Wednesday, August 11, 2021

FALCONX MENGUMPULKAN $210 JUTA BERIKUTAN PERTUMBUHAN PENDAPATAN 30X TAHUN KE TAHUN; KINI DINILAIKAN PADA $3.75 BILLION

Siri C Diketuai oleh Altimeter Capital, B Capital Group, Sapphire Ventures, dan Tiger Global Management, dengan penyertaan daripada Amex Ventures dan Mirae Asset.

SAN FRANCISCO, 11 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- FalconX, sebuah syarikat perkhidmatan kewangan aset digital dan mata wang kripto yang menyediakan kepada institusi perdagangan, kredit, dan penjelasan merentasi mata wang kripto utama, mengumumkan satu pusingan pembiayaan Siri C bernilai $210 juta, yang mengangkat nilai syarikat kepada $3.75 bilion. Pusingan itu diketuai oleh Altimeter Capital, Sapphire Ventures dan pelabur sedia ada B Capital Group dan Tiger Global Management, dengan penyertaan daripada Mirae Asset. Amex Ventures juga meningkatkan pelaburan mereka yang sedia ada sebagai sebahagian daripada pusingan ini. Mereka menyertai pelabur sedia ada Accel, Accomplice VC, Coinbase Ventures, CMT Digital, Flybridge Capital Partners, Lightspeed Venture Partners, dan Avon Ventures, sebuah dana modal teroka yang bergabung dengan FMR LLC, syarikat induk bagi Fidelity Investments.

Dalam masa hanya tiga tahun, FalconX telah menjadi satu daripada syarikat mata wang kripto institusi paling bernilai di dunia, dengan didorong oleh ekonomi unit yang teguh, keuntungan, dan pertumbuhan pendapatan merentasi barisan perniagaan. FalconX memanfaatkan pembelajaran mesin untuk menyediakan institusi dengan counterparty tunggal atau pihak lain yang mengambil bahagian dalam urus niaga kewangan, dengan akses kepada kecairan mata wang kripto global dengan 99.9% + masa operasi melalui antara muka web mereka, API, dan meja perdagangan perkhidmatan terperinci 24/7/365. Perniagaan kredit mereka membolehkan institusi untuk mengakses pembiayaan jangka pendek untuk perdagangan – mengisi jurang di antara pinjaman jangka panjang dan pasaran derivatif bagi institusi yang ingin meningkatkan kecekapan kunci kira-kira dalam satu cara elastik. FalconX merancang untuk mengumumkan secara rasmi beberapa penawaran produk baharu dalam beberapa bulan akan datang, yang masing-masing pada masa ini disiarkan secara langsung, berkembang pantas, dan menguntungkan.

“FalconX adalah kedai sehenti yang dipercayai bagi peserta pasaran mata wang kripto institusi terkemuka di dunia – menyediakan teknologi, keselamatan, dan kebolehpercayaan yang diperlukan untuk memperkuatkan strategi mereka pada skala,” kata Raghu Yarlagadda, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama di FalconX. “Bagi melayan pelabur terkemuka di dunia, kami berada di barisan hadapan bagi sebuah trend mega atau perubahan jangka panjang yang pada dasarnya akan mengubah perkhidmatan kewangan – jika anda tidak mahu menerima Google atau Amazon hanya bekerja 5 hari seminggu – mengapa perkhidmatan kewangan tidak 24/7, benar-benar global, dan lebih mudah untuk diakses? Blok rantai telah membuktikan bahawa ia dapat dilakukan pada skala, dan FalconX sangat teruja untuk mengetuai perubahan itu.”

Pertumbuhan FalconX didorong oleh permintaan daripada pelbagai peserta pasaran institusi, termasuk sebahagian daripada institusi kewangan terbesar di dunia, dana lindung nilai, pengurus aset, firma modal teroka, penyedia pembayaran dan aplikasi pelaburan – untuk produk mata wang kripto yang selamat, boleh dipercayai, dan ditempah. FalconX akan menggunakan dana daripada pusingan Siri C itu untuk memperluaskan rangkaian produk mereka, meneroka pemerolehan strategik, dan terus mengambil bakat hebat di seluruh dunia, termasuk eksekutif utama dengan latar belakang pada penumpuan bagi pasaran kewangan tradisional, aset digital dan teknologi.

Petikan mengenai Pusingan itu:

“FalconX telah dengan jelas menempatkan diri mereka sebagai sebuah syarikat mata wang kripto institusi terkemuka – kami sangat teruja untuk menyokong sebuah peneraju pasaran di dalam sebuah industri pada awal pertumbuhan sekular yang mantap. Halaju produk dan kecepatan inovasi bagi FalconX adalah sangat luar biasa dan kami percaya akan memainkan satu peranan penting pada masa depan bagi infrastruktur pasaran kewangan dan kripto.” - Brad Gerstner, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif, Altimeter Capital

“FalconX diiktiraf sebagai sebuah platform institusi yang terbaik dalam kelasnya untuk mata wang kripto yang memudahkan berbilion di dalam perdagangan kripto setiap bulan. Kami telah berulang kali mendengar pelanggan institusi memuji FalconX kerana kebolehpercayaan mereka yang tidak dapat ditandingi dan platform infrastruktur sehenti untuk memenuhi semua keperluan perdagangan kripto jangka panjang mereka. Kami sangat teruja kerana dapat bergandingan dengan pasukan FalconX untuk membina platform de-facto yang memberi kuasa kepada penemuan, pertukaran dan pemindahan global bagi semua aset digital di seluruh dunia.” - Rashmi Gopinath, Rakan Am, B Capital Group

“FalconX telah menyampaikan pertumbuhan perniagaan yang teguh sambil membina sebuah pasukan bertaraf dunia yang menyatukan bakat dari Lembah Silikon, pasaran kewangan tradisional dan ekosistem blok rantai. Pasukan ini berada pada kedudukan yang unik untuk bergabung dengan pelanggan mereka bagi mewujudkan strategi yang berjaya  dan menyampaikan produk baharu yang membantu mereka mendapatkan skala.” - Rajeev Dham, Rakan, Sapphire Ventures

“Ketika pelabur institusi terus memasuki pasaran mata wang kripto, FalconX telah secara signifikan meningkatkan perniagaan dan barisan produk mereka untuk memenuhi keperluan mereka. Kami teruja untuk menggunakan kedai sehenti terkemuka itu bagi perdagangan, kredit dan penjelasan institusi.” - Scott Shleifer, Rakan, Tiger Global Management

Maklumat mengenai FalconX

FalconX adalah platform perkhidmatan kewangan mata wang kripto dan aset digital semua dalam satu yang memudahkan perdagangan, kredit, dan penjelasan untuk institusi. Syarikat itu disokong oleh Accel, Accomplice VC, Altimeter Capital, B Capital Group, American Express Ventures, CMT Digital, Coinbase Ventures, Flybridge Capital Partners, Lightspeed Venture Partners, Mirae Asset, Sapphire Ventures, Tiger Global Management dan Avon Ventures, sebuah dana modal teroka yang bergabung dengan FMR LLC, syarikat induk bagi Fidelity Investments. FalconX mempunyai pejabat di Lembah Silikon, Chicago, Bengaluru, dan Malta. Untuk maklumat lanjut, sila layari falconx.io

http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14853

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...