Urus niaga mengembangkan pemegangan pelaburan langsung pelan pencen Kanada di India, sambil meningkatkan pendedahan global bagi sektor boleh dibaharui
SINGAPURA, 3 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- OMERS Infrastructure hari ini mengumumkan bahawa syarikat tersebut telah menandatangani Perjanjian Pembelian Saham untuk memperoleh kira-kira 19.4% saham dalam Azure Power Global Limited (NYSE: AZRE) daripada International Finance Corporation dan IFC GIF Investment Company I, yang bernilai hampir AS$219j. Diasaskan pada tahun 2008, Azure Power ialah pengeluar bebas yang terkemuka bagi kuasa boleh dibaharui di India, dengan asas ~2 GW bagi kapasiti operasi dan ~5 GW bagi kapasiti dalam pembinaan atau diberikan.“Perjanjian untuk melabur dalam Azure Power menunjukkan minat global OMERS yang kuat terhadap aset peralihan tenaga dan kuasa boleh dibaharui yang berkualiti tinggi, serta minat kami terhadap India sebagai destinasi pelaburan dan di Asia Pasifik dengan lebih luas,” kata Annesley Wallace, Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Global OMERS Infrastructure. “Urus niaga ini menyokong misi kami secara langsung untuk membina portfolio aset jangka panjang yang kukuh yang akan membantu pembayaran pencen ahli kami untuk tempoh yang lama,” tambahnya.
“Visi Azure Power adalah untuk menyediakan tenaga mampu milik dan bersih dengan cara yang cekap, mampan dan bertanggungjawab secara sosial. OMERS bangga bekerjasama dengan pihak pengurusan dan rakan pelabur untuk membantu Azure Power mencapai matlamatnya,” kata Prateek Maheshwari, Pengarah Urusan, Asia, OMERS Infrastructure. “Penyelesaian urus niaga ini menjadi tanda pelaburan infrastruktur langsung kedua kami di India, selepas pelaburan kami pada tahun 2019 dalam platform jalan tol IndInfravit. Untuk menyokong matlamat kami bagi mempelbagaikan pelaburan OMERS merentas pasaran global, kami akan terus meneroka peluang tambahan yang berpotensi di India dan serata Asia Pasifik,” tambahnya.
Pemegangan tenaga boleh dibaharui dalam peringkat global oleh OMERS Infrastructure merangkumi Leeward Renewable Energy, sebuah syarikat tenaga boleh dibaharui berorientasikan pertumbuhan yang memiliki dan mengendalikan portfolio 22 kemudahan tenaga boleh dibaharui merentasi sembilan negeri AS, dengan jumlah lebih 2 GW kapasiti dipasang. Leeward beribu pejabat di Dallas, Texas.
Urus niaga dijangka akan diselesaikan pada awal bulan Ogos. Ambit Private Limited bertindak sebagai penasihat kewangan kepada OMERS Infrastructure.
Maklumat Hubungan:
Neil Hrab
Pengurus, Hubungan Media
416-369-2418
nhrab@omers.com
Perihal OMERS dan OMERS Infrastructure:
OMERS Infrastructure mengurus pelaburan secara global dalam infrastruktur bagi pihak OMERS, pelan pencen manfaat yang ditakrifkan untuk pekerja perbandaran di Wilayah Ontario, Kanada. Pelaburan dijangka memberikan pulangan yang stabil untuk mewujudkan pencen yang mampan, mampu milik dan bermakna kepada ahli OMERS.
Portfolio OMERS dalam pelbagai aset infrastruktur berskala besar menunjukkan kestabilan dan aliran tunai yang kukuh, dalam sektor termasuk tenaga, perkhidmatan digital, pengangkutan dan perkhidmatan yang dikawal selia kerajaan. Pasukan OMERS bekerja di Toronto, London, New York, Amsterdam, Luxembourg, Singapura, Sydney dan bandar utama lain di seluruh Amerika Utara dan Eropah – berkhidmat untuk ahli dan majikan serta membentuk dan mengurus pelbagai portfolio pelaburan berkualiti tinggi dalam pasaran awam, ekuiti persendirian, infrastruktur dan hartanah. OMERS ialah salah satu dana pencen manfaat yang terbesar di Kanada, dengan aset bersih bernilai C$105 bilion.
Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.omersinfrastructure.com
SUMBER: Ontario Municipal Employees Retirement System
--BERNAMA
No comments:
Post a Comment