Kerjasama baharu akan membolehkan peruncit di Jepun menawarkan storan kandungan sementara mereka bercadang mendigitalkan lagi perkhidmatan mereka
BRIDGEWATER, N.J., 4 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Synchronoss Technologies, Inc. (NASDAQ: SNCR), peneraju global dan penginovasi penyelesaian awan, pemesejan dan digital, hari ini mengumumkan Kitamura, sebuah peruncit multimedia di Jepun, telah memilih penyelesaian Synchronoss Personal Cloud untuk disepadukan dengan saluran runcit dan dalam talian miliknya. Tambahan awan peribadi akan membolehkan pelanggan runcit dan dalam talian Kitamura menyandarkan dan mengurus kandungan digital mereka yang tak ternilai, termasuk foto dan video, dari mana-mana peranti.
Kitamura merupakan peruncit terkemuka di Jepun yang menawarkan perkhidmatan dan produk berkaitan imej, termasuk kamera, pencetakan foto, alih suara video, studio foto, buku foto dan sebagainya. Peruncit ini mempunyai lebih 1,000 lokasi runcit di seluruh negara dengan lebih 20 juta pengunjung berbayar setiap tahun dan kira-kira 10 juta pengguna yang berdaftar dalam perkhidmatan dalam talian. Melalui penyepaduan ini, Kitamura akan dapat menyediakan pengalaman runcit dan dalam talian dan runcit yang lancar dengan tawaran awan peribadi label putih baharu.
“Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan Synchronoss bagi menyepadukan penyelesaian awan peribadi mereka di segenap saluran runcit dan dalam talian kami,” kata Hajime Yanagisawa, Pegawai Urusan Eksekutif, Kitamura. “Kami sentiasa komited dalam menghidupkan kenangan pelanggan melalui medium fotografi, dan penawaran awan ini adalah langkah seterusnya untuk bukan sahaja membolehkan pelanggan kami menikmati kenangan mereka tetapi juga menyimpan, menyusun dan mengurus kenangan mereka dengan selamat dan terjamin. Kami amat menanti-nantikan untuk membawakan perkhidmatan baharu ini buat pelanggan kami sementara kami meneruskan perjalanan untuk mendigitalkan tawaran kami.”
PENYELESAIAN SYNCHRONOSS PERSONAL CLOUD DIPILIH UNTUK PENYEPADUAN DENGAN SALURAN RUNCIT DAN DALAM TALIAN KITAMURA DI JEPUN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tellus Power Globe Holding Limited, BinHendi Holding dan Sing Family Enterprise Group Menandatangani Perjanjian Usaha Sama untuk Melancarkan Salah Satu Syarikat Pengeluaran Pengecas EV Pertama di Timur Tengah dengan Sokongan Kementerian Pelaburan UAE
IRVINE, California, 18 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Tellus Power Globe Holding Limited (“Tellus Power” atau “Syarikat”), sebuah penyedia...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
NEW YORK, 26 Nov (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Computer Generated Solutions, Inc. (CGS), sebuah penyedia global aplikasi perisian, pembelajar...
-
Pemimpin AI UK membuat satu siri pengumuman untuk membantu pelanggan dan rakan kongsi memanfaatkan Revolusi Operasi Data dan AI di QuanCon...
No comments:
Post a Comment