SHAH ALAM, 27 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) terus komited dalam melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporatnya (Corporate Social Responsibility - CSR) melalui Program CSR Hasil Prihatin dengan menyumbangkan bakul makanan di sekitar Shah Alam, Selangor.
Penyerahan bakul makanan yang diadakan di ruang lobi Bangunan Plaza Perangsang ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Mohd Rashidi Bin Ruslan, Timbalan Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Shah Alam dan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Mohd Nizom Sairi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian). Pada siri Program CSR Hasil Prihatin kali ini, sebanyak 355 bakul makanan telah diagihkan melalui wakil-wakil penduduk yang terkesan dengan penularan wabak COVID-19 untuk diserahkan kepada penerima yang telah dikenal pasti.
Program ini merupakan kesinambungan kepada CSR LHDNM yang telah dilancarkan oleh Kementerian Kewangan di Kuala Lumpur pada 31 Julai 2021 yang lalu dan sebahagian daripada beberapa siri Program CSR Hasil Prihatin LHDNM yang akan melibatkan pejabat-pejabat LHDNM di seluruh negara. Sebelum ini, Program CSR Hasil Prihatin LHDNM telah diadakan di negeri Terengganu, Sabah, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Johor dan Kelantan dan sebanyak 4,055 bakul makanan telah diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
Menurut YBhg. Datuk Mohd Nizom Sairi, inisiatif LHDNM ini amat bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk meringankan beban rakyat Malaysia menempuhi kehidupan yang sukar pada masa ini sekali gus dapat membantu mereka dalam memastikan bekalan makanan serta keperluan asas mereka mencukupi.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Encik Kamarudin Bin Hashim, Pengarah Negeri LHDNM Selangor serta pegawai-pegawai kanan LHDNM Cawangan Shah Alam.
http://mrem.bernama.com/mrembm/viewsm.php?idm=14916
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hampir Setengah Juta Pengguna Manfaatkan Infrastruktur Dagangan AI Bitget, Laporan Messari Menekankan
VICTORIA, Seychelles, 4 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget , Universal Exchange (UEX) terbesar di dunia, menekankan penemuan utama da...
-
Aplikasi Pelbagai Bahasa Tabelog untuk Pengembara Antarabangsa — Perkhidmatan Carian dan Tempahan Restoran Terbesar Jepun Alami Dunia Kulina...
-
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa mulai 1 Februari 2020 Pusat Pempros...
-
(Di tengah) YB Cik Wong Shu Qi, Pengerusi Lembaga Pengarah TalentCorp bersama Izzana Salleh, Pengasas Bersama dan Presiden Global Girls4Girl...
No comments:
Post a Comment