Perubahan itu membezakan jenama Square, yang telah dibina untuk perniagaan Penjual, daripada entiti korporat
SAN FRANCISCO, 2 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Square, Inc. (NYSE: SQ) hari ini mengumumkan bahawa ia menukar namanya kepada Block. Block akan menjadi nama bagi syarikat itu sebagai sebuah entiti korporat. Nama Square telah menjadi sinonim dengan perniagaan Penjual syarikat itu, yang menyediakan sebuah ekosistem bersepadu bagi penyelesaian perdagangan, perisian perniagaan dan perkhidmatan perbankan untuk penjual, dan langkah ini membolehkan perniagaan Penjual untuk memiliki jenama Square yang dibina untuknya.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211201006139/en/
Perubahan kepada Block itu mengiktiraf pertumbuhan syarikat itu. Sejak permulaannya pada tahun 2009, syarikat itu telah menambahkan Cash App, TIDAL dan TBD54566975 sebagai perniagaan, dan pertukaran nama itu mewujudkan ruang untuk pertumbuhan selanjutnya. Block adalah sebuah ekosistem menyeluruh bagi banyak perniagaan yang disatukan oleh tujuan mereka bagi pemerkasaan ekonomi, dan memberi perkhidmatan kepada ramai orang—individu, artis, peminat, pembangun dan penjual.
“Kami membina jenama Square untuk perniagaan Penjual kami, di mana ia sepatutnya berada,” kata Jack Dorsey, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Block. “Block adalah satu nama baharu, tetapi tujuan bagi pemerkasaan ekonomi kami tetap sama. Tidak kira bagaimana kami berkembang atau berubah, kami akan terus membina peranti untuk membantu meningkatkan akses kepada ekonomi.”
Pertukaran nama itu kepada Block membezakan entiti korporat daripada perniagaan mereka, atau blok bangunan. Tidak akan ada perubahan organisasi dan Square, Cash App, TIDAL dan TBD54566975 akan terus mengekalkan jenama masing-masing. Satu tenaga kerja asas, yang termasuk pasukan seperti Counsel, People, dan Finance, akan terus membantu membimbing ekosistem itu di peringkat korporat. Hasil daripada pertukaran nama itu, Square Crypto, sebuah inisiatif berasingan bagi syarikat itu yang didedikasikan untuk memajukan Bitcoin, akan menukarkan namanya kepada Spiral.
Nama itu mempunyai banyak makna yang berkaitan bagi syarikat itu — blok bangunan, blok kejiranan dan perniagaan tempatan mereka, komuniti berkumpul di parti-parti blok yang penuh dengan muzik, sebuah blok rantai, sebuah bahagian kod dan halangan untuk diatasi.
Square, Inc. dirujuk sebagai “Block” di dalam siaran akhbar ini. Nama yang sah “Square, Inc.” dijangka akan ditukar secara sah kepada “Block, Inc.” pada atau kira-kira 10 Disember, 2021, setelah memenuhi semua keperluan undang-undang yang berkenaan. Simbol tiker NYSE syarikat itu “SQ” tidak akan diubah pada masa ini. Sebarang perubahan di masa hadapan akan didedahkan secara terbuka. Tiada tindakan diperlukan daripada pemegang saham semasa. Saham biasa Kelas A Syarikat itu akan terus disenaraikan di NYSE dan CUSIP tidak akan berubah.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.block.xyz atau ikuti berita syarikat melalui Twitter @blocks dan @blockIR. Untuk aset media, sila ke www.block.xyz/mediakit. Kami berhasrat untuk menggunakan laman web perhubungan pelabur Block serta akaun Twitter @blocks dan @blockIR sebagai cara untuk mendedahkan bahan maklumat bukan awam dan untuk mematuhi kewajipan pendedahan kami di bawah Peraturan FD.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15325
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment