Friday, August 13, 2021

PEMIMPIN AI PERBUALAN SENSEFORTH.AI MENGUMPULKAN $14 JUTA DARIPADA FRACTAL

PALO ALTO, Calif., 13 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pemimpin AI perbualan Senseforth.ai hari ini mengumumkan satu pelaburan berjumlah $14 juta daripada Fractal (fractal.ai), sebuah penyedia global bagi penyelesaian kecerdasan buatan dan analitik kepada syarikat-syarikat Fortune 500®. Pelaburan ini akan membantu Senseforth.ai meningkat dan mengembangkan kehadiran mereka merentasi pelanggan Fractal di seluruh dunia. Pelaburan ini juga mengukuhkan penawaran AI perbualan Fractal ketika ia meneruskan misi mereka untuk memberi kuasa kepada setiap keputusan manusia di dalam perusahaan itu.

Platform kod sifar A.ware Senseforth.ai yang dipatenkan dan telah memenangi anugerah mengautomasikan pengalaman pelanggan merentasi titik sentuh digital bagi perusahaan global. Adalah dianggarkan bahawa pada tahun 2022, 30% daripada pengalaman pelanggan akan dikendalikan oleh AI perbualan, meningkat dari 3% pada tahun 2017. A.ware menjadikannya mudah untuk membina, melatih, mengatur kedudukan, dan meningkatkan penyelesaian AI perbualan untuk memacukan pendapatan, mengurangkan kos dan meningkatkan kecekapan operasi.

Shridhar Marri, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama bagi Senseforth berkata, “Pelaburan strategik ini mewujudkan satu rangka tindakan baharu bagi Senseforth.ai. Kami sangat teruja kerana dapat menyampaikan visi kami ‘untuk menjadikan teknologi seperti seakan manusia’, membolehkan interaksi Manusia-AI yang berterusan dan mengubah proses perniagaan yang kompleks.” Beliau menambah, “Kami sekarang boleh meningkatkan bakat, mempercepatkan pertumbuhan, membuat lebih banyak pelaburan di dalam R&D, dan menciptakan nilai yang luar biasa bagi pelanggan kami.”

PEMIMPIN AI PERBUALAN SENSEFORTH.AI MENGUMPULKAN $14 JUTA DARIPADA FRACTAL

No comments:

Post a Comment

Penguin Solutions Memperluas Portfolio Memori SMART Modular DDR5 SODIMM dengan DDR5-6400 ECC CSODIMM 64GB Baharu untuk HPC Generasi Seterusnya

Modul memori SMART Modular DDR5 SODIMM baharu daripada Penguin Solutions menawarkan prestasi tahan lasak dan sokongan suhu luas untuk aplika...