LONDON, 9 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SPIN Analytics, sebuah penyedia FinTech moden yang membawa satu paradigma baharu untuk pemodelan risiko kredit, hari ini mengumumkan bahawa Gautam Mukharya, Ketua Pegawai Risiko untuk HSBC Singapura menyertai Lembaga Penasihat Global Syarikat itu.
Gautam ialah seorang jurubank berpengalaman dan profesional Risiko yang mempunyai pengalaman 25 tahun di dalam sektor kewangan, dan pakar di dalam risiko kredit dan perusahaan serta seorang penaja aktif bagi Inovasi, FinTech dan teknologi baharu. Sepanjang 20 tahun lepas bersama Kumpulan HSBC, Gautam telah memegang pelbagai peranan di peringkat negara dan serantau, termasuk Ketua Pegawai Risiko HSBC Australia, Ketua bagi Risiko Kredit Borong untuk Asia Pasifik dan Ketua Pegawai Risiko HSBC Mauritius.Panos Skliamis, Ketua Pegawai Eksekutif bagi SPIN Analytics, berkata: “Saya gembira untuk mengalu-alukan Gautam ke dalam Lembaga Penasihat kami, seorang pakar terkemuka di dalam bidang risiko. Gautam adalah mentor industri kami semasa Program Hackcelerator Global bagi Festival FinTech Singapura 2018 dan sejak itu kami telah terlibat dengan beliau untuk membantu usaha kami di Asia Pasifik. Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan Gautam bagi mencipta nilai seterusnya untuk pemegang saham kami.”
“Saya gembira untuk menyertai Lembaga Penasihat bagi sebuah syarikat yang memberi impak untuk transformasi digital bank. SPIN Analytics telah menjadi sebuah pemangkin bagi industri perkhidmatan kewangan, dengan menerajui cara automasi bagi AI Boleh Dijelaskan dalam Pemodelan Risiko Kredit Kawal Selia,” kata Gautam. “Saya yakin bahawa bersama-sama dengan ahli lembaga pengarah dan pasukan pengurusan kami dapat membantu SPIN Analytics untuk mempercepatkan penerimaan RISKROBOTTM oleh bank digital dan global.”
Sebagai Ketua Pegawai Risiko Negara, Gautam bertanggungjawab bagi menguruskan semua bidang berisiko merentasi operasi HSBC di Singapura, seorang ahli Lembaga Pengarah bagi Persatuan Pengurusan Risiko Cawangan Singapura dan seorang penceramah antarabangsa di persidangan dan webinar kerajaan.
Gautam telah menyumbang kepada projek Utiliti KYC Kebangsaan dan kepada ekosistem Hijau. Sejak tahun 2019, beliau telah menduduki panel Penghakiman Hari Demo di Global Hackcelerator dan panel pemilihan untuk Anugerah FinTech di Festival FinTech Singapura. Beliau bersemangat tentang kelestarian dan risiko iklim. Beliau pada masa ini mempengerusikan aliran kerja pengurusan risiko bagi Pasukan Petugas Industri Kewangan Hijau dan mempengerusikan bersama aliran kerja mengenai Piawaian Peralihan.
Tahun ini SPIN Analytics dan Persatuan Pengurusan Risiko bagi Cawangan Singapura menganjurkan satu Meja Bulat Kepimpinan Pemikiran mengenai Pengurusan Risiko Model dalam COVID-19, di mana Gautam sebagai Ahli Lembaga Pengarah RMA mengambil bahagian dalam panel itu.
No comments:
Post a Comment