Tuesday, August 17, 2021

ECLOUDVALLEY RAKAN PERUNDINGAN AWS PERTAMA DI ASEAN UNTUK MENCAPAI KOMPETENSI PEMBELAJARAN MESIN AWS

 SINGAPURA, 12 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- eCloudvalley Technology telah mengumumkan bahawa ia adalah Rakan Perundingan Perkhidmatan Web Amazon (AWS) pertama yang mencapai status AWS Machine Learning Competency (Kompetensi Pembelajaran Mesin AWS) di rantau ASEAN.


AWS Machine Learning Competency telah memaparkan kecekapan dan kepakaran dalam menyampaikan penyelesaian pembelajaran mesin atau Machine Learning (ML) di Awan AWS. Rakan-rakan ini menawarkan pelbagai perkhidmatan dan teknologi untuk membantu perniagaan mewujudkan penyelesaian pintar, dari membolehkan aliran kerja sains data kepada meningkatkan aplikasi dengan kecerdasan mesin.

Sebagai salah satu bidang yang paling pesat berkembang dalam teknologi, ML adalah satu set kemahiran yang sangat dicari di pasaran pekerjaan pada hari ini sebagaimana  Forum Ekonomi Sedunia menyatakan satu peningkatan yang signifikan dalam jumlah syarikat yang menggunakan kecerdasan buatan atau nama formalnya, Artificial Intelligence (AI) dalam laporan 2020 mereka. Faedah ML tidak berpenghujung kerana ia adalah satu platform terbuka yang menyediakan akses terkawal untuk pengguna kepada sumber dengan polisi kebenaran yang terperinci, sambil memilih daripada satu set perkhidmatan yang komprehensif untuk analisis data selain penyimpanan data, kecerdasan perniagaan, pemprosesan kumpulan, proses aliran dan pengorkestraan kemajuan data. Pencapaian AWS Machine Learning Competency telah menempatkan eCloudvalley untuk berkhidmat sebuah pasaran yang berkembang di rantau Asia Pasifik yang ingin mengautomasikan operasi. 

eCloudvalley telah berjaya membantu penyelesaian pengiklanan mudah alih dan pembangun kandungan PureTech Global memanfaatkan AI untuk mengoptimumkan pendapatan pengebilan mereka dengan menerapkan sebuah model peramalan siri masa menggunakan Amazon Forecast, sebuah perkhidmatan yang dikendalikan sepenuhnya yang menggunakan pembelajaran mesin untuk menyampaikan ramalan yang tepat, selain meramal masa optimum untuk menghantar pemberitahuan pembaharuan bagi setiap aplikasi PureTech. eCloudvalley telah juga berjaya membantu PureTech Global untuk menggunakan dengan Amazon Simple Storage Service (Amazon S3) dengan jayanya, menyimpan data sejarah mentah untuk melatih model AI dan membangunkan pandangan yang dihasilkan selepas peramalan. AWS Lambda, satu perkhidmatan pengkomputeran tanpa server, digunakan untuk menyediakan sumber pengiraan bagi analisis dan ramalan. 

"Kami telah mendapat sokongan maksimum dari AWS dan eCloudvalley, dan terus memanfaatkan keupayaan awan termaju AWS seperti pembelajaran mesin.” - John Lim, Ketua Pegawai Teknologi, PureTech Global. 

AWS membolehkan penyelesaian berskala, fleksibel, dan menjimatkan kos dari permulaan syarikat sehingga kepada perusahaan global mereka. AWS telah mewujudkan Program Kompetensi AWS untuk menyokong perintegrasian dan penggunaan penyelesaian ini dengan lancar selain membantu pelanggan mengenal pasti Rakan AWS dengan pengalaman dan kepakaran industri yang mendalam. 

“Pada era terkini, perniagaan sedang berusaha untuk mengubah diri mereka dengan penyelesaian ML terkini di AWS. Untuk membantu pelanggan membuat pilihan yang tepat ketika mencari Rakan AWS yang paling berkelayakan untuk tugas itu. Dengan ini, kami telah melancarkan AWS Machine Learning Competency atau Kompetensi Pembelajaran Mesin AWS untuk membantu pelanggan mengenal pasti pakar Rakan AWS yang mempunyai kepakaran yang mendalam dan satu rekod prestasi kejayaan yang kukuh dalam bidang ini dengan mudah,” kata Conor McNamara, Pengarah Urusan, AWS ASEAN. “Kami amat gembira bahawa eCloudvalley adalah rakan Perundingan AWS pertama di ASEAN yang mencapai kepakaran ini. Kami berharap dapat menjayakan inovasi ini bersama dan terus berkhidmat untuk pelanggan kami di Asia Tenggara dengan teknologi dan penawaran perundingan Rakan AWS yang berinovatif dan disahkan.” 

Pada tahun 2021, eCloudvalley telah mengambil bahagian di dalam AWS Managed Service Provider Program atau Program Penyedia Perkhidmatan Terurus AWS yang membantu mengembangkan sekali gus mempromosikan perniagaan mereka. eCloudvalley juga memegang status AWS Migration Consulting Competency (Kompetensi Perundingan Migrasi AWS), sekali gus menunjukkan kemampuan mereka untuk membantu pelanggan perusahaan memindahkan aplikasi dan infrastruktur legasi ke AWS. Di samping itu, eCloudvalley juga telah mencapai AWS Data and Analytics Competency  (Kompetensi Data dan Analisis AWS), yang menunjukkan kejayaan mereka di dalam membantu pelanggan menilai dan menggunakan peranti dan amalan terbaik untuk mengumpul, menyimpan, mentadbir, dan menganalisis data pada mana-mana skala. 

eCloudvalley telah juga mencapai status Kompetensi SAP AWS, dengan pengalaman, perkakasan, kaedah, dan amalan terbaik untuk memperkemaskan migrasi atau transformasi melalui penyelesaian SAP bersepadu. Perkhidmatan ini mengekstrak data penting daripada penyelesaian SAP yang berasaskan awan, menjalankan analisis terhadap data, dan memanfaatkan hasilnya untuk membantu pengguna dalam membina sebuah kerangka kerja bagi transformasi digital selain memberi tumpuan kepada meneroka semula model IT tradisional dalam pelbagai cara, daripada infrastruktur IT kepada metodologi pembangunan, mencetuskan budaya perniagaan di dalam sebuah organisasi menerusi penawaran  Next-Generation Managed Services (Perkhidmatan Terurus Generasi Seterusnya). Akhirnya, pasukan AI/ML eCloudvalley menyediakan satu penyelesaian lengkap, daripada pembinaan platform kepada reka bentuk skema, model latihan sehingga penalaan parameter, dan wawancara situasi perniagaan sehingga penggunaan dan operasi dalam talian, membantu pelanggan dari awal hingga akhir dengan perjalanan transformasi digital mereka. 

Maklumat mengenai eCloudvalley
Ditubuhkan pada tahun 2014 sebagai sebuah rakan perkhidmatan awan yang tidak melibatkan sistem legasi, yang memberi tumpuan sepenuhnya kepada perkhidmatan AWS, eCloudvalley telah berkembang kepada lebih 400 orang pekerja dengan kehadiran geografi merentasi rantau APAC, di Taiwan, Hong Kong, China, Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand, Indonesia, dan Amerika Syarikat. Dengan satu misi untuk mengembangkan perniagaan pelanggan dengan teknologi awan, eCloudvalley telah membina sebuah pasukan teknikal profesional dengan lebih 500 pensijilan AWS dan telah melayani 1,000 perusahaan untuk melakukan sebarang transformasi digital.
 
 
Lihat versi sumber di  businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20210801005001/en/ 


Hubungi 

Melody Wee
+65 6223 2062
eCloudvalley Technology
www.ecloudvalley.com
E-mel kami di info@ecloudvalley.com 

Sumber : eCloudvalley Technology 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 
 
--BERNAMA

No comments:

Post a Comment

DARI BAHAN API FOSIL KE MASA DEPAN HIJAU: OXFORD DAN EBC FINANCIAL GROUP BINCANG APA YANG MENGHALANG KITA

EBC Financial Group dan Jabatan Ekonomi Oxford University merungkai halangan kepada kemajuan iklim, meneroka cukai karbon, pembaharuan subsi...