Bertujuan untuk mewujudkan muka kedai yang berasaskan WhatsApp bagi beribu-ribu perniagaan pada tahun 2022
SAN FRANCISCO, 21 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) — Gupshup, peneraju di dalam pemesejan perbualan, hari ini mengumumkan pelancaran satu penyelesaian perdagangan berasaskan WhatsApp yang dapat membolehkan mana-mana perniagaan untuk mewujudkan sebuah “muka kedai” digital di WhatsApp. Perniagaan dapat membolehkan perjalanan perbualan merentasi setiap peringkat bagi proses pembelian: prapembelian, pembelian dan selepas pembelian. Berdasarkan kepada keupayaan perdagangan WhatsApp yang dilancarkan baru-baru ini, Gupshup boleh membantu sebuah perniagaan menguruskan pengalaman pembelian yang lengkap di WhatsApp. Dengan lebih daripada dua bilion pengguna bulanan aktif di 180 buah negara menggunakan WhatsApp, ia merupakan platform perdagangan perbualan yang ideal untuk perniagaan. Penyelesaian perdagangan yang bercirikan lengkap ini juga memanfaatkan ciri Bayar Bil 1-Klik Gupshup yang dilancarkan baru-baru ini, yang membolehkan perniagaan untuk mengutip pembayaran melalui WhatsApp dan aplikasi pemesejan yang lain.
Dengan penyelesaian perdagangan berasaskan WhatsApp Gupshup, sebuah perniagaan boleh membuat satu katalog produk di WhatsApp, berbual dengan pelanggan melalui chatbot yang dikuasakan oleh AI untuk penemuan produk, membimbing mereka melalui daftar keluar dan pembayaran, serta menyokong mereka 24/7 dengan chatbot dan ejen langsung. Elemen interaktif baharu seperti mesej berbilang produk menjadikannya lebih mudah bagi perniagaan untuk mempamerkan penawaran mereka melalui katalog kedai.
Ini membolehkan perniagaan untuk mempersembahkan penawaran mereka melalui pengalaman berstruktur dengan imej dan butiran produk yang teratur. Pelanggan juga boleh menambahkan item pilihan pada troli mereka di WhatsApp, berinteraksi dengan perniagaan dalam masa nyata dan membuat pembayaran melalui pautan Bayar Bil 1-Klik Gupshup yang dilancarkan baru-baru ini, kesemuanya tanpa meninggalkan tetingkap sembang. Banyak perniagaan telah memanfaatkan WhatsApp untuk perjalanan prapembelian dan selepas pembelian, dan dengan ciri-ciri Perdagangan yang baharu tersedia, mereka kini boleh menguruskan keseluruhan perjalanan pembelian untuk pelanggan pada aplikasi pemesejan paling popular di dunia itu.
Beberapa fakta yang menarik tentang WhatsApp untuk Perniagaan¹:
- Lebih 175 juta orang menghantar mesej kepada sebuah akaun perniagaan di WhatsApp setiap hari²
- 68 peratus pengguna berkata WhatsApp adalah cara paling mudah untuk menghubungi sebuah perniagaan³
- 71 peratus berasa lebih yakin mengenai sebuah perniagaan selepas menghantar mesej di WhatsApp³
“Gupshup menawarkan platform perdagangan perbualan yang termaju, komprehensif dan mudah untuk digunakan,” kata Gaurav Kachhawa, Ketua Pegawai Produk, Gupshup. “Matlamat kami adalah bagi membolehkan setiap perniagaan, besar dan kecil, untuk memulakan perdagangan dengan cepat dan mudah melalui WhatsApp serta merealisasikan potensi penuh bagi keupayaan ini untuk mengubah perniagaan mereka.”
“Sebagai satu daripada rakan kongsi Penyedia Penyelesaian terawal di WhatsApp, kami telah membantu beribu-ribu perniagaan di seluruh dunia untuk bersiaran secara langsung di WhatsApp Business. Pasukan jualan dan penyelesaian kami yang berpengetahuan, bersama-sama dengan satu rangkaian rakan kongsi global, membantu perniagaan mempercepatkan transformasi digital mereka,” jelas Ravi Sundararajan, Ketua Pegawai Operasi, Gupshup. “Kami melihat permintaan yang kukuh untuk ciri Perdagangan baharu itu, dan keputusan awal untuk perniagaan menunjukkan masa depan yang cerah. Ini pastinya akan merevolusikan cara perniagaan menjalankan e-dagang.”
Terokai Penyelesaian Perdagangan berasaskan WhatsApp Gupshup
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=15406
No comments:
Post a Comment