SAN JOSE, Calif., 15 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- MetricStream,
peneraju pasaran dunia di dalam pengurusan risiko bersepadu (IRM) dan
tadbir urus, risiko dan pematuhan (GRC), hari ini mengumumkan keupayaan
natif baharu bagi Pengkuantitian dan Simulasi Risiko Siber Lanjutan
untuk mengukur risiko siber dari segi monetari, bersama-sama dengan
penilaian risiko intuitif, mengembangkan keupayaan pengurusan risiko
pematuhan, dan meningkatkan keterlihatan kepada risiko pihak ketiga dan
keempat. Perusahaan dan perniagaan bersaiz sederhana memerlukan peranti
pintar untuk mengukur, mengurus dan melihat risiko secara holistik,
memperoleh pemahaman yang bernilai untuk membuat keputusan yang lebih
strategik.
Siaran akhbar ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20211213006088/en/
Pengeluaran perisian terkini MetricStream mempunyai ciri-ciri analitik yang berkuasa yang membolehkan pelanggan untuk mengukur risiko siber dari segi mata wang sebenar, berbanding dengan mengukur risiko dengan menggunakan peta haba merah, kuning dan hijau. Dilengkapi dengan pengkuantitian risiko siber yang tepat, Ketua Pegawai Keselamatan Maklumat, Ketua Pegawai Risiko, Ketua Pegawai Pematuhan dan lembaga boleh memahami, menganalisis dan bertindak ke atas risiko siber. Dengan menggunakan simulasi Monte Carlo, senario risiko juga boleh dijalankan untuk mengutamakan pelan tindakan dan pelaburan.
Pengkuantitian Risiko Siber baharu itu dibina di atas MetricStream Intelligence, sebuah enjin analisis dan AI termaju yang membolehkan model pemarkahan berbilang dan peranti sains data. Tidak seperti syarikat lain yang hanya memberi tumpuan kepada model pengkuantitian risiko FAIR®, MetricStream Intelligence membolehkan penciptaan sebarang jenis model dan pembolehubahan.
“Pelanggan memerlukan penyelesaian perisian GRC lanjutan yang membolehkan mereka untuk menggunakan banyak sumber ke dalam metrik yang boleh dinyatakan kuantitinya dan penilaian risiko untuk siber, ESG, pematuhan dan pihak ketiga, sambil mengenal pasti dan menangani jurang di dalam postur risiko mereka,” kata Prasad Sabbineni, Ketua Pegawai Teknologi, MetricStream. “MetricStream Intelligence, tulang belakang bagi keluaran baharu ini, ialah sebuah rangka kerja pemodelan risiko dan keputusan yang berasaskan kepada simulasi yang menyokong pelbagai taksonomi risiko, membolehkan satu pandangan bersepadu mengenai risiko.”
Keluaran perisian terkini MetricStream juga termasuk keupayaan baharu yang berikut:
Penilaian Risiko Intuitif – Dengan sebuah landskap risiko yang berubah dengan pantas, organisasi perlu menguasai dan menilai risiko yang baru muncul dan berkembang lebih cepat berbanding sebelum ini. Keupayaan baharu membolehkan ketangkasan dan membuat keputusan berasaskan risiko melalui satu pandangan tunggal tentang risiko utama yang dihadapi oleh organisasi merentasi barisan pertahanan yang pertama dan kedua.
Perubahan Kawal Selia & Pengurusan Risiko Pematuhan – Dalam persekitaran yang kompleks pada hari ini, perniagaan memerlukan bantuan dalam menguruskan pematuhan terhadap peraturan yang sentiasa berubah. Keluaran ini mengukuhkan penilaian risiko pematuhan dan fungsi ujian kawalan berasaskan risiko. Organisasi juga boleh memahami dengan mudah kesan daripada perubahan kawal selia ke atas dasar, risiko dan kawalan. Selain itu, keupayaan pengecualian dasar, komunikasi dan pengakusaksian telah dipertingkatkan, memacukan kecekapan, keberkesanan dan pematuhan.
Pengurusan Risiko Pihak Ketiga – Pengurus risiko kini boleh mendapatkan keterlihatan yang lebih mendalam terhadap pendedahan risiko di peringkat pihak ketiga dan keempat. Selain itu, keluaran ini termasuk penyepaduan kandungan tambahan untuk pemahaman yang lebih mendalam, termasuk keselamatan, perisian tebusan, kesihatan kewangan dan penilaian ESG.
ESGRC - Keluaran terbaharu ini turut menyediakan penambahbaikan kepada penyelesaian perisian ESGRC MetricStream, dengan memanfaatkan rangka kerja pelaporan penzahiran ESG yang terpiawai dan pengumpulan maklumat automatik.
Maklumat mengenai MetricStream, Inc.
MetricStream adalah peneraju pasaran dunia bagi Pengurusan Risiko Bersepadu dan penyelesaian GRC yang memperkasakan organisasi untuk berkembang maju pada risiko dengan mempercepatkan pertumbuhan melalui keputusan yang menyedari risiko. Kami menghubungkan tadbir urus, pengurusan risiko dan pematuhan merentasi perusahaan lanjutan untuk membolehkan daya ketahanan dan transformasi digital. MetricStream beribu pejabat di San Jose, California, dengan sebuah pusat operasi dan R&D di Bangalore, India, serta sokongan jualan dan operasi di seluruh dunia. Maklumat lanjut tersedia di www.metricstream.com, LinkedIn, Facebook, dan Twitter.
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20211213006088/en/
Hubungi
Hubungan Media:
Amy Rhodes
arhodes@metricstream.com
650-620-2935
Sumber : MetricStream, Inc.

No comments:
Post a Comment