagangan perjanjian yang sudah dalam perbincangan lanjutan. Menyesuaikan penyelesaian perkakasan Proton kepada sebuah persekitaran luar pesisir adalah berada dalam genggaman teknikal bagi pakar-pakar di United Kingdom, dan perkongsian ini dengan CHUK merupakan berita baik bagi alam sekitar dan ekonomi United Kingdom secara amnya. Sektor tenaga adalah kira-kira $10 trilion setahun. Kami menjangkakan untuk menghasilkan hidrogen pada kos tenaga yang lebih rendah berbanding dengan gas asli; implikasi bagi perkara ini adalah amat mendalam.”
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20220424005124/en/
Hubungi
Untuk maklumat lanjut:
Hertford King
Hertford@proton.energy
atau
Grant Strem
grant.strem@proton.energy
+1-403-467-1220
Sumber : Proton Technologies
No comments:
Post a Comment