Thursday, April 14, 2022

DUAL MINERS SECARA RASMINYA MEMPERKENALKAN 3 PELANTAR PERLOMBONGAN

HELSINKI, Finland, 15 April (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Dual Miners (www.dualminers.com/) sudah melepasi USD20 juta dalam prapesanan. Dual Miners telah mengumumkan pengenalan rasmi bagi tiga pelantar perlombongan yang berpotensi untuk mengubah industri kripto di seluruh dunia. 

Dual Miners telah menggunakan teknologi cip ASIC untuk menghasilkan tiga penyelesaian yang telah diprakonfigurasikan untuk kemudahan penggunaan dan menjanjikan pulangan pelaburan dalam masa yang singkat iaitu seawal sebulan, yang diketuai oleh beberapa pakar paling berpengalaman dalam industri perlombongan Mata Wang Kripto.

DualPro, DualPro Max dan yang paling terbaharu, DualPremium merupakan produk semasa syarikat itu yang menyokong operasi yang menguntungkan pada blok rantai pilihan, berdasarkan kepada sebuah kenyataan.

Dual Miners ialah firma reka bentuk dan pembuatan cip yang ditubuhkan di London, dengan pejabatnya di Finland, Korea Selatan dan Australia. Ia mempunyai beberapa pasukan dengan pemahaman yang mendalam yang diantaranya tentang teknologi Blok Rantai dan reka bentuk teknologi.

Syarikat itu menyediakan unit pemprosesan grafik kepada para pengguna selain menyediakan perkhidmatan pembangunan dompet kripto. Syarikat itu mempunyai pejabat di tiga buah benua. Disebabkan oleh pengalamannya yang meluas dalam pasaran, Dual Miners telah menempah nama yang kukuh dalam industri Blok Rantai.

Hasilnya, Dual Miners akan menanggung kedua-dua kos penghantaran dan duti import yang membolehkan para pengguna hanya membelanjakan tidak lebih daripada kos peranti serta mendapat semua yang mereka perlukan untuk bermula tanpa dikenakan bayaran tambahan.

DUAL MINERS SECARA RASMINYA MEMPERKENALKAN 3 PELANTAR PERLOMBONGAN

No comments:

Post a Comment

DUCK CREEK TECHNOLOGIES DIISYTIHAR SEBAGAI PENERAJU DALAM GARTNER® 2024 MAGIC QUADRANT™ BAGI PLATFORM TERAS INSURANS SAAS P&C, AMERIKA UTARA

Diiktiraf bagi Kesempurnaan Visi dan Keupayaan untuk Melaksanakan BOSTON, 21 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --  Duck Creek Technologies, sebua...