Monday, December 20, 2021

CHUNGHWA TELECOM, THAI NATIONAL TELECOM, THE WHITESPACE DAN DELTA ELECTRONICS (THAILAND) BERGABUNG TENAGA UNTUK MEMBINA SEBUAH RANGKAIAN PERSENDIRIAN 5G UNTUK KERJASAMA JARAK JAUH AR DAN TRANSFORMASI DIGITAL LENGKAP BAGI ERA PASCA PANDEMIK

 

Table
 
20211216 CHT Press foto2_kiri ke kanan, Pengurus Besar CHT (Thai) Arthur Yang, Pengarah Kanan Delta (Thai) Kurtis Ku, Presiden CHT-I Sarah Wu, Naib Presiden Eksekutif Kanan NT Nattawut Satrawaha, Ketua Pegawai Eksekutif WSP Pakorn Pannachet & Pengerusi Chaiyod Chirabowornkul (Foto: Business Wire)
 

Projek Bersama Akan Menyokong Latihan Pemasangan, Bantuan Operasi dan Kawalan Peralatan Visual

TAIPEI, Taiwan, 20 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- National Telecom (NT), The WhiteSpace (WSP), Delta Electronics (Thailand) PCL. dan Chunghwa Telecom telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MOU) untuk kerjasama dalam sebuah rangkaian persendirian 5G pada Disember 2021. Projek bersama itu akan menyokong pelan pembuatan inovatif “Thailand 4.0” dan membantu Thailand dalam mempercepatkan penggunaan aplikasi Inovatif 5G untuk memperkenalkan teknologi seperti Internet Benda (loT), keselamatan maklumat, kecerdasan buatan (AI) dan data besar. Selain itu, projek itu akan membantu merealisasikan perkhidmatan aplikasi yang berinovatif, seperti pembuatan pintar, kerjasama jarak jauh dan penjagaan perubatan pintar Thailand.

Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20211219005135/en/

Sarah Wu, Presiden bagi Kumpulan Perniagaan Antarabangsa Chunghwa Telecom, berkata: “Chunghwa Telecom telah memupuk pelan pembangunan ke arah selatan yang baharu sejak sekian lama, misi kami adalah untuk secara aktif membentuk pakatan dengan rakan kongsi antarabangsa yang berkualiti tinggi bagi membangunkan pelbagai perkhidmatan aplikasi yang berinovatif,

Kerjasama multinasional empat pihak ini menggalakkan rangkaian persendirian perusahaan 5G dan perkhidmatan aplikasi berinovatif di dalam pasaran Thailand. Ia menumpukan pada menyelesaikan masalah utama bagi transformasi digital untuk perusahaan dalam era pasca pandemik dan memanfaatkan tenaga teknikal Chunghwa Telecom yang banyak, amalan terbaik perkhidmatan dan rakan kongsi ekosistem penyelesaian untuk menyokong Thailand. Selain itu, ia akan membantu kerajaan Thailand dalam mewujudkan sebuah ekosistem perkhidmatan aplikasi berinovatif 5G untuk menjadikan Thailand sebuah peneraju di dalam “transformasi industri” dan “inovasi teknologi” di kalangan lima negara ASEAN Utara (Thailand, Kemboja, Myanmar, Laos dan Vietnam).

Kerjasama ini di antara Chunghwa Telecom, NT dan The WSP adalah untuk memperkenalkan sebuah rangkaian persendirian 5G bagi merealisasikan kerjasama jarak jauh AR untuk aplikasi dalam latihan pemasangan, bantuan operasi dan kawalan peralatan visual di pejabat utama dan kilang pertama bagi Delta Electronics (Thailand) di Kawasan Perindustrian Bangpoo, Thailand. Ini akan melengkapkan transformasi digital untuk era pasca pandemik. Pada masa hadapan, rancangan bersama ini akan dilanjutkan kepada kerajaan tempatan, industri pembuatan, pelancongan, perubatan atau kewangan di Thailand. Chunghwa Telecom akan menyediakan MEC Intelligent A+ mereka sendiri, serta pengalaman reka bentuk dan perancangan. NT akan menyediakan rangkaian teras 5G tempatan, manakala WSP akan menyediakan pengalaman pemasaran dan operasi tempatan, dan bekerjasama untuk mencipta perkhidmatan aplikasi berinovatif untuk kilang pintar Delta.
 
Lihat versi sumber di businesswire.com: 
https://www.businesswire.com/news/home/20211219005135/en/

Hubungi

Media:
Angela Tsai
Telefon: +886 2 2344 3252
E-mel: chofen@cht.com.tw

Sumber : Chunghwa Telecom

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...