KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) telah menganjurkan satu webinar bertajuk ‘Ke Arah Umat Digital: Isu, Cabaran dan Cadangan Penyelesaian secara dalam talian, bagi membincangkan apakah isu dan cabaran dalam era digital ini khususnya kepada umat Islam dan seterus memberikan cadangan penyelesaiannya.
Era digital dalam perkembangan sains dan teknologi telah memberi cabaran besar kepada umat Islam. Cabaran-cabaran tersebut adalah seperti jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar terutama penduduk kawasan pendalaman, dilema pekerjaan dalam era digital kerana banyak pekerjaan akan diambil alih oleh kecerdasan buatan artificial intelligent (AI), robotik dan lain-lain. Tidak ketinggalan cabaran terhadap dakwah yang semakin sengit apabila berlaku penyebaran hadis-hadis palsu, ajaran sesat serta lain-lain fahaman di media sosial, cabaran adab ketika menuntut ilmu secara dalam talian dan cabaran terhadap alam sekitar kerana dibimbangi bahan buangan elektronik semakin bertambah setiap hari.
Webinar yang dimulakan dengan ucaptama oleh Prof. Dato' Dr. Mohd Yakub@Zulkifli bin Mohd Yusoff, Pengerusi, Nadwah Ulama dan Ilmuan Malaysia (NUIM)) ini bertujuan membincangkan sudut pandang Islam terhadap isu, cabaran dan cadangan penyelesaian era digital masa kini.
Dalam ucapan perasmiannya, Prof. Dato' Dr. Mohd Yakub@Zulkifli bin Mohd Yusoff menyatakan bahawa wacana yang dianjurkan oleh IKIM ini harus diteruskan sebagai usaha menyelesaikan masalah di era digital terutamanya dalam kalangan umat Islam dalam konteks membina Keluarga Malaysia yang lebih bertamadun.

No comments:
Post a Comment