NEW YORK, 5 Ogos (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Platform NFT Unique Network hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah dipilih oleh Program Penempatan Manusia yang ditauliahkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN-Habitat) dan Persatuan Antarabangsa untuk Kemajuan Pendekatan Inovatif kepada Cabaran Global (IAAI GLOCHA) sebagai rakan kerjasama teknologi untuk DigitalArt4Climate, inisiatif terkininya untuk membantu dalam mengatasi perubahan iklim. Unique Network merupakan Rantaian NFT yang sedang memperluas keupayaan untuk token tidak sepiawai menerusi penyelesaian bukti kepentingan yang lebih cekap dan boleh skala, yang buat masa ini dibina untuk blok rantai Kusama dan Polkadot.
Dengan krisis iklim yang terus bertambah buruk, sangat mustahak untuk anak muda di seluruh dunia disertakan dalam proses mencapai penyelesaian. Pada tahap ini, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah memperakui teknologi NFT sebagai medium baharu yang unik untuk ekspresi kreatif yang boleh membantu untuk menekankan mesej tentang tindakan iklim. NFT merupakan cara untuk ahli seni untuk menjana hasil daripada karya mereka pada skala global dan terus menerima bayaran untuk karya mereka walaupun setelah lama dijual. Ahli seni di mana-mana sahaja boleh mencapai pengumpul daripada khalayak antarabangsa yang menyokong karya mereka dan PBB mahu membawa bentuk seni ini kepada generasi pencipta seterusnya yang dapat memanfaatkan teknologi yang boleh meluaskan karya mereka.
DigitalArt4Climate bertujuan untuk memperkasakan ahli seni muda, pereka bentuk dan aktivis seluruh dunia untuk mencipta seni yang boleh memberikan ilham kepada orang ramai untuk mengambil tindakan terhadap krisis iklim global. Teknologi sudah lama menjadi sebuah sumber untuk aktivisme dan NFT mewakili medium baharu yang dioptimumkan untuk zaman digital ini. Unique Network akan mewujudkan dan menganjurkan pasaran NFT DigitalArt4Climate untuk ahli seni dan pereka web untuk mempamerkan karya seni mereka. Pasaran tersebut akan dibina pada penyelesaian NFT sedia digunakan yang dimiliki oleh Unique Network, yang menggunakan teknologi blok rantai yang dioptimumkan untuk kecekapan tenaga dan impak karbon yang rendah.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14838
No comments:
Post a Comment