Thursday, December 2, 2021

SATU PELUANG UNTUK MENGGUNAKAN PELBAGAI API KOREA, APPETIZER HACKATHON AKAN DIADAKAN UNTUK RANTAU ASIA TENGGARA




- Diadakan buat pertama kali tahun ini di bawah tema ‘Norma Baharu dalam Pasca COVID-19 - Permulaan bagi Inovasi dengan menggunakan Awan’


- Pasukan tempat pertama akan menerima sejumlah USD 5,000 dalam bentuk hadiah wang dan kira-kira USD 17,000 dalam bentuk kredit daripada Naver Cloud

SEOUL, Korea Selatan, 2 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Dihoskan oleh Naver Cloud dan dianjurkan oleh Persatuan Industri Perisian Korea, APPETIZER HACKATHON akan menerima permohonan untuk penyertaan dari 6 Disember (Isnin) 9 pagi sehingga 23 Disember (Khamis) 3 petang (Waktu Standard Korea).

Diadakan buat pertama kali tahun ini, APPETIZER HACKATHON memilih tema ‘Norma Baharu dalam Era Pasca COVID-19, Permulaan bagi Inovasi dengan menggunakan Awan’, untuk mewujudkan sebuah dunia yang lebih baik dengan menambahkan idea-idea kreatif kepada aliran perniagaan yang berubah dengan pantas disebabkan oleh COVID-19.

Penyaringan dokumen akan dijalankan selama dua hari dari 28 hingga 29 Disember untuk memilih 30 peserta akhir bagi menyertai APPETIZER HACKATHON, dan 30 pasukan bagi pemohon yang berjaya akan diumumkan pada 30 Disember.

Orientasi dan seminar dalam talian untuk mengumumkan permulaan bagi APPETIZER HACKATHON bagi 30 peserta akhir akan diadakan pada 5 Januari (Rabu) tahun depan. Selain itu, 10 syarikat API yang mengambil bahagian akan secara langsung memberikan bimbingan dalam talian kepada finalis yang ingin menerima bimbingan dari 10 Januari hingga 14 Januari.

30 peserta akhir itu mesti menyerahkan satu pembentangan rakaman video mengenai idea mereka selewat-lewatnya pada 18 Januari (Selasa) yang akan dinilai untuk penyaringan akhir selama dua hari dari 20 Januari hingga 21 Januari. Video itu akan dinilai berdasarkan kepada pembezaan, keaslian, kesesuaian tema, kebolehlaksanaan dan keberkesanan. Melalui saringan akhir ini, 8 pasukan akan dipilih ke pusingan akhir pada 24 Januari (Isnin). Pengumuman final dalam talian dan majlis anugerah untuk menandakan kemuncak hackathon itu akan diadakan pada 27 Januari (Khamis).

Jumlah hadiah wang bagi APPETIZER HACKATHON ini adalah kira-kira USD 27,000. Pasukan tempat pertama pada hackathon itu akan menerima sejumlah USD 5,000 dalam bentuk wang tunai, dua pasukan tempat kedua akan menerima USD 3,000 setiap satu, dan lima pasukan tempat ketiga akan menerima USD 1,000 setiap satu. Semua pasukan yang mengambil bahagian dalam jadual program hackathon itu sehingga tamat akan diberikan hadiah wang tunai sebanyak USD 500 walaupun mereka tidak berjaya ke pusingan akhir.

Selain hadiah wang, terdapat manfaat praktikal yang lain dari APPETIZER HACKATHON ini. Sebanyak 30 pasukan yang mengambil bahagian yang lulus penyaringan dokumen itu akan diberikan kredit bernilai kira-kira USD 2,500 yang boleh digunakan dalam Naver Cloud. Tambahan pula, pasukan tempat pertama pada hackathon itu akan diberikan ganjaran kredit bernilai kira-kira USD 17,000 untuk digunakan selama satu tahun di Naver Cloud.

Acara penyertaan awal akan diadakan selama 5 hari dari tarikh mula pendaftaran pada 6 hingga 10 Disember, dan 15 pasukan yang melengkapkan hackathon itu akan diberikan pelbagai hadiah seperti Apple iPad generasi ke-9.

Akhir sekali, hanya peserta yang menetap di negara-negara Asia Tenggara boleh memohon untuk hackathon ini. Pasukan yang mengambil bahagian boleh menggunakan 10 API yang berbeza dalam hackathon itu . Maklumat terperinci mengenai APPETIZER HACKATHON ini dan pendaftaran dalam talian boleh didapati di laman web (www.api-appetizer.com). Maklumat terperinci tentang syarikat-syarikat API yang menghadiri hackathon itu boleh didapati di www.appetizer.kr. Maklumat lanjut juga boleh didapati di halaman Facebook atau halaman LinkedIn

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15321

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...