Sunday, December 26, 2021
PAMERAN SIBER K-CHEMICALS MUSIM II DIADAKAN PADA SEPARUH KEDUA 2021 DENGAN LEBIH 270 SYARIKAT YANG TURUT SERTA DALAM INDUSTRI KIMIA DAN KECANTIKAN KOREA
SEOUL, Korea Selatan, 24 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) --
Pameran Siber K-Chemicals (K-Chemicals), sebuah pameran dalam talian antarabangsa dalam bidang kimia dan kecantikan, telah menganjurkan Musim II pada separuh kedua 2021.Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20211221005817/en/
K-Chemicals dihoskan oleh Kementerian Perdagangan, Industri dan Tenaga, dianjurkan oleh Agensi Penggalakan Perdagangan-Pelaburan Korea (KOTRA) dan Persatuan Industri Kimia Khusus Korea (KSCIA), dan telah beroperasi secara kekal sejak dibuka pada 22 Mac tahun ini.
Dalam situasi semasa di mana penularan COVID-19 masih belum reda, kira-kira 270 syarikat mengambil bahagian di dalam promosi itu pada separuh kedua tahun ini untuk pengembangan global bagi industri kimia dan kecantikan Korea.
Produk kecantikan yang menjadi tumpuan di peringkat antarabangsa serta bahan kimia industri seperti cat yang berkualiti tinggi, bahan pelekat, surfaktan, bahan tambahan dan plastik dipamerkan pada pameran itu.
Cat yang berkualiti tinggi dan bahan pelekat, surfaktan, bahan tambahan dan plastik dipamerkan di Dewan Kimia Industri, manakala produk daripada pelbagai bidang, termasuk kosmetik yang menjadi tumpuan di seluruh dunia, dipamerkan di Dewan Produk Kecantikan.
Dua dewan pameran maya yang terdiri daripada produk kimia industri dan produk kecantikan dilaksanakan dalam bentuk 2D dan 3D, bagi membolehkan pembeli melihatnya dalam bentuk yang mereka inginkan. Pembeli boleh menggunakan sistem persidangan video, fungsi sembang dan fungsi tempahan kaunseling pada bila-bila masa. Ia direka bentuk untuk membolehkan pembeli antarabangsa melawat pada bila-bila masa, di mana sahaja tanpa sebarang kesulitan, dan untuk memudahkan pencarian syarikat dan barangan yang mengambil bahagian.
Selain itu, video persidangan tentang arah aliran industri kimia Korea, inovasi K-BEAUTY, EU-REACH, K-REACH dan sistem eksport Korea telah dikeluarkan pada separuh pertama tahun itu untuk membantu pembeli memahami arah aliran eksport domestik dan luar negara.
Pameran dalam talian itu dalam bidang kimia dan kecantikan akan dipromosikan mengikut pasaran sasaran melalui media luar negara dan saluran YouTube dan akan juga diperkenalkan ke pasaran Asia termasuk China dan Amerika, yang merupakan pasaran sasaran bagi permintaan syarikat. Ia menarik pembeli dari kesemua 129 pusat perdagangan luar negara yang dimiliki oleh KOTRA, dan kaunseling video akan dijalankan untuk pembeli yang ditemui selama satu bulan mulai Disember.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20211221005817/en/
Hubungi
Persatuan Industri Kimia Khusus Korea
Sungyong Park
+82-2-2088-7256
psy@kscia.or.kr
Sumber : Persatuan Industri Kimia Khusus Korea
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15418
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA
EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
BEIJING, 31 Jan., 2024 /Xinhua-AsiaNet/-- Sebagai sebahagian daripada satu siri acara yang menandakan ulang tahun ke-60 penubuhan hubungan d...
-
ACT Abu Dhabi dibuka untuk perniagaan (Foto: AETOSWire) ABU DHABI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Mei (Bernama- BUSINESS WIRE ) -- Arabian Chemic...
No comments:
Post a Comment