Thursday, August 12, 2021

PERMAINAN MUDAH ALIH MATCH-3 AJAIB ZYNGA HARRY POTTER: PUZZLES & SPELLS MENGUNDANG PEMAIN UNTUK BERGABUNG BERSAMA BAGI SIRI ACARA DALAM PERMAINAN BAHARU, CABARAN KELAB

Permainan mudah alih Match-3 ajaib, Harry Potter: Puzzles & Spells, telah melancarkan acara dalam permainan ‘Cabaran Kelab’. (Grafik: Business Wire)

Acara Berulang Khas Memanggil Rakan-rakan Kelab ke Peta Interaktif Baharu, Di mana Pemain Boleh Berganding untuk Mengatasi Bahaya dan Menemui Artefak Ajaib yang Jarang Ditemui

SAN FRANCISCO, 11 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Hari ini, Zynga Inc. (Nasdaq: ZNGA), sebuah pemimpin dunia di dalam hiburan interaktif, mengumumkan bahawa permainan mudah alih Match-3 ajaib mereka, Harry Potter: Puzzles & Spells, telah melancarkan acara dalam permainan Cabaran Kelab yang pertama. Tersedia sekarang untuk pemain di seluruh dunia, siri acara waktu terhad berulang pertama kali ini mencabar pemain Kelab untuk memasuki Hutan Larangan bagi mengemudi, meneroka dan mengatasi satu peta interaktif baharu yang penuh dengan rintangan tersembunyi, pertemuan khas dan hadiah ganjaran.

Siaran media ini mempunyai ciri-ciri multimedia. Lihat siaran lengkap di sini:
https://www.businesswire.com/news/home/20210810005020/en/

Membuka kunci pada tahap 55 pemain, Cabaran Kelab memperkenalkan satu laluan interaktif baharu yang berasingan kepada perjalanan solo permainan itu, yang menawarkan mata eksklusif dan bebas, hadiah dan sistem ‘nyawa’ dalam setiap acara mereka. Menjangkau sehingga tiga minggu pada satu-satu masa, setiap acara Cabaran Kelab akan mengangkut pemain ke satu lokasi peta interaktif yang unik, yang ditanda dengan teka-teki untuk mengatasi bagi meneruskan kemajuan mereka. Memperoleh mata ganjaran bagi setiap teka-teki yang mereka lengkapkan, pemain akan menerima tiga ‘nyawa’ harian yang khusus kepada ciri Cabaran Kelab dalam Harry Potter: Puzzles & Spells. Ketika rakan Kelab bekerjasama untuk mengemudi peta seakan pagar sesat itu, mereka akan menemui perangkap dan ganjaran ketika mereka memperoleh mata dan bekerjasama untuk menyumbang kepada kedudukan liga Kelab mereka.

Bagi acara Cabaran Kelab yang pertama, pemain akan meninggalkan keselesaan di Hogwarts dan memasuki Hutan Larangan yang penuh misteri itu, dan seringkali mencetuskan bahaya. Ketika rakan Kelab meneroka hutan mitos itu, mereka akan menemui Artefak yang jarang ditemui tetapi disanjung dari dunia sihir, seperti House Cup yang menjadi rebutan atau Pedang Gryffindor, untuk mendapatkan akses kepada teka-teki terakhir. Pada pertembungan akhir, pemain mesti bekerjasama untuk mengalahkan beberapa daripada makhluk paling ganas yang terdapat di hutan itu, termasuk Mountain Troll dan Hungarian Horntail, atau musuh Ron yang paling menjijikkan, Aragog.

PERMAINAN MUDAH ALIH MATCH-3 AJAIB ZYNGA HARRY POTTER: PUZZLES & SPELLS MENGUNDANG PEMAIN UNTUK BERGABUNG BERSAMA BAGI SIRI ACARA DALAM PERMAINAN BAHARU, CABARAN KELAB


No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...