Strategi Seni Bina Hibrid Merangkumi Penghijrahan Data ke AWS untuk Kesemua 23 Kampus
REDWOOD CITY, Calif., 8 Dis (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Delphix, syarikat data peneraju industri untuk DevOps dan Unisys Corporation (NYSE: UIS), sebuah syarikat penyelesaian IT global, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah mempercepat strategi digital California State University (CSU) dengan menyediakan akses cepat dan selamat kepada data untuk menyokong pembangunan aplikasi pelajar.
Universiti awam empat tahun terbesar negara ini kini boleh menyediakan 23 kampusnya dengan data atas permintaan untuk melaksanakan strategi digital mereka sendiri. Akses pantas seperti ini telah membolehkan jurutera perisian di kampus membangunkan aplikasi inovatif dengan cepat untuk membolehkan Inisiatif Pengijazahan 2025, sebuah projek bercita-cita tinggi yang bertujuan untuk meningkatkan kadar pengijazahan sambil menyingkirkan jurang peluang dan pencapaian. Projek ini juga merangkumi aplikasi yang membolehkan para pelajar menyemak gred, bantuan kewangan, status pengijazahan, dsb.
Inisiatif ini ialah sebahagian daripada strategi seni bina hibrid universiti yang lebih besar yang bertujuan untuk meningkatkan kadar pengijazahan, pengalaman dan kepuasan pelajar serta menyingkirkan jurang ekuiti dalam kadar pengijazahan.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15336
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hampir Setengah Juta Pengguna Manfaatkan Infrastruktur Dagangan AI Bitget, Laporan Messari Menekankan
VICTORIA, Seychelles, 4 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, menekankan penemuan utama da...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
(Di tengah) YB Cik Wong Shu Qi, Pengerusi Lembaga Pengarah TalentCorp bersama Izzana Salleh, Pengasas Bersama dan Presiden Global Girls4Girl...
No comments:
Post a Comment