Monday, August 2, 2021

CIRCUS SOCIAL MENUKAR NAMA SEBAGAI RADARR UNTUK MEMBANTU PERNIAGAAN MENGEMUDIKAN LANDSKAP DIGITAL ASIA

  • Ekosistem media sosial Asia yang luas memerlukan sistem kecerdasan baharu
  • Permintaan bagi wawasan ramalan memacukan evolusi syarikat
  • Percambahan bagi platform dan bahasa media sosial di rantau itu menyediakan rangka tindakan untuk seluruh dunia
SINGAPURA, 2 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat kecerdasan media sosial Circus Social telah menukar nama sebagai Radarr ketika ia berkembang untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi wawasan digital ramalan di Asia. Syarikat itu, yang dilancarkan pada tahun 2012, akan melancarkan nama, identiti visual, produk, dan laman web baharu mereka pada bulan ini.

Penjenamaan semula itu mencerminkan inovasi dan transformasi teknologi terkini syarikat itu dengan menggunakan AI, kecerdasan ramalan, dan algoritma ramalan berasaskan linguistik yang mengimbas alam semesta digital bagi berbilion perbualan. Dengan 2,300 bahasa, 4.5 bilion orang, 48 buah negara, dan berbilion perbualan sosial berlaku setiap hari, Asia adalah pusat baharu bagi media sosial, bagaimanapun, belum ada peranti khusus yang diwujudkan untuk menguasai dan mengesan rantau itu sehingga sekarang. Sistem kecerdasan generasi seterusnya diperlukan untuk mengikuti perkembangan landskap yang sentiasa berubah dan menjangkakan apa yang akan berlaku seterusnya.

Penawaran baharu itu direka untuk melayani jenama-jenama dalam satu era percambahan kandungan yang belum pernah terjadi sebelum ini — terutamanya ketika platform di Asia terus berkembang, dan masa yang dihabiskan di media sosial terus meningkat. Ekosistem media sosial yang berinovatif dan bergerak pantas di Asia menjadikannya sebagai satu daripada rantau yang paling kompleks dan mencabar untuk dikemudikan bagi perniagaan — terutamanya daripada pengesanan sudut pandangan bahasa dan sentimen, tetapi juga yang paling bernilai daripada perspektif pandangan. Ketika landskap digital yang berpecah-pecah di rantau itu berkembang, syarikat-syarikat semakin mencari cara yang lebih baik untuk menganalisis dan memanfaatkan kekayaan data yang tersedia dalam talian untuk strategi, kecerdasan perniagaan, dan pandangan audiens.

Prerna Pant, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Operasi bagi Radarr, berkata: “Kami sedang bergerak melampaui analisis tepat masa. Pelanggan kini jauh lebih canggih dan mahukan rakan dengan tindanan teknologi yang sepadan. Pelanggan kami tidak hanya ingin mengetahui tentang apa yang sedang berlaku di dalam ruang digital dalam tepat masa, mereka juga mahu Radarr untuk melihat apa yang akan berlaku agar mereka dapat menjangkakan peluang dan cabaran yang dapat memaju atau menjejaskan perniagaan mereka.”

Ram Bhamidi, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif bagi Radarr, menjelaskan bahawa “Teras bagi penawaran baharu Radarr adalah sebuah platform kecerdasan yang menyelidiki ke dalam berbilion perbualan yang berlaku dalam talian untuk menyampaikan pemantauan digital dan analisis ramalan. Papan pemuka yang ditempah menyediakan kecerdasan yang disasarkan pada bidang tertentu seperti pemantauan krisis atau pengurusan pempengaruh, sementara papan pemuka yang berpusatkan industri pada topik seperti Kripto dan Permainan memberikan pandangan umum mengenai arah aliran yang muncul merentasi sektor tertentu. Kecerdasan ini memberi maklumat mengenai saranan yang boleh dilaksanakan, yang dipacu oleh data untuk jenama-jenama, yang membolehkan mereka untuk menjangkakan masa depan dengan lebih berkesan dan bertindak pantas.”

Pant berkata: “Pelanggan antarabangsa kami kini melihat Asia sebagai pusat bagi pengembangan dan inovasi media sosial. Untuk membina satu strategi global yang mantap,  kami melihat semakin banyak jenama menumpukan perhatian mereka kepada memahami apa yang berlaku di rantau itu dan kemudian membangunkannya, berbanding dengan cara lama dalam melaksanakan strategi Amerika Utara atau Eropah di Asia. Keupayaan untuk mengambil tindakan agar dapat menghalang perkembangan dan meramalkan arah aliran di dalam dunia media sosial semakin menjadi kritikal bagi perniagaan, dan Asia berada di barisan hadapan di mana perubahan itu sedang berlaku dengan paling pantas.”

Yang terbaharu, syarikat yang berpangkalan di Singapura dan Bengaluru itu telah mengumumkan pembiayaan Pra-Siri A mereka yang diketuai oleh Inflection Point Ventures dan beberapa pelabur berprofil tinggi dari Amerika Syarikat, Singapura, dan India.

Maklumat mengenai Radarr
Dahulu dikenali sebagai Circus Social, Radarr adalah sebuah syarikat kecerdasan sosial dan digital yang dikuasakan oleh AI dan analisis data. Mengkhususkan diri di Asia Pasifik dan permutasi algoritma linguistik di media sosial, Radarr memberikan pandangan yang dapat dilaksanakan, melalui pemantauan dan analisis ramalan kepada perniagaan yang perlu membuat keputusan perniagaan yang berkepentingan tinggi dalam tepat masa. Jenama-jenama terkemuka dan syarikat Fortune 500 bekerjasama dengan Radarr, dengan menggunakan peranti proprietari mereka seperti 20/Twenty dan Pusat Arahan Radarr, untuk mengemudikan bahasa kompleks Asia Pasifik dan landskap digital yang bergerak pantas. Maklumat lanjut boleh diperolehi di www.radarr.com
 
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14824

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...