Membina Ekonomi Biru Menjelang 2030: Mengubah Industri Makanan Laut Jepun oleh DX dan ESG Investment
TOKYO, 27 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sidang Kemuncak Makanan Laut Lestari Tokyo 2021 (TSSS2021) akan diadakan dari 11 hingga 13 Oktober, Isnin hingga Rabu, 2021. Acara itu dihoskan oleh Seafood Legacy Co., Ltd. (kemudian daripada ini “Seafood Legacy”) dan Nikkei ESG dan ditaja bersama oleh Yayasan Walton Family, Yayasan David and Lucile Packard.
TOKYO, 27 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Sidang Kemuncak Makanan Laut Lestari Tokyo 2021 (TSSS2021) akan diadakan dari 11 hingga 13 Oktober, Isnin hingga Rabu, 2021. Acara itu dihoskan oleh Seafood Legacy Co., Ltd. (kemudian daripada ini “Seafood Legacy”) dan Nikkei ESG dan ditaja bersama oleh Yayasan Walton Family, Yayasan David and Lucile Packard.
Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini: https://www.businesswire.com/news/home/20210826005032/en/
Tema bagi sidang kemuncak tahun ini adalah “Membina Ekonomi Biru Menjelang 2030: Mengubah Industri Makanan Laut Jepun oleh DX dan ESG Investment.” Dengan pandangannya ditumpukan kepada ekonomi biru dan pencapaian SDG menjelang tarikh akhir 2030, sidang kemuncak itu akan memberi tumpuan kepada pelaburan DX (Digital Transformation) dan ESG yang bertujuan untuk mempercepatkan langkah ke arah kelestarian di dalam industri makanan laut Jepun.
Simposium Makanan Laut Lestari Tokyo, yang dahulu sebelum ditukar kepada Sidang Kemuncak Makanan Laut Lestari Tokyo pada tahun ini, telah diadakan setiap tahun sejak 2015 dan telah berkembang menjadi satu daripada acara terbesar dan terkemuka di Asia di dalam pergerakan makanan laut lestari, dengan penyertaannya meningkat setiap tahun. Tahun lalu, terdapat 108 orang penceramah dan 3,800 hadirin (penonton dalam talian).
Dengan minat global yang semakin meningkat terhadap kelestarian, dan seperti yang dilambangkan oleh idea bagi “ekonomi biru”, terdapat satu pergerakan yang semakin berkembang ke arah kelestarian di dalam industri makanan laut dan ekonomi lain yang berasaskan laut.
Terutamanya, satu semakan terhadap Akta Perikanan Jepun mula dikuatkuasakan pada Disember 2020, dengan sebuah undang-undang yang digubal untuk menyesuaikan dan meningkatkan pengedaran (Akta Perdagangan Domestik bagi Haiwan dan Tumbuhan Laut Khusus). Dasar itu telah mencapai kemajuan besar ke arah meningkatkan kelestarian. Seiringan dengan perubahan ini, terdapat juga tanda-tanda bahawa transformasi digital akan membantu menggalakkan kelestarian di dalam industri makanan laut. Institusi kewangan juga telah melancarkan inisiatif yang memanfaatkan pelaburan ESG untuk meningkatkan kelestarian industri.
Nama untuk acara itu telah diubah daripada “simposium” kepada “sidang kemuncak” untuk lebih mencerminkan matlamat mewujudkan satu pergerakan yang lebih praktikal. Tujuan itu adalah untuk menjadikan sidang kemuncak itu sebagai satu acara di mana, selain memberi tumpuan kepada pelaburan DX dan ESG, kita dapat bergabung dengan penceramah dan peserta untuk membincangkan cara bagaimana, dalam sepuluh tahun hingga tarikh akhir SDG 2030, kita dapat membangunkan ekonomi biru dengan sebaik-baiknya.
Selain berkongsi maklumat terkini seperti yang dilakukan pada acara sebelum ini, acara tahun ini akan menggunakan fungsi dalam talian untuk menyediakan sebuah tempat di mana mereka yang bersungguh-sungguh ingin mempromosikan kelestarian di dalam industri makanan laut boleh berinteraksi di antara satu sama lain.
Selama tiga hari, sidang kemuncak itu akan membolehkan pakar-pakar dari dalam dan luar negara, untuk bergabung dengan pihak lain yang berkaitan bagi membincangkan mengenai industri makanan laut Jepun, dengan matlamat untuk menyampaikan lautan yang luas dan sebuah ekonomi yang mapan kepada generasi berikutnya. Kami menghargai anda berkongsi maklumat ini melalui media anda masing-masing.
Rangka
· Tajuk: Sidang Kemuncak Makanan Laut Lestari Tokyo 2021 (TSSS2021)
· Tema: MEMBINA EKONOMI BIRU KE ARAH 2030: Mengubah Industri Makanan Laut Jepun oleh DX dan ESG Investment
· Tarikh / Masa: 11 hingga 13 Oktober, Isnin hingga Rabu, 2021
· Tempat: Dalam talian
· Yuran Penyertaan: ¥5,000 setiap seorang selama tiga hari penuh (tidak termasuk cukai)
· Terjemahan Bahasa Jepun-Inggeris Serentak
Untuk butiran lanjut dan pendaftaran, sila layari: https://sustainableseafoodnow.com/2021/en/
Semasa tempoh acara itu, kami akan juga mengadakan Anugerah Makanan Laut Lestari Jepun ke-3, yang mengiktiraf usaha ke arah merangsangkan pergerakan makanan laut lestari Jepun.
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20210826005032/en/
Hubungi
Pihak yang boleh dihubungi berkaitan pengumuman ini:
Miki Yamaoka miki.yamaoka@seafoodlegacy.com
Mariko Arikawa mariko.arikawa@seafoodlegacy.com
Tel: +81-80-3550-2920
Seafood Legacy Co., Ltd.
Sumber : Seafood Legacy Co., Ltd.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment