Friday, August 13, 2021

LANTRONIX MELENGKAPKAN PEMEROLEHAN SEGMEN PERNIAGAAN ELEKTRONIK DAN PERISIAN BOLEH LAPOR DARIPADA COMMUNICATIONS SYSTEMS, INC.

 IRVINE, Calif., 12 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Lantronix, Inc. (“Lantronix”) (NASDAQ: LTRX), pembekal global Perisian sebagai Perkhidmatan (Saas), perkhidmatan kesambungan, perkhidmatan kejuruteraan, perkakasan pintar dan penyelesaian siap guna bagi Internet of Things (IoT) dan Pengurusan Persekitaran Jauh (REM), hari ini mengumumkan bahawa mereka telah melengkapkan pemerolehan yang diumumkan sebelum ini bagi Transition Networks dan Net2Edge, yang terdiri daripada sebahagian besar segmen perniagaan Elektronik dan Perisian boleh lapor bagi Communications Systems, Inc. (NASDAQ: JCS) (“CSI”).

Urus niaga ini akan membawa skala segera kepada Lantronix, dengan hasil daripada syarikat gabungan dijangka mencapai jumlah lebih daripada $100 juta setiap tahun. Pemerolehan ini akan membawa produk dan keupayaan kesambungan IoT pelengkap, termasuk pertukaran, Kuasa Melalui Ethernet (PoE) dan penukaran media serta produk penyesuai.

Lantronix melihat sinergi pengendalian dan pembangunan produk yang ketara dalam syarikat gabungan dan mengharapkan sinergi hari pertama yang signifikan akan memacu sinergi akretif pendapatan bukan GAAP terdekat selepas penutupan, dan syarikat menjangkakan lagi sebanyak $7 juta dalam sinergi kadar pelaksanaan tahunan sepanjang 24 bulan pertama. Lantronix akan mengeluarkan panduan untuk tahun fiskal 2022 pada panggilan persidangan pendapatan suku tahun keempat, tahun fiskal 2021, tarikhnya akan diumumkan tidak lama lagi.

Silicon Valley Bank, bank syarikat paling inovatif di dunia dan pelabur mereka, di samping SVB Capital, memberikan pembiayaan perolehan.

O’Melveny & Myers LLP bertindak sebagai penasihat undang-undang kepada Lantronix.

Perihal Lantronix
Lantronix Inc. ialah pembekal global penyelesaian siap guna selamat untuk Internet of Things (IoT) dan Pengurusan Persekitaran Jauh (REM), menawarkan Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS), perkhidmatan kesambungan, perkhidmatan kejuruteraan dan perkakasan pintar. Lantronix membolehkan pelanggan menyediakan penyelesaian Pinggir Pintar IoT dan OOBM yang boleh dipercayai dan selamat sambil mempercepat masa memasuki pasaran. Produk dan perkhidmatan Lantronix memudahkan penghasilan, pembangunan, pelaksanaan dan pengurusan projek IoT dengan ketara di samping menyediakan kualiti, kebolehpercayaan dan keselamatan merentas perkakasan, perisian dan penyelesaian.

Dengan pengalaman tiga dekad yang telah terbukti dalam mencipta teknologi IoT dan penyelesaian OOBM yang kukuh, Lantronix ialah penginovasi dalam membolehkan para pelanggannya membina model perniagaan baharu, memanfaatkan kecekapan yang lebih besar dan merealisasikan kemungkinan Internet of Things. Penyelesaian Lantronix digunakan dalam jutaan mesin di pusat data, pejabat dan tapak jauh yang berkhidmat untuk pelbagai industri, termasuk tenaga, pertanian, perubatan, keselamatan, pengeluaran, pengedaran, pengangkutan, runcit, kewangan, persekitaran dan kerajaan.

Lantronix beribu pejabat di Irvine, Calif. Untuk maklumat lanjut, lawati www.lantronix.com.

Ketahui lebih lanjut di blog Lantronix, www.lantronix.com/blog, menampilkan perbincangan dan kemas kini industri. Untuk mengikuti Lantronix di Twitter, sila lawati www.twitter.com/Lantronix. Lihat pustaka video kami di YouTube di www.youtube.com/user/LantronixInc atau berhubung dengan kami di LinkedIn di www.linkedin.com/company/lantronix.

Perbincangan tentang Ukuran Kewangan Bukan GAAP

Lantronix yakin bahawa pembentangan maklumat kewangan bukan GAAP, apabila dibentangkan bersama ukuran GAAP yang sepadan, memberikan maklumat tambahan yang penting kepada pihak pengurusan dan pelabur berkenaan arah aliran kewangan dan perniagaan yang berkaitan dengan keadaan kewangan dan hasil operasi syarikat. Pihak pengurusan menggunakan ukuran bukan GAAP tadi untuk memantau dan menilai hasil operasi dan arah aliran yang berterusan bagi memahami prestasi operasi perbandingan kami. Ukuran kewangan bukan GAAP yang didedahkan oleh syarikat tidak boleh dianggap sebagai pengganti atau mengatasi ukuran kewangan yang dikira mengikut GAAP, dan hasil kewangan yang dikira menurut GAAP dan penyelarasan ukuran kewangan bukan GAAP kepada ukuran kewangan yang dikira menurut GAAP perlu dinilai dengan teliti. Ukuran kewangan bukan GAAP yang digunakan oleh syarikat mungkin dikira secara berlainan, dan mungkin tidak dapat dibandingkan dengan ukuran bertajuk serupa yang digunakan oleh syarikat lain.

Panduan peningkatan pendapatan sesaham disediakan hanya pada asas bukan GAAP berikutan kesukaran inheren untuk meramalkan masa atau jumlah item tertentu yang telah dikecualikan daripada ukuran bukan GAAP prospektif dan penyelarasan panduan GAAP yang boleh dibandingkan tidak disediakan kerana faktor tertentu yang penting secara material kepada keupayaan Lantronix untuk menganggarkan item yang dikecualikan tidak dapat dicapai atau dijangka berdasarkan prospektif tanpa usaha yang tidak munasabah.

Pernyataan Prospektif

Siaran akhbar ini mengandungi pernyataan prospektif dalam lingkungan makna Seksyen 27A Akta Sekuriti 1933, sebagaimana yang dipinda, dan Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, sebagaimana yang dipinda. Pernyataan yang bukan penyataan sejarah semata-mata membentuk pernyataan prospektif dan mungkin kerap kali, tetapi tidak sentiasa, dikenal pasti melalui penggunaan perkataan seperti “mengharapkan”, “percaya”, “berniat”, “menjangkakan”, “merancang”, “menganggarkan”, “potensi”, “kemungkinan”, “mungkin” atau pernyataan bahawa tindakan, peristiwa atau hasil tertentu “mungkin”, “akan”, “perlu”, atau “boleh” diambil, berlaku atau dicapai. Pernyataan prospektif dalam siaran akhbar ini merangkumi, antara lain, pernyataan tentang manfaat yang dijangkakan daripada pemerolehan Transition Networks dan Net2Edge (“Urus Niaga”), termasuklah jangkaan sinergi dalam syarikat gabungan, jangkaan pada Lantronix dan pemegang sahamnya, sifat akretif Urus Niaga yang dicadangkan dan jangkaan hasil operasi masa hadapan bagi syarikat gabungan. Pernyataan prospektif dibuat berdasarkan jangkaan dan anggapan semasa serta analisis yang dibuat oleh Lantronix dan pihak pengurusan berkenaan pengalaman dan persepsi aliran sejarah, keadaan semasa dan pembangunan pada masa hadapan yang dijangka, serta faktor lain yang sesuai dalam keadaan tersebut. Walau bagaimanapun, sama ada keputusan sebenar dan pembangunan akan mematuhi jangkaan atau tidak adalah tertakluk pada beberapa risiko dan ketidakpastian material, termasuk tetapi tidak terhad kepada: keupayaan Lantronix untuk berjaya menyepadukan perniagaan yang diperoleh selepas Urus Niaga dan mencapai manfaat yang dijangka daripadanya; risiko berkaitan sebarang liabiliti tidak dijangka terhadap perniagaan yang diperoleh; ketidaktepatan anggaran simpanan atau anggapan yang mendasarinya; semakan semula terhadap anggaran simpanan akibat perubahan harga komoditi; sebarang kehilangan pengurusan atau kakitangan penting; kesan pandemik COVID-19, termasuk kemunculan strain virus baharu yang lebih mudah berjangkit dan/atau kalis vaksin dan impak usaha vaksinasi, termasuk keberkesanan dan penerimaan awam terhadap vaksinasi, pada perniagaan, pekerja, rantaian bekalan dan pengagihan syarikat gabungan dan ekonomi global; dan sebarang faktor tambahan yang disertakan dalam Laporan Lantronix berkenaan Borang 10-K bagi tahun fiskal yang berakhir pada 30 Jun 2020, difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (“SEC”) pada 11 September 2020, termasuk dalam bahagian yang bertajuk “Faktor Risiko” dalam Item 1A Bahagian I laporan tersebut; Laporan Suku Tahunan pada Borang 10-Q bagi suku tahun fiskal yang tamat pada 31 Mac 2021, yang difailkan dengan SEC pada 30 April 2021, termasuk dalam bahagian yang bertajuk “Faktor Risiko” dalam Item 1A Bahagian II laporan tersebut; dan dalam pemfailan awam lain dengan SEC bagi Syarikat. Selain itu, hasil sebenar mungkin berbeza disebabkan risiko tambahan dan ketidakpastian yang pihak pengurusan Lantronix tidak sedari buat masa ini atau tidak dianggap sebagai penting terhadap perniagaan Syarikat buat masa ini. Atas sebab ini, pelabur diingatkan untuk tidak meletakkan kebergantungan yang tidak wajar pada sebarang pernyataan prospektif. Pernyataan prospektif Lantronix hanya memberikan gambaran setakat tarikh pernyataan tersebut dibuat. Lantronix tidak bertanggungjawab untuk menyemak atau mengemas kini kepada orang awam tentang sebarang pernyataan prospektif kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang atau peraturan Nasdaq Stock Market, LLC.

Orang Hubungan Media Lantronix:
Gail Kathryn Miller
Pengurus Pemasaran &
Komunikasi Korporat
media@lantronix.com
949-453-7158

Maklumat Hubungan Penganalisis dan Pelabur Lantronix:
Jeremy Whitaker
Ketua Pegawai Kewangan
investors@lantronix.com
949-450-7241

Jualan Lantronix:
sales@lantronix.com
Amerika +1 (800) 422-7055 (AS dan Kanada) atau +1 949-453-3990
Eropah, Timur Tengah dan Afrika +31 (0)76 52 36 744
Asia Pasifik + 852 3428-2338
China + 86 21-6237-8868
Jepun +81 (0) 50-1354-6201
India +91 994-551-2488


http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14865 

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...