• Melaporkan Keputusan Suku Kedua Yang Mantap Menjelang Panduan dengan Pendapatan dan Tempahan Pengiklanan Suku Tahunan Yang Paling Tinggi
• Menyampaikan Aliran Tunai Operasi Terbaik untuk Suku Kedua sebanyak $161 Juta, meningkat 11% dari Tahun ke Tahun
• Memeterai Pemerolehan ke atas Chartboost, sebuah Platform Pengiklanan dan Pengewangan Mudah Alih Terkemuka
• Mengumumkan Perjanjian untuk Memperoleh StarLark yang berpusat di China, Pemaju bagi Golf Rival
SAN FRANCISCO, 9 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA) hari ini mengeluarkan keputusan kewangan untuk suku pertama mereka yang berakhir pada 30 Jun, 2021 dengan mengeluarkan Surat Perolehan Suku Tahunan 2021 bagi Suku Kedua pengurusan ke laman web Perhubungan Pelabur mereka. Sila rujuk kepada Surat Perolehan Suku Tahunan yang dilampirkan atau layari http://investor.zynga.com/financial-information/quarterly-results.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210805005959/en/
“Kami mengakhiri separuh pertama bagi tahun 2021 dengan kukuh, dengan menyampaikan keputusan suku kedua lebih awal daripada panduan kami, termasuk pendapatan, tempahan dan aliran tunai operasi suku kedua kami yang terbaik. Strategi berbilang tahun kami untuk mengembangkan perkhidmatan langsung kami, melancarkan permainan baharu dan melabur dalam pengembangan global terus menempatkan Zynga untuk pertumbuhan,” kata Frank Gibeau, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Zynga. “Hari ini, kami sangat teruja untuk mengalu-alukan secara rasmi pasukan Chartboost ke Zynga, dan juga mengumumkan satu perjanjian untuk memperoleh StarLark yang berpusat di China – pemaju berbakat di sebalik francais mudah alih yang popular, Golf Rival.”
Pengurusan Zynga akan juga mengadakan satu panggilan persidangan pada pukul 2:00 petang Waktu Pasifik (5:00 petang Waktu Timur) hari ini untuk membincangkan mengenai pencapaian syarikat itu. Pertanyaan boleh diajukan semasa panggilan persidangan itu dan Zynga akan menjawab seberapa banyak mungkin pertanyaan.
Panggilan persidangan itu boleh diakses di http://investor.zynga.com – satu ulang semula akan tersedia melalui laman web itu selepas panggilan itu – atau melalui nombor dail masuk persidangan di bawah:
• Nombor Dail Masuk Bebas Tol: (800) 537-0745
• Nombor Dail Masuk Antarabangsa: (253) 237-1142
• ID Persidangan: 5929717
Maklumat mengenai Zynga Inc.
Zynga adalah sebuah peneraju dunia di dalam hiburan interaktif dengan satu misi untuk menghubungkan dunia menerusi permainan. Dengan jangkauan global yang luas di lebih 175 buah negara dan wilayah, Zynga mempunyai portfolio yang pelbagai bagi francais permainan popular yang telah dimuat turun lebih empat bilion kali di telefon bimbit termasuk CSR Racing™, Empires & Puzzles™, Hair Challenge™, Harry Potter: Puzzles & Spells™, High Heels!™, Merge Dragons!™, Merge Magic!™, Queen Bee™, Toon Blast™, Toy Blast™ dan Words With Friends™. Dengan Chartboost, sebuah platform pengiklanan dan pengewangan mudah alih yang terkemuka, Zynga adalah sebuah platform generasi seterusnya yang terkemuka di dalam industri dengan keupayaan untuk mengoptimumkan pengiklanan dan kadar hasil programatik pada skala. Ditubuhkan pada tahun 2007, Zynga beribu pejabat di California dengan mempunyai lokasi di Amerika Utara, Eropah dan Asia. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.zynga.com atau ikuti Zynga di Twitter, Instagram, Facebook atau di blog Zynga.
Kenyataan yang Berpandangan ke Hadapan
Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan yang berpandangan ke hadapan dalam konteks maksud Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, termasuk kenyataan yang berkaitan, antara lain: operasi dan inisiatif Zynga pada masa ini dan akan datang, termasuk potensi bagi pertumbuhan masa depan di dalam perniagaan kami; keupayaan untuk mencapai manfaat yang diharapkan daripada pemerolehan Chartboost, Inc. (“Chartboost”), unjuran kami berhubung prestasi kewangan dan operasi pada masa depan, dan keupayaan kami untuk bersaing secara efektif di dalam industri pengiklanan global; dan cadangan pemerolehan bagi Beijing StarLark Technology Co., Ltd. (“StarLark)”, francais permainan mudah alih Golf Rival dan permainan lain yang berkaitan, harta intelektual, rekod perniagaan dan aset dan liabiliti lain yang khusus, termasuk keupayaan kami untuk mendapat manfaat yang diharapkan daripada pengambilalihan dan memanfaatkan platform dan keupayaan Zynga untuk memacukan pertumbuhan seterusnya. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan sering kali mempunyai perkataan seperti “terunjur”, “terancang,” “bermaksud,” “akan,” “menjangka,” “percaya,” “sasaran,” “mengharapkan,” dan kenyataan dalam bentuk kala kelak yang secara umumnya berbentuk pandangan ke hadapan. Kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini bukan jaminan bagi prestasi masa depan dan menggambarkan jangkaan semasa pengurusan. Pencapaian atau kejayaan bagi perkara-perkara yang diliputi oleh kenyataan yang berpandangan ke hadapan ini melibatkan risiko, ketidakpastian, dan andaian yang signifikan, dan keputusan sebenar kami mungkin berbeza dari segi material daripada yang diramalkan atau yang tersirat. Pergantungan yang tidak wajar tidak boleh diletakkan pada kenyataan yang berpandangan ke hadapan seperti itu, yang didasarkan kepada maklumat yang diperolehi kepada kami pada tarikh berkenaan. Kami tidak berkewajiban untuk mengemas kini kenyataan tersebut. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza termasuk: keupayaan kami untuk menggabungkan Chartboost secara efektif dan mencapai manfaat yang diharapkan daripada urus niaga itu; kesan daripada pemerolehan pada keputusan perniagaan dan operasi Zynga dan Chartboost dan keupayaan kami untuk mengekalkan perhubungan dengan rakan perniagaan; kepuasan terhadap syarat-syarat penutupan bagi urus niaga StarLark dan keupayaan kami untuk memeterai urus niaga itu tepat pada masanya; keupayaan kami untuk secara efektif mengintegrasi dan mencapai manfaat yang diharapkan daripada pemerolehan StarLark dan urus niaga yang berkaitan; risiko daripada tindakan undang-undang dan/atau peraturan yang berkaitan dengan urus niaga ini; dan keupayaan kami untuk bersaing secara berkesan di dalam industri pengiklanan mudah alih dan permainan mudah alih. Maklumat lanjut mengenai risiko, ketidakpastian, dan andaian ini dan faktor tambahan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza adalah atau akan dijelaskan dengan lebih terperinci dalam pemfailan awam kami dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”), salinannya boleh diperolehi dengan melayari laman web Perhubungan Pelabur kami di http://investor.zynga.com atau di laman web SEC di www.sec.gov.
Nota Editor
Untuk memuat turun rakaman bahagian filem B-roll Zynga dan visual penting bagi permainan itu, sila layari: https://bit.ly/ZyngaQ22021
Lihat versi sumber di businesswire.com:
https://www.businesswire.com/news/home/20210805005959/en/
Hubungi
Perhubungan Pelabur:
Rebecca Lau
Investors@zynga.com
Perhubungan Media:
Sarah Ross
Sarah@zynga.com
Sumber : Zynga
No comments:
Post a Comment