TOKYO, 18 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pusat ASEAN-Jepun (AJC) akan menganjurkan Simposium Maya Ulang Tahun ke-54 ASEAN mengenai “Integrasi Wilayah Ekonomi dan Sosial ASEAN dalam Kebiasaan Baharu” pada 27 Ogos 2021. Ia akan dianjurkan bersama dengan Sekretariat ASEAN dan Jawatankuasa ASEAN di Tokyo, sebuah jawatankuasa terdiri daripada 10 duta besar ASEAN yang berpusat di Jepun, yang disokong oleh Kementerian bagi Hal Ehwal Luar Jepun, Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun (TBC) dan Yayasan Keamanan Antarabangsa.
Pada simposium itu, Pemenang Nobel 2007 dalam bidang Ekonomi, Profesor Eric S. Maskin, Adams Profesor Universiti dan Profesor Ekonomi dan Matematik di Universiti Harvard, akan menyampaikan satu ucapan utama. Ia akan diikuti oleh satu perbincangan panel di antara pegawai-pegawai terkemuka dari ASEAN, termasuk Timbalan Setiausaha Agung ASEAN bagi Komuniti dan Hal Ehwal Korporat, dan pakar-pakar dari universiti-universiti di Jepun, di mana mereka akan bertukar-tukar pandangan dan membincangkan mengenai globalisasi dan ketaksamaan di ASEAN di bawah kebiasaan baharu.
AJC adalah sebuah organisasi antara kerajaan yang ditubuhkan oleh Negara-negara Anggota ASEAN dan Jepun pada tahun 1981, dengan matlamat untuk menggalakkan perdagangan, pelaburan, pelancongan serta pertukaran orang-ke-orang di antara Negara Anggota ASEAN dan Jepun. AJC telah menganjurkan Simposium Ulang Tahun ASEAN sejak 2017 untuk memperingati penubuhan ASEAN, dan mengumpulkan pemegang kepentingan ASEAN dan sektor awam dan swasta Jepun untuk membincangkan isu-isu semasa di ASEAN.

=================================================
[Butiran bagi Simposium itu]
Tarikh / Masa: 27 Ogos 2021, 11:00 pagi -1:00 tengah hari (Waktu Jepun)
Tempat: Dalam Talian (Zoom)
- Kata-kata Alu-aluan
T.Y.T. Encik WASHIO Eiichiro, Menteri Negara bagi Hal Ehwal Luar, Kementerian bagi Hal Ehwal Luar Jepun - Ucapan Alu-aluan
T.Y.T. Encik Peter Tan Hai Chuan
Duta Besar Istimewa dan Mutlak bagi Republik Singapura ke Jepun, Pengerusi bagi Jawatankuasa ASEAN di Tokyo - MesejT.Y.T Dato Lim Jock Hoi, Setiausaha Agung ASEAN
- Ucapan Utama
Profesor Eric S. Maskin Adams
Profesor Universiti dan Profesor Ekonomi dan Matematik di Universiti Harvard, Pemenang Nobel 2007 dalam bidang Ekonomi - Perbincangan Panel
Fasilitator:
Encik FUJITA Masataka, Setiausaha Agung, Pusat ASEAN-Jepun
Ahli Panel:
(1)Profesor Eric S. Maskin, Pemenang Nobel 2007 dalam bidang Ekonomi
(2)T.Y.T. Encik Tran Duc Binh, Timbalan Setiausaha Agung bagi Komuniti dan Hal Ehwal Korporat, Sekretariat ASEAN
(3)Dr. Rafaelita M. Aldaba, Setiausaha Rendah, Jabatan Perdagangan dan Perindustrian, Republik Filipina
(4)Profesor TAKAMURA Yukari, Profesor Undang-undang/Kajian Alam Sekitar, Institut bagi Inisiatif Masa Depan, Universiti Tokyo
(5)Profesor SHIMIZU Kazushi, Profesor, Fakulti Ekonomi, Universiti Kyushu

· Sesi Soal Jawab
· Tamat program
Bahasa: Bahasa Inggeris (dengan penterjemahan serentak dalam bahasa Jepun)
Yuran: Percuma
Penganjur: Pusat ASEAN-Jepun
Penganjur bersama:Sekretariat ASEAN dan Jawatankuasa ASEAN di Tokyo
Penyokong: Kementerian bagi Hal Ehwal Luar Jepun
Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun (TBC)
Yayasan Keamanan Antarabangsa
Untuk maklumat terkini dan pendaftaran, sila layari laman web AJC seperti di bawah.
https://www.asean.or.jp/en/invest-info/20210806/
(Tarikh tutup dan masa: 9:00 pagi, JST, 26 Ogos 2021)
Untuk maklumat terkini dan pendaftaran, sila layari laman web AJC seperti di bawah.
https://www.asean.or.jp/en/invest-info/20210806/
(Tarikh tutup dan masa: 9:00 pagi, JST, 26 Ogos 2021)
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20210817005961/en/
Hubungi
Unit Perhubungan Awam Pusat ASEAN-Jepun
Emiko Sonoya (CIK)
URL: https://www.asean.or.jp/en/
TEL: +81-3-5402-8118
E-mel: toiawase_ga@asean.or.jp
Sumber : Pusat ASEAN-Jepun
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment