SINGAPURA, 20 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Channel
Asia menyampaikan kepada peneraju pasaran serantau teknologi data
Fusionex dengan anugerah Penjual Perisian Persendirian Buatan Sendiri
di Anugerah Inovasi 2021. Acara itu merupakan sambutan terbesar bagi
kecemerlangan ekosistem dalam menyampaikan penyelesaian pelanggan
transformatif merentasi Asia Tenggara.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20211219005025/en/
Mewakili keseluruhan ekosistem ASEAN, lebih 220 finalis telah disenarai pendek daripada satu kumpulan terdiri daripada 90 organisasi dan lebih 300 pencalonan, yang merangkumi rakan kongsi, syarikat permulaan, syarikat telekomunikasi, penjual dan pengedar. Pemenang telah diumumkan semasa satu majlis anugerah maya yang dihadiri oleh lebih 600 eksekutif teknologi dari seluruh rantau itu.
“Kami mengucapkan tahniah kepada Fusionex di atas pengiktirafan anda dalam kategori Penjual Perisian Persendirian Buatan Sendiri. ASEAN sekali lagi dipenuhi dengan contoh inovasi yang memberi inspirasi, meningkatkan tahap kecemerlangan industri melalui pengerahan teknologi dan penyelesaian canggih. Dua perkataan untuk menggambarkan DNA ekosistem bagi teknologi ASEAN dengan tepat – teguh dan transformatif dalam ukuran yang sama,” kata Naib Presiden Perkongsian Strategik dan Inovasi Kumpulan Data Antarabangsa Cherry Yumul.
Anugerah ini telah diberikan kepada Fusionex sebagai pengiktirafan bagi mewujudkan tahap mendalam bagi analisis peneraju pasaran, data besar, pembelajaran mesin dan kepakaran AI dan perkhidmatan pakar untuk membantu perniagaan tempatan dan antarabangsa mengatasi cabaran dunia sebenar.
Dengan mengamalkan sebuah budaya yang mengutamakan digital, Fusionex menyasarkan untuk mencipta semula pengalaman digital dan mempercepatkan usaha pemodenan bagi memacukan kesinambungan, daya ketahanan dan kemapanan perniagaan.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Channel Asia di atas anugerah berprestij ini. Ia adalah satu penghormatan yang besar buat kami untuk menerima anugerah Penjual Perisian Persendirian Buatan Sendiri itu kerana ia memberi penghormatan kepada kecemerlangan dan kepimpinan di dalam sektor teknologi. Anugerah ini mengesahkan usaha kami untuk membolehkan dan memacu perubahan yang bermakna melalui teknologi yang boleh diakses, berkesan dan terkini. Dengan inovasi di teras kami, kami berharap untuk membangunkan perkongsian strategik dan kerjasama dengan pemain industri untuk memaksimumkan produktiviti, mempercepatkan pertumbuhan dan memenuhi permintaan pasaran yang sentiasa berubah,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Fusionex Dato’ Seri Ivan Teh.
Pemenang telah dipilih oleh sebuah panel eksekutif terdiri daripada hakim-hakim industri – yang mengiktiraf kreativiti, inovasi dan kecemerlangan.
Maklumat mengenai Fusionex
Fusionex adalah sebuah pemimpin teknologi data yang mantap yang telah memenangi pelbagai anugerah dan mengkhususkan diri di dalam Analisis, Pengurusan Data Besar, IR 4.0, Internet Benda, Pembelajaran Mesin dan Kecerdasan Buatan. Penawaran mereka yang serba canggih itu adalah tertumpu kepada membantu pelanggan membuka nilai dan memperolehi persepsi daripada data.
Dipaparkan di Forbes, Bloomberg, Gartner, IDC, Forrester, Edison dan Huffington Post, Fusionex adalah syarikat Analisis Data Besar yang terbesar dan pemimpin pasaran di ASEAN, dengan membawa platform paling canggih, berinovatif dan dipacu oleh kejayaan data kepada pelanggan mereka (termasuk syarikat-syarikat Fortune 500, syarikat FTSE, konglomerat besar dan juga pelbagai perusahaan kecil dan sederhana (PKS)) yang merentasi Amerika Syarikat, Eropah dan juga Asia Pasifik. Fusionex adalah juga sebuah syarikat MDEC Rangkaian Percepatan dan Inovasi Global (GAIN).
Laporan Gartner mengenai Analisis Moden dan Kecerdasan Perniagaan telah menyenarai pendek dan memuji platform teknologi data Fusionex. Di samping itu, Fusionex telah dikenal pasti sebagai sebuah Pemain Utama di dalam Laporan MarketScape IDC untuk Data Besar & Analisis. Fusionex adalah satu-satunya syarikat yang berpangkalan di ASEAN yang dipaparkan di dalam kedua-dua laporan tersebut, sekali gus mengesahkan kelayakan mereka di dalam pasaran teknologi data untuk rantau ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Fusionex, sila layari www.fusionexgroup.com.
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20211219005025/en/
No comments:
Post a Comment