KOTA BHARU, 17 Ogos (Bernama) -- Pengasas TDC Holdings Sdn. Bhd. dan usahawan susu kolostrum C2Joy (Safe & Joy), Encik Mohd Hafizuddin Hiew bin Abdullah dianugerahkan Alumni@UMK (Million Dollar Awards) sempena Majlis Anugerah Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMKEA) 2020, pada 12 Ogos 2021.
Anugerah UMKEA anjuran Institut Keusahawanan Universiti Malaysia Kelantan (UMKEI) telah diadakan secara dalam talian menerusi platform Facebook Rasmi UMK.
Encik Mohd Hafizuddin Hiew berkata, kejayaan menerima anugerah khas UMKEA 2020 adalah di luar jangkaan kerana tidak pernah terlintas di fikirannya UMK akan mengiktiraf segala usaha dan kejayaannya menerusi anugerah sebegini rupa.
Katanya, anugerah ini amat istimewa kerana ini adalah satu-satunya anugerah bukan akademik yang diperolehi selepas tamat pengajian di UMK kerana sebelum ini hanya memperoleh Anugerah Dekan atau beberapa anugerah akademik lain-lain.
“UMKEA 2020 adalah pendekatan proaktif daripada UMK dalam usaha untuk mengiktiraf graduan, pensyarah dan alumni yang telah mengharumkan nama UMK melalui hasil kerja, perniagaan dan kejayaan mereka,” katanya.
HAFIZUDDIN HIEW MENANG ANUGERAH KHAS ALUMNI@UMK MILLION DOLLAR AWARDS 2020
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hampir Setengah Juta Pengguna Manfaatkan Infrastruktur Dagangan AI Bitget, Laporan Messari Menekankan
VICTORIA, Seychelles, 4 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, menekankan penemuan utama da...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
(Di tengah) YB Cik Wong Shu Qi, Pengerusi Lembaga Pengarah TalentCorp bersama Izzana Salleh, Pengasas Bersama dan Presiden Global Girls4Girl...
No comments:
Post a Comment